Thursday 30 June 2011

Pelabuhan Klang,Selangor







Pelabuhan Klang asalnya dikenali sebagai Port Swettenham apabila ia diasaskan oleh pemerintahan kolonial British pada tahun 1893, bersempena Residen British Selangor ketika itu, Sir Frank Swettenham. Perasmian pembukaan pelabuhan ini diadakan pada 15 September 1901, selepas satu kajian yang diadakan mendapati kawasan persisirannya mempunyai tempat berlabuh dalam, bebas dari bahaya dan sesuai untuk dermaga. Sejak dari itu, ia mengalami perkembangan pesat dengan adanya pemanjangan landasan kereta api dari Kuala Lumpur.

Pelabuhan Klang ialah sebuah bandar dan pintu masuk perkapalan utama di Malaysia. Asalnya dikenali sebagai Pelabuhan Swettenham, ia merupakan pelabuhan terbesar dan tersibuk di Malaysia. Terletak di kawasan seluas 806 hektar di daerah Klang,Selangor, pelabuhan ini merangkumi Pelabuhan utara,Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Selatan. Pelabuhan Klang menawarkan kemudahan-kemudahan perkhidmatan yang serba lengkap dan tercanggih untuk mengendalikan sebarang jenis dagangan.
Ia merupakan pelabuhan pemindahan ke-13 tersibuk di dunia pada tahun 2004, pelabuhan ke-26 tersibuk berdasarkan jumlah tanan kargo yang dikendalikan pada tahun 2005, dan pelabuhan ke-16 tersibuk di dunia pada tahun 2007.
Pelabuhan Klang asalnya dikenali sebagai Port Swettenham apabila ia diasaskan oleh pemerintahan kolonial British pada tahun 1893, bersempena Residen British Selangor ketika itu, Sir Frank Swettenham. Perasmian pembukaan pelabuhan ini diadakan pada 15 September 1901, selepas satu kajian yang diadakan mendapati kawasan persisirannya mempunyai tempat berlabuh dalam, bebas dari bahaya dan sesuai untuk dermaga. Sejak dari itu, ia mengalami perkembangan pesat dengan adanya pemanjangan landasan kereta api dari Kuala Lumpur.
Pelabuhan Klang ditadbir oleh Lembaga Pelabuhan Klang di mana organisasi ini terdiri daripada Jemaah Lembaga iaitu Pengerusi yang dilantik oleh Yang dipertuan-Agong dan Sepuluh orang pengarah (termasuk Pengurus Besar), dilantik oleh Menteri Pengangkutan
Teruskan - Pelabuhan Klang,Selangor

Kota Baghdad,Iraq

Asal nama "Baghdad" adalah di bawah beberapa pertikaian. Ada yang mengatakan ia datang dari frasa an Aramaik yangbermaksud "kandang kambing" (tidak terlalu puitis ...). Lain-lainberhujah bahawa perkataan berasal dari Parsi purba: "Bagh" yang bermaksud Tuhan, dan "ayah" yang bermaksud hadiah. "Ini hadiahTuhan ...."



Pada 634 Masihi, empayar baru diwujudkan Islam berkembang ke rantau ini ke atas Iraq, yang pada masa itu adalah sebahagian daripada Empayar Parsi. Tentera Islam, di bawah pimpinan Khalid bin Walid, berpindah ke rantau ini dan berjaya menewaskan tentera Persia. Mereka ditawarkan kebanyakannya penduduk-Kristian dua pilihan: memeluk Islam, atau membayar cukai jizyahkepada dilindungi oleh kerajaan baru dan dikecualikan daripadaperkhidmatan tentera.

Khalifah Omar bin al-Khattab memerintahkan asas dua bandaruntuk melindungi wilayah baru: Kufah (modal baru di rantau ini) danBasrah (bandar pelabuhan baru).



Dalam kira-kira 762 AD, dinasti Abbasiyyah mengambil alih pemerintahan dunia Islam yang luas dan bergerak modal kebandar baru ditubuhkan di Baghdad. Lebih lima abad seterusnya, bandar ini akan menjadi pusat dunia pendidikan dan budaya. Ini tempoh kemuliaan telah menjadi dikenali sebagai "Golden Age"tamadun Islam, apabila ulama dunia Islam telah membuat sumbangan penting dalam kedua-dua sains dan kemanusiaan:perubatan, matematik, astronomi, kimia, sastera, dan banyak lagi.Di bawah pemerintahan Abbasiyah, Baghdad menjadi bandar muzium, hospital, perpustakaan, dan masjid. 




Baghdad adalah ibu negara Iraq,Dengan keluasan Metropolitan dianggarkan mempunyai populasi 7,000,000 orang, ia merupakan bandar raya terbesar di Iraq . Ia merupakan bandar raya kedua terbesar dalam dunia arab(selepas Kaherah) dan bandar raya kedua terbesar di Asia barat (selepas Tehran).
Terletak di Sungai Tigris, bandar raya ini bermula sekurang-sekurangnya pada abad ke-8, dan mungkin pada masa pra-Islam. Pernah menjadi pusat Dar As-salam, Dunia Islam.
Teruskan - Kota Baghdad,Iraq

Wednesday 29 June 2011

Sistem hidraulik



hydrolic crawler 

Mesin hidraulik jentera dan alat yang menggunakan kuasa bendalircecair untuk melakukan kerja yang mudah. Peralatan berat adalah contoh yang biasa.
Dalam jenis ini mesin, bendalir hidraulik dihantar seluruh mesin untuk pelbagai motor hidraulik dan silinder hidraulik dan yang menjadi bertekanan mengikut hadir rintangan. Cecair ini dikawalsecara langsung atau secara automatik oleh injap kawalan dan diedarkan melalui hos dan tiub.
Populariti jentera hidraulik adalah kerana jumlah yang sangat besar kuasa yang boleh dipindahkan melalui tiub kecil dan hosfleksibel, dan ketumpatan kuasa yang tinggi dan pelbagaipenggerak yang boleh menggunakan kuasa ini.
Jentera hidraulik dikendalikan oleh penggunaan hidraulik, di manacecair adalah sederhana tumbuh.




hydrolic mobile crane

hydrolic breaker

Pam Hidraulik
Pam hidraulik bekalan air kepada komponen dalam sistem.Tekanan dalam sistem berkembang sebagai reaksi kepadabeban. Oleh itu, pam undian 5,000 psi mampu mengekalkan aliranterhadap beban sebanyak 5,000 psi.
Pam mempunyai ketumpatan kuasa kira-kira sepuluh kali lebih besar daripada motor elektrik (yang mengikut isipadu). Merekadikuasai oleh motor elektrik atau enjin, disambungkan melalui gear, tali pinggang, atau elastomerik fleksibel gandingan untuk mengurangkan getaran.





Video dibawah menunjukkan bagaimana sistem hidraulik berfungsi=

Teruskan - Sistem hidraulik

Monday 27 June 2011

Buah Mata Kucing


Pokok Mata Kucing merupakan sejenis subspesies pokok longan. Pokok ini dikenali sedemikian kerana rupa dan saiz buahnya yang seperti mata kucing. Buah mata kucing kecil sedikit dari buah longan.

Setiap pokok Mata Kucing mampu mengeluarkan 2,000 hingga 2,500 biji buah setiap kali musim berbuah. Di Malaysia ia banyak ditanam di 20 hektar tanah di Kampung Lasah.
Terdapat beberapa jenis (sub spesies) Mata Kucing iaitu:
  • Mata Kucing Sau
  • Mata Kucing Isau
  • Mata Kucing Kakus
Buah Mata Kucing mempunyai kandungan antioksidan ini juga sesuai bagi wanita hamil dan bijinya dikatakan boleh digunakan untuk mengubati gigitan ular.


Teruskan - Buah Mata Kucing

Sunday 26 June 2011

Tuak


Tuak beras yang diperam di dalam botol kaca
adat orang iban di sarawak,minum tuak

Tuak ialah sejenis minuman beralkohol tradisi yang popular dikalangan masyarakat asli atau bumiputera. Tuak pada asasnya merupakan sejenis minuman yang terhasil dari pemeraman bahan tertentu, jenis bahan tersebut bergantung kepada suku kaum yang menghasilkannya.
Bagi masyarakat Kelantan pula, perkataan tuak merujuk kepada nira iaitu minuman yang dihasilkan dari mayang kelapa yang kandungan gulanya belum bertukar kepada alkohol.
Di Malaysia terdapat dua jenis tuak yang diketahui, iaitu tuak beras, tuak kelapa dan tuak nipah.

TUAK BERAS
Tuak (beras) ialah sejenis minuman masyarakat kaum Iban pada masa dahulu. Biasanya Tuak diperbuat daripada sejenis beras dipanggil "Beras Pulut". Beras tersebut akan di rendam bersama air di dalam tempayan atau dikenali sebagai "Tajau". Proses tersebut akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum dan beras tersebut juga akan menjadi sejenis makanan dipanggil "Nasi Tapai". Namun pada masa kini proses pembuatan tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuat menggunakan beras pulut, ia juga dicampur dengan gula pasir supaya rasanya manis. Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti perayaan gawai dayak, gawai hantu,gawai burung dan sebagainya. Selain daripada masyarakat Iban, terdapat juga masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu juga membuat tuak dengan cara mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal,muntah sekiranya diminum berlebihan.

TUAK NIPAH/KELAPA

Tuak (nipah/kelapa) merupakan sejenis minuman kaum asli. Biasanya tuak ini dihasilkan dari menyadap mayang kelapa/nipah. Mayang kelapa atau nipah akan sekiranya dibiarkan akan menjadi buah, akan dipotong dan air manis yang menitik dari tandan yang dipotong itu akan dikumpulkan dalam bekas, biasanya bekas buluh. Air ini dikenali sebagai air nira yang boleh diminum tanpa kandungan alkohol. Selepas itu air ini akan diperam sehingga kandungan gula di dalamnya bertukar menjadi alkohol melalui proses penapaian selama beberapa hari. Tuak kelapa/nipah ini akan diminum selepas beberapa hari.
Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Sekiranya tuak kelapa/nipah ini dibiarkan terlalu lama, ia akan menjadi masam dan lama-kelamaan bertukar menjadi cuka secara semulajadi tanpa perlu mencampurkan bahan asing.

Teruskan - Tuak

Friday 24 June 2011

PutraJaya


Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala lumpur pada 1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ia adalah Wilayah persekutuan ke-3 di Malaysia.
Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.
Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi standing dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.
Untuk mencapai matlamat ini, Wetland Putrajaya telah dibina untuk menyingkirkan sedimen dan membersihkan aliran permukaan yang tercemar sebelum ia memasuki tasik. Sesuai dengan lokasinya di tengah-tengah bandaraya, Wetland Putrajaya menjadi titik penting dalam membawa rakyat untuk bersama-sama mencapai matlamat dari segi rekreasi, pendidikan dan penyelidikan.
Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor raya multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.
Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Elemen utama dalam pembentukan Putrajaya adalah untuk menyediakan sistem pengangkutan yang lebih berkesan dengan menggunakan rekaan dan teknologi terkini. Objektif kepada strategi-pengangkutan ini adalah :
  • untuk menyediakan penjagaan sekeliling yang baik iaitu bebas dari pencemaran bunyi dan udara
  • untuk memaksimakan penggunaan pengangkutan “bebas-pencemaran” untuk menyediakan hirarki jaringan jalan raya yang yang baik dan sistemetik sesuai dengan keadaan pada masa hadapan.
  • untuk memberi keutamaan kepada penggunaan pengangkutan awam dan sekaligus mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.
  • untuk mempromosikan konsep “Park-and-ride” dan menggalakkan pemandu untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan-kawasan tertentu dan menggunakan pengangkutan awam yang disediakan ke kawasan yang hendak dituju.



Sistem pengangkutan Putrajaya berkembang dengan adanya bas-bas pengantaraan dan LRT serta jaringan lebuh raya. Strategi pembentukan lebuh raya Putrajaya adalah :
  • Jaringan jalan raya antara Putrajaya dengan kawasan-kawasan utama seperti Kuala Lumpur yang lebih berkesan dan lebih praktikal.
  • Direka sesuai dengan perubahan dan kemungkinan yang bakal dihadapi pada masa hadapan (Cth : pembesaran jalan)
  • Sesuai dengan polisi untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di dalam presint-presint dan secara tidak langsung menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.


Teruskan - PutraJaya

Monday 13 June 2011

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah RasuahMalaysia atau singkatannya BPRmula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Akhirnya pada 1 Januari 2009, ia diambilalih oleh SPRM. Ketua pesuruhjaya SPRM terkini adalah Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan.  Akan tetapi beliau telah mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatan beliau yang sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010 dipendekkan kepada 31 Disember 2009. Ekoran daripada itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan jawatan beliau diambil alih oleh timbalannya, Datuk Abu Kassim Mohamed.



Sejarah SPRM

Sebelum itu, BPR hanyalah sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan khususnya ceramah. Pada masa itu juga, siasatan kes-kes rasuah dijalankan oleh Cawangan “Special Crime” yang diletakkan di bawah Jabatan Polis. Manakala pendakwaan kes- kes rasuah dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Kementerian Undang-Undang.
Pada 1 Julai 1973Akta Biro Siasatan Negara 1973 diluluskan oleh Parlimen dan dengan itu BPR ditukar namanya kepada Biro Siasatan Negara atau BSN. Penukaran nama ini bertujuan untuk memberi tugas yang lebih kuasa kepada Biro yang bukan sahaja menyiasat kes-kes yang berkaitan dengan kepentingannegara. Inilah kali pertama jabatan ini ditubuhkan melalui sebuah akta.
Nama Jabatan ini kemudiannya ditukar kembali kepada nama asal iaitu BPR pada 13 Mei 1982 apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 diluluskan olehParlimen dan dikuatkuasakan. “Objektif penting penukaran ini ialah untuk mencerminkan dengan lebih tepat lagi peranan Badan itu sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah perbuatan rasuah”.
Bermula pada 1 Januari 2009 , SPRM beroperasi sebagai sebuah badan yang mengambil alih sepenuhnya tugas BPR. Badan itu bertindak mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008 yang digubal bagi menggantikan Akta Pencegah Rasuah 1997 dan diketuai oleh seorang Ketua Pesuruhjaya.
Teruskan - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM

Monday 6 June 2011

Valium (Diazepam)

Valium (diazepam) termasuk dalam kumpulan ubat yang disebut benzodiazepin. Diazepam mempengaruhi zat kimia dalam otak yang mungkin menjadi tidak seimbang dan menyebabkan kecemasa.Valium digunakan untuk mengubati gangguan kecemasan, gejala pengeluaran alkohol, atau kejang otot. Valium kadang-kadang digunakan dengan ubat lain untuk mengubati kejang.Valium boleh juga digunakan untuk tujuan tidak dinyatakan di dalam panduan perubatan.




Syimtoms2 yang boleh mendapat rawatan dari Valium adalah seperti berikut:

(Perhatian:SILA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR SEBELUM MENGAMBIL SEBARANG UBAT-UBATAN)
-glaukoma sudut terbuka;
-asma, emfisema, bronkitis, gangguan paru-paru obstruktif kronik(PPOK), atau masalah pernafasan lain;
-ginjal atau penyakit hati;
-epilepsi atau gangguan kejang lain;
-penyakit mental, kemurungan, atau fikiran bunuh diri atauperilaku, atau
daripada pergantungan ubat atau alkohol


Teruskan - Valium (Diazepam)

Friday 3 June 2011

Twitter


Twitter ialah perkhidmatan rangkaian sosial dan micro blogging yang membolehkan pengguna meghantar dan membaca mesej yang dipanggil tweet, iaitu pesanan teks selebih-lebihnya 140 huruf yang dipaparkan dalam halaman profil penulisnya dan diutuskan kepada para pelanggan penulis yang dikenali sebagai "pengikut" (follower). Penghantar boleh mengehadkan utusan kepada lingkungan kawan-kawannya, ataupun membenarkan capaian terbuka kepada semua pengguna web. Pengguna boleh menghantar dan menerima tweet melalui laman web Twitter,SMS atau mana-mana aplikasi luaran. Sungguhpun perkhidmatan Twitter sendiri adalah percuma, namun penggunaaannya melalui SMS boleh dikenakan yuran telekom.

Asalnya, had kepanjangan mesej 140 aksara ditetapkan agar serasi dengan penghantaran SMS, justeru menimbulkan kehadiran bermacam-macam bentuk teringkas dan slang yang digunakan dalam SMS, di dalam Internet. Had 140 aksara ini juga melahirkan penggunaan khidmat-khidmat peringkasan URL seperti tinyurl, bit.ly dan tr.im, dan juga khidmat pengehosan kandungan seperti Twitpic dan Notepub untuk menampung kandungan multimedia dan teks yang mencecah 140 aksara.

Semenjak dilahirkan pada tahun 2006 oleh Jack Dorsey, Twitter makin hari makin laris digunakan dan tinggi pentingnya bagi para pengguna Internet. Adakalanya, Twitter disifatkan sebagai "SMS untuk Internet"kerana penggunaan antara muka pengaturcaraan aplikasi Twitter bagi menghantar dan menerima pesanan teks ringkas oleh aplikasi lain sering menyelubungi penggunaan Twitter secara terus.


"Apa yang perlu kami lakukan adalah menyampaikan maklumat paling relevan yang terbaik dan paling terkini sebaik boleh. Kami berasa bahawa Twitter bukan rangkaian sosial, sebaliknya merupakan rangkaian maklumat yang menerangkan orang ramai hal-ehwal sedunia yang kita prihatini." Jack Dorsey

Teruskan - Twitter
kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...