Thursday 22 September 2011

Torpedo : Senjata abad ke-13





Torpedo moden, secara sejarah digelarkan torpedo lokomotif, ialah projektif terdorong diri yang berjalan dalam air dan direka bentuk untuk meledak ketika menyentuh atau berdekatan dengan sesuatu sasaran. Torpedo ialah senjata yang boleh dilancarkan dari kapal selam ,helikopter,pesawat,periuk api tentera laut,ataupun kubu tentera laut.
Perkataan torpedo berasal daripada nama yang sama bagi genus sinat elektrik dalam order Torpedinifomers yang berasal pula daripada perkataan bahasa latin, "torpere", yang bermaksud "mengejutkan". Bagaimanapun, tidak terdapat sebarang kesamaan fizikal antara sinar itu dengan torpedo mekanik.
Istilah "torpedo" digunakan buat pertama kali dalam tentera laut oleh Robert Fulton untuk isian serbuk letupan bertunda yang digunakan oleh kapal kelamnya,Nautilus, bagi menenggelamkan kapal perang antara tahun 1800-1805.
Semasa Perang saudara Amerika, "torpedo" biasanya merupakan "periuk api sentuh" yang digunakan untuk menenggelamkan kapal. Torpedo ini menggunakan "demijohn" atau bekas serupa yang boleh mengapung, dan dikekalkan di bawah permukaan air melalui pemberat yang diikat dengan tali penambat.
Bekas Komander Matthew Fontaine Maury adalah orang yang mempergunakan pengalamannya dalam bidang elektrik di bawah laut untuk menguji kaji periuk api elektrik pada pelbagai kedalaman di dalam air. Seorang Virginia yang akhirnya dilantik sebagai Komander Negeri-negeri Gabungan ketika Abraham Lincoln menurunkan  75,000 askar ke Selatan, beliau memperoleh pengalamannya dalam elektrik bawah air ketika membantu Cyrus West Field dalam pemasangan Kabel Atlantik.
Periuk api sentuh yang mengapung dan diikat oleh tali penambat ialah yang ditemukan oleh Davvid Farragut ketika kapal utamanya, Tecumseh, ditenggelamkan dengan segera dalam tempoh hanya beberapa saat. Beliau dikatakan menjerit, "Celaka torpedo, kelajuan penuh ke depan" ketika kapal-kapal armadanya di depan takut memarakan.
Ketika torpedo terdorong diri dikembangkan, jenis yang diikat oleh tali penambat dirujuk sebagai "torpedo pegun" dan kemudian sebagai "periuk api sentuh". Terdapat juga "periuk api sentuh" daratan yang digunakan oleh Jeneral Rains daripada Negeri-negeri Gabungan dan orang-orang lain semasa Perang Saudara Amerika itu dengan amat berjaya. Periuk api sentuh masih digunakan pada hari ini.

Sebenarnya pada abad ke -13,torpedo dicipta di Syria oleh orang islam,tetapi di manipulasikan oleh orang inggeris.Jamie dan Adam dalam Mythbusters mengesahkannya.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...