Thursday, 29 October 2009

Bunga Roselle



Bunga roselle berwarna cerah, salut bunga atau kaliksnya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa. Bahagian bunga roselle yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya (kaliks) yang mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle. Tahukah anda daun dan batang muda roselle boleh dimakan sebagai ulam atau salad dan boleh juga digunakan sebagai perisa di dalam kuah kari? Sementara itu di Afrika, biji roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan

Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle



Rosel banyak terdapat di kawasan yang beriklim tropika dan subtropika seperti di Afrika, India dan Asia termasuk Malaysia. Kini terdapat lebih dari 300 spesies tanaman rosel di seluruh dunia. Pokok ini boleh mencapai ketinggian lebih kurang 2 m dengan dahannya yang tumbuh menegak di peringkat awal dan melentur rebah apabila banyak buah. Batang, dahan serta tangkainya berwarna merah. Daunnya pula berwarna hijau dan berbentuk tapak tangan dengan tiga cuping yang meruncing ke hujung. Bunga rosel keluar di setiap sendi daun, berwarna kuning muda dan merah jambu manakala lengainya berwarna merah gelap dan berbentuk bujur .
Teruskan - Bunga Roselle

Wednesday, 28 October 2009

Angkatan Tentera Darat Malaysia




Tentera Darat Malaysia adalah komponen darat dan komponen terbesar di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Tentera Darat Malaysia mempunyai 17 rejimen dan kor dan yang aturkan menjadi pasukan-pasukan tempur, pasukan-pasukan bantuan tempur dan pasukan-pasukan bantuan. Pasukan yang paling ternama dan ulung di dalam Tentera Darat Malaysia adalah Rejimen Askar Melayu.




Sejarah
Sejarah moden Tentera Darat Malaysia bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai
Kompeni percubaan Pasukan Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi batalion penuh dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion Kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya.
Kedua-dua batalion ini menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda ancaman Komunis dan Darurat telah diisytiharkan tahun 1948. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion.
Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu
Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Tentera Darat Malaysia dipermodenkan menjadi satu pasukan tentera unuk peperangan konvensional.
Teruskan - Angkatan Tentera Darat Malaysia

Saturday, 24 October 2009

Pengasas Facebook



Mark Zuckerberg merupakan pengasas Facebook - sebuah perkhidmatan rangkaian sosial dalam internet. Beliau juga ketua eksekutif Facebook

Kejayaan Facebook

Pengguna Facebook kini meningkat kepada 250 juta orang. Jumlah ini sebagai ukuran berapa banyaknya hubungan peribadi yang anda telah lakukan. Palo Alto, ibu pejabat Facebook diCalifornia ditubuhkan pada 2004. Facebook mengalahkan MySpace yang dimiliki oleh News Corporation.

Pada Julai 2009, syarikat Internet Rusia menawarkan AS$100 juta (RM358 juta) untuk membeli saham daripada pekerja-pekerja Facebook.Syarikat Rusia itu, Digital Sky Technologies (DST) itu melabur sebanyak AS$200 juta (RM716 juta) ke atas Facebook pada Mei 2009 dan menawarkan sebanyak AS$14.77 juta (RM52.8 juta) untuk satu unit saham biasa Facebook.

Syarikat gergasi perisian komputer Amerika Syarikat, Microsoft telah membeli 1.6 % dalam Facebook bernilai AS$240 juta (RM859 juta) pada 2007

Teruskan - Pengasas Facebook

Thursday, 15 October 2009

Bangunan tertinggi Dunia



Bangunan Tertinggi Di Dunia

Bangunan tertinggi kini sudah menjadi simbol dan kebanggan sesuatu negara. Lebih dikenali sebagai pencakar langit ,ia nya berbeza dari menara ia bangunan yang menempatkan ofis dan penempatan.

Buildings completed or being built

BuildingStoriesMetresFeetCity, CountryYearArchitects

1

Burj Dubai

160

800

2,640

Dubai, UAE

2008

Skidmore, Owings & Merrill

2

Russia Tower

134

648

2,126

Moscow, Russia

2010

Skidmore, Owings & Merrill

3

International Business Centre

130

580

1,903

Seoul, South Korea

2008

UN Studio

4

Lotte World II

107

512

1,680

Busan, South Korea

2012

Stephan Huh, Parker Design

5

Taipei 101 Tower

101

509

1,670

Taipei, Taiwan

2004

C.Y. Lee & Partner

6

Shanghai World Financial Center

101

492

1,614

Shanghai, China

2008

Kohn Pedersen Fox

7

Union Square Phase 7

102

474

1,555

Hong Kong, China

2010

Kohn Pedersen Fox

8

Suyong Bay Tower

102

462

1,516

Busan, South Korea

2010

Kohn Pedersen Fox

9

Xujiahui Tower

92

460

1,509

Shanghai, China

2010

John Portman & Associates

10

Petronas Towers 1 & 2

88

452

1,483

Kuala Lumpur, Malaysia

1998

Cesar Pelli


Teruskan - Bangunan tertinggi Dunia

Sunday, 11 October 2009

Bangunan Murillo




Bangunan 3 tingkat yang diperbuat dari batu bata,dibina di Des Moines,Iowa.Dibina pada tahun 1903,Pada asalnya bangunan ini letaknya di 14th High Street.Pada 1 march 2008,satu projek pengalihan lokasi bangunan itu dilakukan.Bangunan lama yang beratnya 7o5 ton akan dipindahkan ke satu lokasi yang baru.

Projek pengalihan bangunan ini berjalan selama 18 hari,tapak asas bangunan ini dipotong menggunakan big hammer dan chain saw.Mengangkat bangunan ini menggunakan 18 Hydraulic jack dan diangkat ke trak yang mempunyai 192 tayar,ianya melibatkan kos berjuta-juta dollar.perpindahan ini berjaya meletakkan bangunan ini ke lokasi yang baru dengan sempurna
Teruskan - Bangunan Murillo

Saturday, 10 October 2009

Sejarah lif (elevator)



Rujukan pertama mengenai lif terdapat dalam catatan arkitek Rom purba bernamaVitruvius yang mencatat bahawa Archimedes membina lif pertamanya, barangkali pada tahun 236 SM. Dalam sesetengah sumber bertulis dari zaman sejarah yang lebih lanjut, lif disifatkan sebagai gerabak pada tali hem yang dikuasakan dengan tangan atau kuasa haiwan. Adalah dianggap bahawa jenis lif ini dipasang di dalam biara Sinai di Mesir. Pada abad ke-17 prototaip lif didapati dalam bangunan istana England dan Perancis.

Pada tahun 1793, Ivan Kulibin mencipta lif dengan mekanisme pengangkatan skru untuk Winter Palace di Saint Petersburg. Pada tahun 1816 lif tersebut didirikan dalam bangunan utama desa Arkhangelskoye berhampiran Moscow.

Pada tahun 1823, ciptaan "ascending room" muncul buat julung kalinya di London. Henry Waterman dari New York mencipta lif (elevator) pada tahun 1850 bagi tujuan mengangkut tempayan berisi tepung.

Pada tahun 1853, Elisha Otis memperkenalkan lif keselamatan yang mengelakkan jatuhnya gerabak sekiranya kabel terputus. Reka bina lif keselamatan Otis agak serupa kepada sejenis lif yang masih digunakan kini. Sebuah alat pengawal imbang memasuki penggelek berabung agar menegangkan lif kepada pemandunya sekiranya lif menjunam terlalu laju.

Pada 23 Mac 1857, lif Otis yang pertama dipasang di 488 Broadway di Bandaraya New York; namun, syaf lif yang pertama sudah pun direka empat tahun sebelumnya. Pembinaan bangunan kampus Cooper Union milik Peter Cooper di New York bermula pada tahun 1853. Syaf lif itu diterapkan dalam rekaan Cooper Union kerana Cooper yakin bahawa lif penumpang yang selamat bakal dicipta. Syaf tersebut berbentuk bulat kerana Cooper berasa bahawa reka bentuk inilah yang paling cekap. Kemudian, Otis pun mereka lif khusus untuk sekolah tersebut. Kini Otis Elevator Company selaku anak syarikat United Technologies Corporation, merupakan pembuat sistem pengankutan menegak yang terbesar di dunia.

Lif elektrik pertama dibina oleh Werner von Siemens pada tahun 1880. Keselamatan dan kelajuan lif elektrik banyak dipertingkatkan oleh Frank Sprague.

Perkembangan lif diterajui oleh perlunya untuk mengangkut bahan mentah termasuk arang dan kayu balak dari hilir bukit. Teknologi yang dimajukan industri-industri ini serta pengenalan berasaskan rasuk keluli sama-sama melahirkan lif penumpang dan lif tambang masa kini.

Pada tahun 1874, J.W. Meaker mempatenkan satu kaedah yang membolehkan pintu lif untuk membuka dan menutup dengan selamat.

Pada 1929, Clarence Conrad Crispen, bersama Inclinator Company of America, mencipta lif kegunaan perumahan yang pertama. Crispen turut mencipta lif tangga condong yang pertama.

Teruskan - Sejarah lif (elevator)

Wednesday, 7 October 2009

Teknik Urutan Badan Yang Betul



Teknik urutan badan

TEKANAN sering kali dialami kebanyakan wanita sama ada pelajar, suri rumah atau wanita bekerjaya. Beban di tempat kerja yang tiada kesudahan menyebabkan mereka mudah sakit kepala, badan terasa lesu dan cepat marah.

Saban hari mereka berkerja hingga kadang kala melebihi 12 jam daripada waktu bekerja dan tentunya membuatkan tubuh badan letih serta lemah. Lebih merumitkan lagi sikap kita sendiri yang tidak mengambil berat faktor senaman.

Sebenarnya pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengurangkan tekanan. Ada yang melakukannya dengan beriadah bersama keluarga, bersenam, mengunjungi spa dan cara yang paling senang dan cepat ialah berurut.

Kuasa dan keajaiban sentuhan urutan memang tidak dinafikan mempunyai banyak manfaat serta memberi kesan yang begitu mendalam, bukan saja pada fizikal malah minda dan jiwa individu.Urutan jika dilakukan dengan teknik yang betul boleh menurunkan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah, meningkatkan aliran darah, merehatkan otot-otot dan sebagainya.

Perkara seumpama itu bukan sesuatu mustahil kerana urutan membabitkan manipulasi struktur tisu lembut badan secara manual bagi menghilangkan ketidakselesaan, pengecutan otot dan tekanan serta meredakan kesakitan.

Urutan turut merangsang pengeluaran hormon endorfin iaitu sejenis bahan kimia yang membangkitkan rasa gembira dan meningkatkan keyakinan diri.

Wanita mudah mengalami tekanan dan bahagian tubuh yang sering menerima kesan ialah leher, bahu dan kepala. Ketiga-tiga bahagian ini berkait rapat. Justeru, apabila ‘stress’ kepala akan turut sakit.

Leher dan bahu akan tegang. Jika kita memicit bahagian ini akan terasa seperti ada benjolan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar sekali gus menyebabkan timbulnya migrain dan insomnia.

Tekanan dan ketegangan badan banyak bergantung kepada pergerakan anggota itu sendiri. Jika sebelah kiri banyak bergerak, maka bahagian kiri yang banyak mengalami ketegangan.

Jika kita sentuh bahagian yang mengalami ketegangan itu, kita akan berasa keras. Jadi untuk melembutkannya urutan ringan perlu dilakukan. Sebaik-baiknya kita mengurut seminggu sekali bagi mengelakkan penyakit seperti insomnia dan keletihan.

Bagi memudahkan urutan dilakukan, minyak aromaterapi disaran digunakan kerana berupaya merehatkan minda. Jadi sambil meredakan ketegangan anggota badan, minda juga segar.


FAKTA: Faedah urutan

-Menyingkirkan lebihan toksin badan.
-Mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.
-Merehatkan otot-otot yang selama ini mungkin mengalami ketegangan.
-Melicinkan tekstur kulit yang menjadi organ tubuh manusia paling besar.
-Melancarkan sistem pencernaan.
-Membentuk badan.
-Menyeimbangkan minda, rohani dan jasmani.
-Mengurangkan kebimbangan dan tekanan mental


INFO: Tip pemakanan meredakan tekanan:


Kekacang - Kekacang seperti kacang merah, putih dan hijau mempunyai sumber protein yang tinggi apabila diambil bersama bijirin. Selain protein, kekacang juga kaya dengan thiamin (B1). Kekurangan thiamin dikatakan sering mempamerkan nilai-nilai moral yang rendah, kekeliruan fikiran dan sering meradang.

Beras coklat dan bawang putih - Kedua-dua bahan ini mempunyai vitamin B6 yang diperlukan otak untuk membina protein dan membentuk kolagen. Beras coklat pula mempunyai sumber vitamin B.

Bayam - Kaya dengan klorofil yang membuang toksin daripada tubuh dan mengurangkan radang. Sayuran hijau kaya dengan magnesium yang berupaya menentang ‘anxiety peptide’ yang juga rangkaian asid amino di otak boleh menyebabkan rasa kebimbangan dan kerisauan.

Dadih - Sumber kalsium merendahkan kadar ritma jantung dan tekanan darah tinggi dengan mengawal saraf periferal dan otot yang mudah terangsang.

Asparagus - Kaya dengan folate untuk membantu daya ingatan dan sesuai untuk otak yang sentiasa berfikir sibuk.

Produk kacang soya - Kebanyakan produk ini kaya dengan `tryptophan' iaitu sejenis bahan utama dalam pembentukan melatonin iaitu hormon yang dihasilkan oleh otak membantu mengurangkan tekanan, menenangkan saraf bagi tidur nyenyak.

Betik - Kaya dengan vitamin C, yang membantu tubuh mengimbangkan asid amino, menukarkan asid folik kepada bentuk lebih aktif dan berfungsi membaiki tisu-tisu badan.

Aprikot kering - Kaya dengan sumber potasium dan vitamin A. Tahap vitamin A yang rendah di dalam tubuh dikatakan boleh mendorong kepada kesunggulan. Bahan mineral dikenali sebagai `magnese' pada aprikot merangsang pertumbuhan hormon-hormon seks yang dikatakan dapat meningkatkan kesihatan mental.

Pisang - Mengandungi melatonin yang kaya dengan potasium berupaya meredakan tekanan.

Ubi kentang - Kaya dengan potasium dan vitamin B. Tahap kandungan vitamin B rendah ada hubung kait dengan kegelisahan, tekanan, kebimbangan, meradang dan perasaan yang berubah-ubah.

Bijirin oat - Kaya dengan vitamin B yang penting kepada saraf. Terbukti dapat membantu tekanan dan kemurungan.

Teruskan - Teknik Urutan Badan Yang Betul
kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...