Wednesday 31 August 2011

Rumah Api : Menara tinggi buatan manusia pertama

Rumah api ialah menara atau bangunan tinggi bagi membantu ahli pelayaran, juru mudi atau nakhoda kapal di laut untuk belayar dan mendarat dengan selamat. Menara ini dilengkapi dengan sistem lampu atau cahaya api.Biasanya rumah api dibina di kawasan tebing tinggi yang strategik bagi memudahkan kapal dagang datang berlabuh pada waktu malam hari. Rumah api juga boleh membantu menandakan kawasan berbahaya dan dalam pandu arah udara. Kini sistem pelayaran disokong oleh sistem satelit di angkasa lepas.



Rumah Api Iskandariah di Mesir dianggap rumah api tertua di dunia. Ia dibina oleh raja Firaun zaman Mesir Keyunanian. Rumah Api Iskandariah dibina pada 280 BC di atas pulau Pharos di Iskandariah, Mesir sebagai mercu tanda. Tingginya sekitar 135 meter dibina oleh manusia daripada batu-bata.
Dua rumah api di Dover, England dibina semasa pencerobohan Norman terhadap England.
Penulis China bernama Jia Dan pada zaman Dinasti Tang (785-805 Masihi) mencatatkan bangunan minaret di muara Teluk Parsi berfungsi sebagai rumah api. Penulis Arab seperti Arab al-Mas'udi dan al-Muqaddasi juga ada mencatatkan peranan dan kegunaan rumah api kepada kapal pelayaran dan kapal perdagangan di laut.
Di China, menara masjid di Canton, China turut berfungsi sebagai rumah api. Masjid yang mempunyai menara tinggi ini dibina di kota pelabuhan utama.





Berikut Adalah Rumah Api yang terdapat di Malaysia :
Teruskan - Rumah Api : Menara tinggi buatan manusia pertama

Hari Raya AidilFitri : Perayaan kemenangan menentang hawa nafsu


Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya PuasaHari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan Perayaaan yang dirayakan oleh umat  Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak Bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam  Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.


Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat Fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila Solat Sunat Aidil Fitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi memberi peluang kepada mereka yang belum membayar zakat untuk menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. 

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkanSurah AL-Fatihah atau bacaan Surah yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijaudan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.
Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.
Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami."  dan juga riwayat dari Umar (رضى الله عنه) menyebutkan bahawa:
"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " 


Teruskan - Hari Raya AidilFitri : Perayaan kemenangan menentang hawa nafsu

Tuesday 23 August 2011

Terung : Penawar Penyakit Epilepsi


Terung ialah sayuran yang ditanam untuk dimakan. Saiz terung berbeza-beza antara kecil hingga besar, bergantung kepada kultivarnya. Sayur tersebut mempunyai berbagai-bagai warna, terutamanya warna ungu, hijau, dan putih. Terung berasal dari India, Ia ditanam di bahagian selatan dan timur Asia sejak zaman prasejarah tetapi dikenali di dunia Barat tidak lebih awal dari sekitar tahun 1500. Rekod bertulis yang pertama terhadap Pokok Terung dijumpai dalam sebuah karya pertanian Cina kuno yang disiapkan pada tahun 644. Bilangan nama Bahasa Arab dan Afrika Utara yang besar untuk Pokok Terung serta kekurangan nama Yunani dan Rom menunjukkan bahawa pokok ini dibawa masuk ke dunia Barat menerusi kawasan Mediterranean oleh orang Arab pada zaman pertengahan. Nama saintifiknya, Solanum melongena, berasal daripada istilah Arab abad ke-16 untuk sejenis pokok terung.
Disebabkan hubungan Pokok Terung dengan keluarga Solanaceae, buah terung dianggap pada suatu ketika sebagai beracun. Sedangkan buah terung boleh dimakan tanpa sebarang kesan yang buruk oleh kebanyakan orang, bagi sesetengah orang yang lain, memakan buah terung (serupa dengan memakan buah pokok yang berkait seperti tomato,ubi kentang dan kapsikum boleh menjejaskan kesihatan mereka. Sesetengah buah terung adalah agak pahit dan merengsakan pelapik perut serta mengakibatkan gastritis. Oleh yang demikian, sesetengah sumber, khususnya daripada komuniti kesihatan semula jadi, mengatakan bahawa Pokok Terung dan genus berkait boleh mengakibatkan atau menerukkan artritis dengan ketara dan justera itu, harus dijauhi oleh mereka yang peka terhadapnya.



Fakta Unik Si Terong
1. Terong adalah tanaman asli India, dinamai eggplant oleh dunia Barat karena bentuknya menyerupai telur dan berwarna putih (sebelum mengalami pengembangbiakan seperti sekarang).
2. Termasuk golongan berry karena memiliki banyak biji kecil yang lembut. Bijinya ini layak konsumsi namun rasanya pahit karena mengandung nikotin. Ia juga “saudara dekat” kentang dan tomat. Secara umum, terong tergolong sayuran, namun secara ilmu botani, terong termasuk buah-buahan.
3. Penggunaannya di dapur orang Asia, baru dimulai sekitar tahun 3, dan “tiba” di Eropa sekitar tahun 1500. Awalnya, orang Eropa mengira terong adalah buah beracun. Malah, di Amerika Serikat, sampai abad ke 20, terong hanya digunakan sebagai penghias meja.
4. Dari sejarah Cina, diketahui kalau terong digunakan untuk mengilatkan gigi mereka.Hasilnya tentu bukan putih bersih ala bintang iklan pasta gigi melainkan agak perak keabu-abuan. Ada-ada saja, ya!
5.  Indonesia masuk lima besar produsen terong di dunia, setelah Cina, India, Mesir, dan Turki.
Teruskan - Terung : Penawar Penyakit Epilepsi

Yakjuj dan Makjuj : Misteri Dalam Al-Quran




 Yakjuj dan Makjuj  atau Gog dan Magog dalam tradisi Ibrani (Yahudi) adalah sebutan yang muncul dalam kitab suci umat Islam,Al-Quran serta kitab-kitab agama lain mengenai sekelompok manusia yang memiliki kekuatan sebagai perosak dan penghancur kehidupan di muka bumi.
Ya’juj dan Ma’juj dalam tradisi keagamaan digambarkan dalam istilah yang tidak jelas. Ada yang menyebutnya sebagai manusia, mahkluk berbentuk raksasa, suatu bangsa atau negeri. Ya’juj dan Ma’juj juga muncul dalam banyak mitos dan cerita rakyat di banyak negara. Walau bagaimanapun, Ya'juj dan Ma'juj seringkali disebut sebagai Gog dan Magog di Dunia Barat.

Yakjuj dan Makjuj tinggal di antara dua gunung

Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka (Zulkarnain) tidak dapat memahami perkataan. ( Surah Al-Kahfi : 93)



Yakjuj dan Makjuj melakukan kerosakan di bumi

Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" (Surah Al-Kahfi : 94)




Lukisan oleh Qasim dari abad ke-16, diilustrasikan dari al-Quran, manusia membina tembok untuk menghalangi serangan Ya'juj dan Ma'juj

Zulkarnain telah menahan Yakjuj dan Makjuj

Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya".
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.Surah Al-Kahfi : 95 - 97)

Yakjuj dan Makjuj akan keluar kembali

(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". (Surah Al-Kahfi : 98)



kawasan yang digelar Danube Iron Gate,dipercayai tempat Yakjud dan Makjud di sembunyikan


Dinding Zulkarnain menahan Yakjuj dan Makjuj telah terbuka

Dari Zainab binti Jahsy :
Bahawa Rasulullah bangun dari tidurnya sambil bersabda: Laa ilaaha illallah, celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana akan terjadi, iaitu hari ini dinding menahan Yakjuj dan Makjuj telah terbuka sebesar ini. Dan Sufyan (perawi hadis ini) melingkarkan jarinya membentuk angka sepuluh (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari). Aku (Zainab binti Jahsy) bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat orang-orang saleh? Beliau menjawab: Ya, jika banyak terjadi kemaksiatan.
(Hadis Riwayat Muslim)

Yakjuj dan Makjuj turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi

Dikhabarkan di dalam Al Quran bahawa Yakjuj dan Makjuj akan turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri". (Surah Al-Anbiyaa : 96-97)
Teruskan - Yakjuj dan Makjuj : Misteri Dalam Al-Quran

Ibnu Sina : Bapa Perubatan Dunia


Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari Iran yang hidup antara tahun 980 - 1037 M.Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.

Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.
Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).




Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti  itali dan perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul (Remedies for The Heart) yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa),syair, prosa, dan agama.
Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.


Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.
Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.
Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.
Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.






Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah,air,api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.
Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.
Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.
Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.
Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab "Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.
Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.

  1. Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga dan neraka.




Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).
Teruskan - Ibnu Sina : Bapa Perubatan Dunia

Wednesday 17 August 2011

Raja Fahd : Raja Arab Ke-5

Fahd ibn Abdul Aziz Al-Saud  ialah raja dan Perdana Menteri Arab Saudi. Beliau merupakan Raja Arab Saudi kelima. Beliau merupakan salah seorang anak lelaki daripada 37 orang anak lelaki pengasas Arab Saudi iaitu Raja Abd Al Aziz Al Sa,ud . Raja Fahd menaiki takhta selepas kematian Raja Khalid pada 13 Jun 1982.
Fahd dilantik menjadi Putera Mahkota apabila Raja Khalid menaiki takhta selepas raja terdahulu iaitu Raja Faisal dibunuh pada tahun 1975.
Raja Fahd terkena strok pada tahun 1995 dan tidak dapat menjalankan kewajipannya sebagai pemerintah. Adik tirinya, Puter Mahkota Abdullah (sekarang ialah Raja Arab Saudi) diberi kepercayaan menjalankan tugas Raja Fahd. Putera Mahkota Abdullah dilantik menjadi Raja Arab Saudi selepas kematian Raja Fahd pada Ogos 2005.

Fahd ialah anak kepada pengasas Arab Saudi,Raja Abdul Aziz. Beliau merupakan anak pertama hasil perkahwinan di antara Raja Abdul Aziz dengan Hussah binti Ahmad Al Sudairi. Tarikh lahirnya dikatakan pada tahun 1923 (sesetengah pendapat pada tahun 1921). Semasa berusia sembilan tahun beliau menyaksikan bapanya menubuhkan Kerajaan Arab Saudi moden.
Pada tahun 1945, Fahd bersama-sama rombongan daripada negaranya ke New York untuk menghadiri upacara pembukaan Perhimpunan Agung PBB (UNGA). Semasa lawatan ini, Fahd berkhidmat di bawah abangnya,Putera Faisal yang ketika itu merupakan Menteri Luar Arab Saudi.

Raja Fahd amat meminati pusat peranginan di Marbella,Sepanyol. Semasa lawatannya ke tempat itu pada tahun 70-an, beliau membeli hartanah seluas 200 hektar. Semasa kematiannya, dia disytiharkan sebagai "anak angkat" oleh pihak pentadbir tempatan di sana dan tiga hari untuk bertafakur di sana.

Pada tahun 1953, semasa berusia 30 tahun, Fahd dilantik menjadi Menteri Pendidikan oleh ayahandanya. Pada tahun yang sama, Fahd mengetuai rombongan negara ke upacara penabalan Queen Elizabeth II sebagai wakil keluarga Diraja Saudi.
Kemudian, Fahd mengetuai rombongan Arab Saudi ke Liga Arab pada tahun 1959. Pada tahun 1962 pula, Fahd diberi posisi Menteri Dalam Negeri dan lima tahun kemudian dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Kedua.

Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 mengubah keadaan politik di Timur Tengah kerana pemerintahan monarki Shah Iran dijatuhkan bagi memberi laluan kepada pemerintahan berdasarkan keagamaan berdasarkan undang-undang syariah. Pada tahun yang sama, sekumpulan pengganas menyerbu dan menawan Masjidil Haram di Makkah. Selepas menaiki takhta pada 1982, Raja Fahd yang khuatir dengan gerakan fundamentalis Syiah kemudiannya menyokong Saddam Hussein di Iraq dalam peperangan dengan Iran. Beliau juga mengambil gelaran "Penjaga Dua Masjid Suci" di samping mengambil langkah-langkah untuk mewajibkan pendidikan berteraskan agama.

Selepas tentera Iraq pimpinan Presiden Saddam Hussein mencerobohi Kuwait, menempatkan tentera teramai di Timur tengah di sempadan Arab Saudi, Raja Fahd bersetuju untuk membenarkan tentera bersekutu pimpinan AS menggunakan negaranya sebagai pangkalan perang. Hal ini menyebabkan beliau dikritik hebat oleh golongan ulama dan proislam yang menentang kehadiran tentera bukan Islam di tanah Arab. Hal ini juga menyebabkan Keluarga Diraja Saudi dibenci oleh Osama Laden dan Al-Qaeda.

Raja Fahd terkena strok pada tahun 1995 dan memutuskan untuk menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Putera Mahkota Abdullah. Selepas strok itu Raja Fahd menjadi tidak aktif. Segala urusan pemerintahan jatuh kepada Putera Mahkota Abdullah.Raja Fahd dimasukkan ke dalam Hospital Pakar Raja Faisal pada 25 Mei 2005 untuk menerima rawatan. Pada 1 Ogos 2005, Raja Fahd diisytiharkan meninggal dunia.



Raja Fahd digantikan oleh Putera Mahkota Abdullah.
Teruskan - Raja Fahd : Raja Arab Ke-5

Tuesday 9 August 2011

Budu : Mempunyai Khasiat Tersendiri




Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan,Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.
Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada,mempelam dan air perahan limau nipis.

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun,US,Australia,New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. 

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. 
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.
Budu mempunyai bau yang agak kuat dan kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderita sakit gaot, kencing manis, darah tinggi, jerawat batu, barah payudara dan keguguran rambut kronik.
Teruskan - Budu : Mempunyai Khasiat Tersendiri
kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...