Wednesday 25 August 2010

Bintulu,Sarawak



Bahagian Bintulu terletak di Sarawak menghadap Laut China Selatan di baratnya. Bandar Bintulu membangun dengan pesat dengan adanya gas asli di luar pantai Sarawak. Ia terletak 650 km dariBandar Kuching dan kira-kira 215 km dari Sibu atau Miri. Bintulu mempunyai keluasan 7,220.4 km2.

Daripada asal hanya sebuah kampung nelayan yang dikenali dengan hasil lautnya seperti udang, cencaluk dan belacan, Bintulu kini muncul sebagai bandar antarabangsa.

Sebuah loji pemproses gas asli iaitu, Malaysia LNG Sdn Bhd telah dibina di Bintulu. Ia menjadi pengalak kepada pembangunan lain-lain sektor yang diperlukan.

Pelabuhan Bintulu di Tanjung Kidurong turut dibina dan berkembang maju. Tanjung Kidurong dahulunya ialah sebuah hutan rimba yang terkenal sebagai tempat perburuan rusa. Pelabuhan ini bersebelahan dengan loji MLNG. Lembaga Pelabuhan Bintulu ditubuhkan pada 1981 bagi melicinkan pembinaan pelabuhan serta bertanggungjawab dalam pengendalian dan penjagaan pelabuhan. Semua kontrak pembinaan utama telah disiapkan mengikut jadual dengan memakan kos berjumlah RM600 juta.

Terdapat juga kilang Asean Bintulu Fertilizer yang membekalkan baja urea dan lain-lain kepada petani-petani di Malaysia dan juga di negara-negara ASEAN.

Kampus Universiti Pertanian Malaysia turut dibina. Kini ia dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia. UPM Kampus Bintulu ini bukanlah suatu nama baru sebagai destinasi pendidikan tinggi di negara ini kerana ia merupakan kampus tertua di Negeri Sarawak. Kampus ini diaktifkan semula pada November 2001 berasaskan matlamat ketiga pelan strategi UPM 2001-2010 iaitu meningkatkan keupayaan UPM sebagai pusat pengajian dan perkhidmatan pertanian serta biosumber terkemuka di peringkat antarabangsa.

Pada masa kini, terdapat lebih daripada 8 buah sekolah menengah dan 50 buah sekolah rendah di Bintulu. Di antara sekolah-sekolah menengah tersebut, SMK Bintulu merupakan sekolah tertua dan terbesar dan dapat menampung pelajar-pelajar dari Tingkatan Satu sampai Tingkatan Enam. Ia merupakan salah sebuah sekolah yang menunjukkan prestasi yang terbaik di Sarawak dalam peperiksaan-peperiksaan umum.

Bintulu turut mempunyai sebyah lapangan terbang bertaraf antarabangsa, iaitu lapangan Terbang Bintulu yang terletak 23 kilometer dari pusat bandar. Lapangan terbang baru ini mempunyai landasan sepanjang 2600 meter yang mampu menerima Airbus A330 mendarat. Lapangan terbang ini turut mengendalikan penerbangan ke beberapa destinasi luar negara seperti Singapura, Kuala Lumpur,Hong Kong, Manila, Bangkok dan Jakarta dapat dilakukan dengan adanya Lapangan Terbang baru ini.

Bintulu juga mempunyai kemudahan sukan dan rekreasi yang baik. Bintulu mempunyai lebih daripada 40 gelanggang badminton, 32 gelanggang tenis, 8 buah gelanggang skuash, 16 buah gelanggang bola keranjang, 25 buah gelanggang sepak takraw, 14 buah padang bola sepak, 4 buah gelanggang bola tampar dan 3 buah padang hoki.

Selain daripada kemudahan-kemudahan tersebut, Bintulu juga mempunyai 3 buah kolam renang awam termasuklah kolam renang Lembaga Kemajuan Bintulu berdekatan Dewan Suarah, sebuah stadium tertutup dan stadium terbuka yang terletak di Jalan Tanjung Kidurong.

Padang Golf 18-lubang di Bintulu bukan sahaja sebuah padang golf yang mencabar bahkan mempunyai pemandangan yang menarik di sini. Padang Golf ini dikendalikan oleh Kelab Golf Bintulu yang mempunyai bangunan sendiri di situ sebagai pusat operasinya.

Kebanyakan pelancong akan singgah di Bintulu sebelum berkunjung ke Taman Negara Niah atau Taman Negara Similajau.


Tempat-tempat menarik

  • Kampung Jepak
  • Tugu Dewan Undangan Negeri
  • Pasar Utama Bintulu & Tamu Bintulu
  • Pasar Malam
  • Masjid Assyakirin
  • Tokong Kuan Yin Tong
  • Pantai Tanjung Batu
  • Taman Tumbina
  • Padang Golf
  • Taman Negara Similajau
  • Pantai Tanjung Kidurong
  • Parkcity Mall
  • Millenium Park (Fasa 1)
  • Bintulu Waterfront Promenade (dijangka siap 2007 - fasa 1)
  • Farley
  • Li Hua Hotel
  • Casablanca
Teruskan - Bintulu,Sarawak

Silat



Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.


Adalah menjadi ungkapan yang terkenal dan biasa disebut oleh guru-guru silat bahawa bunga silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain daripada kelihatan mengelirukan (seolah-olah menari) dan sebab-sebab di atas, bunga juga digunakan untuk memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan salam perdamaian (ini dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti menghulur salam), menyembunyikan buah dan sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan (kadangkala sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang untuk memerangkap musuh). Silat Gayung Fatani terkenal dengan pergerakan bunga yang cantik dan istilah 'melilit'. Pesilat aliran ini akan sengaja memberi ruang dan isyarat kepada musuh untuk menyerang atau cuba melepaskan diri, di mana semakin musuh itu menyerang setelah termasuk perangkap kuncian, maka semakin ketat mereka akan 'terbelit' dalam kuncian pesilat aliran ini.



Sejarah

Silat tersebar sepanjang Nusantara Melayu sejak abad ke-7 M, tetapi asal-usulnya masih lagi tidak pasti. Meskipun, silat telah diakui sebagai seni Melayu asli. Orang Melayu yang telah menetap di bandar-bandar pantai pulau Sumatera dan Semenanjung Melayu, dari Aceh di utara ke Kelantan, Kedah dan Kepulauan Riau di selatan, dan Pattani di utara adalah orang yang mengamalkan silat. Perhubungan dengan kumpulan suku kaum lain di bandar-bandar pantai telah juga mempengaruhi bentuk silat. Adanya bukti bahawa budaya China dan India telah mempengaruhi gaya-gaya seni mempertahankan diri itu.Apabila Islam disebarkan sepanjang nusantara abad ke-14, ia diajar di samping dengan silat. Selain seni bertarung dan tarian budaya rakyat, silat kemudian menjadi suatu latihan rohaniah.

Silat telah diperhaluskan ke ciri keistimewaan sultan, panglima dan pendekar sewaktu empayar Kesultanan Melaka, Majapahit dan Srivijaya. Ia adalah waktu apabila silat tersebar sepanjangSemenanjung Melayu, Jawa, Bali, Sulawesi dan Borneo. Orang Melayu, terutamanya di semenanjung Melayu, menganggap cerita legenda Hang Tuah pada abad keempat belas sebagai bapa silat.

Silat berkongsi sejarah yang sama di Malaysia (termasuk Singapura ketika itu), Brunei dan Indonesia sewaktu era penjajahan sebagai suatu wadah untuk membebaskan diri daripada kekuasaan penjajah. Sewaktu era pasca penjajahan, silat telah menikmati populariti dan nama yang tinggi oleh kerana jasa-jasa pendekar yang telah memimpin perjuangan dan mengorbankan nyawa untuk kemerdekaan.


Teruskan - Silat

Tuesday 24 August 2010

Perodua Kancil


Perodua Kancil (dikenali sebagai Nippa di pasaran United Kingdom) merupakan sebuah kereta kecil yang pertama dikeluarkan oleh Perusahaan Automobil Kedua (PERODUA).Ia mula dilancarkan pada tahun 1994.Dinamakan Kancil sempena nama seekor binatang bijak yang pernah muncul dalam cerita-cerita kanak-kanak zaman dahulu,


Kancil merupakan kereta keluaran pertama PERODUA sejak dilancarkan pada 1994. Ia mempunyai 4 pintu dengan keluasan 5 tempat duduk. Pada Disember 1995, PERODUA telah menghasilkan Kancil yang ke-50,000. Menjelang 1997, 100,000 buah Kancil telah dipasarkan dan pada 1999, ia telah mencapai 250,000 buah. Apabila pengeluaran dihentikan pada 2009, lebih 700,000 Kancil telah dihasilkan.

Kancil merupakan model paling popular terutama kepada pemandu baru dan wanita serta paling banyak digunakan oleh sekolah memandu. Ia kecil, kompak dan menjimatkan dari segi bahan api (RM 10.00 untuk kira-kira 100 kilometer.

Kancil mempunyai 3 model berbeza:

  • Kancil 660EX - enjin 3 silinder sebaris 659cc menggunakan karburetor, berkuasa 31 hp (22.8 kW), transmisi manual 5 kelajuan, bumper hitam serta jalur pintu.
  • Kancil 850EX- enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan karburetor, berkuasa 37 hp (27.8 kW), transmisi manual 5 kelajuan, bumper berwarna serta jalur pintu.
  • Kancil 850EZi- enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan suntikan bahan api, berkuasa 50 hp (36.7 kW), transmisi automatik 3 kelajuan, bumper berwarna serta jalur pintu
Teruskan - Perodua Kancil

Monday 23 August 2010

Berkhatan



Khatan bermakna memotong lebihan kulit di bahagian alat sulit samaada bagi wanita (kelentit) mahupun lelaki (kulup). Khatan atau "bersunat" merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit kerana zakar dan faraj merupakan tempat dimana pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan. Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan al-Auzai serta lain-lain berkhatan atau bersunat ini merupakan wajib bagi seseorang yang bergelar Muslim. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa khatan wajib dilakukan ketika si anak hampir cukup umur atau akil baligh.

Mengkhatan anak lelaki adalah wajib manakala mengkhatankan anak gadis adalah terpuji dan bukannya wajib.


Sejarah

Rekod terawal mengenai berkhatan terdapat dalam batu bersurat Mesir Purba dari Saqqara (c 2200 S.M (BC).

Dikatakan Nabi Ibrahim a.s dikhatan ketika berusia 80 tahun dan mengkhatan putera-putera beliau, Nabi Ismail dan Nabi ishak pada usia masing-masing 13 dan 8 tahun. Perbuatan ini kemudian berlarutan sehingga ke nabi seterusnya termasuk Nabi Isa a.s. Untuk kes Nabi Muhammad s.a.w. ada mengatakan baginda dilahirkan sudah berkhatan. Ada juga menyatakan bahawa baginda dikhatankan oleh Malaikat Jibrail atau datuk beliau, Abdul Mutalib.

Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.

Di Malaysia, kebanyakan ibu bapa dan penjaga memilih hari cuti penggal, iaitu sekitar pertengahan tahun mahupun hujung tahun untuk mengkhatankan anak-anak mereka. Kanak-kanak ini kebiasaannya dikhatankan ketika berusia dalam lingkungan 10-12 tahun.

Khatan di kalangan masyarakat Arab berbeza dengan masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat Arab memilih untuk mengkhatankan anak mereka ketika baru lahir atau pada peringkat 7 tahun.


Manafaat berkhatan

Bagi Laki-Laki

Di antara fungsi berkhatan bagi lelaki adalah membuang tempat bersarangnya kotoran dan najis(kulup).

Bagi wanita

Sebahagian meyakini bahwa sunat wanita dalam islam dapat menstabilkan rangsangan syahwatnya. Jika dikhatan terlalu dalam (dikhatan terlalu dalam bermaksud bermungkinan memotong sebahagian klitoris) boleh membuat wanita tidak mempunyai hasrat sama sekali, sebaliknya, jika kulit yang menonjol ke atas vaginanya (secocok dengan preputium pada zakar / alat kelamin lelaki atau penutup klitoris)(identical with preputium) boleh dipotong untuk membuat wanita lebih menikmati hubungan seksual dan sukar untuk mendapatkan klimaks (orgasme).

Satu-satunya perbezaan antara laki-laki dan perempuan khatan, College seniman adalah: bidang kesihatan (perubatan kurikulum) ada pelajaran teknik sunat laki-laki sementara perempuan sunat tidak ada. Tetapi prinsip-prinsip anatomi, jika khatannya jurukhatan profesional perubatan, tidak akan ada kesulitan untuk melakukan sunat kedua, baik laki-laki dan wanita. Untuk hanya adalah sunat dilakukan pada seorang laki-laki dengan memotong sebahagian besar zakar dengan penutup kepala tidak mengganggu penisnya sama sekali. Rasulullah tidak profesional perubatan, dalam hadis di atas baginda berkata "jangan kau memotong ,......." yang secara harfiah bermaksud bahawa sunat wanita mungkin tidak memotong klitoris dan asesorinya (identik dengan preputium) dan hanya boleh memotong bahagian daripada klitoris!

Teruskan - Berkhatan

Sunday 22 August 2010

Setem



Setem ialah bukti pembayaran yuran perkhidmatan pos yang lazimnya berbentuk helaian kertas segiempat kecil yang dilekat pada sampul surat atau poskad. Setem ini menandakan bahawa orang yang mengirim surat atau pakej itu mungkin telah membayar yuran pengiriman terdahulu sama ada dalam jumlah penuh atau ansuran. Setem merupakan kaedah paling laris bagi membayar untuk perkhidmatan pos runcit; alternatifnya termasuk sampul surat pos prabayar dan meter pos.


Sejarah

Setem pemposan julung kali diperkenalkan di United Kingdom pada bulan Mei 1840 sebagai sebahagian rombakan perkhidmatan pos pimpinan Rowland Hill. Oleh itu yuran pos mula dibayar oleh pengirim dan bukannya penerima seperti sebelum itu, namun mengirim secara prabayar bukanlah wajib. Setem pos pertama, Penny Blackjulung kali dikeluarkan pada 1 Mei bagi kegunaan mulai 6 Mei, dan dua hari kemudian, Two pence blue, dengan ukiran Ratu Victoria yang muda, merupakan kejayaan besar, namun penapisan seperti tebukan tepi hanya digunakan bagi setem yang diterbitkan tidak lama kemudian.

Negara-negara lain turut mencontohi UK dengan memakai sistem setem; Kanton Zürich di Switzerland menghasilkan setem 4 dan 6 rappen Zurich; meskipun Penny Black boleh digunakan untuk menghantar mana-mana surat yang beratnya kurang 15 gram dalam United Kingdom, perkhidmatan pos Switzerland masih mengira kadar pos berdasarkan jarak pengiriman. Brazil mengeluarkan setem Mata Lembu (Bull's Eyes) pada tahun 1843, menggunakan mesin cetak yang sama seperti yang digunakan untuk Penny Black. Kerajaan Brazil memilih rekabentuk abstrak dan bukannya gambar Maharaja Pedro II agar imej baginda tidak dicacatkan oleh cop pos. Pada tahun 1845 sebilangan pegawai pos di Amerika Syarikat menghasilkan setem sendiri, tetapi setem yang pertama kali dikeluarkan secara rasmi muncul pada tahun1847, dengan setem 5 dan 10 sen yang menampilkan potret Benjamin Franklin dan George Washington. Sebilangan negara lain mengeluarkan setem sendiri pada akhir 1840-an, tetapi banyak lagi negara lain memulakan sistem setem pada 1850-an dan menjelang 1860-an kebanyakan negara di dunia sudah menghasilkan setem pos.

Semenjak lahirnya setem pos di United Kingdom bilangan surat yang dikirim naik mendadak dari 82 juta pada tahun 1839 ke 170 juta pada tahun 1841. Hari ini purata 21 bilion benda dikirim melalui pos setiap tahun di UK sahaja.

Teruskan - Setem

Friday 20 August 2010

Lawas,Sarawak



Lawas adalah bandar kecil di bawah bahagian Limbang,terletak di utara negeri Sarawak.Keluasan Lawas meliputi 3 811.9 meter persegi dan populasi penduduk ialah 35 300 (pada tahun 2000).Ia terletak 1200 kilometer dari ibu negeri,Kuching dan 200 kilometer dari ibu negeri Sabah,Kota Kinabalu.

Sejarah
Pada tahun 1970an hingga 1990an Lawas dan Limbang menjadi bandar yang penuh dengan maksiat dan dosa di Sarawak.Sarang pelacuran,kelab malam murahan,rumah urutan dan hotel murah adalah benda yang biasa di kedua-dua bandar itu.

Sehinggalah kerajaan negeri melakukan perubahan pembentukan semula bandar utama dekad yang lalu.Kawasan perumahan,kedai,pusat beli-belah,projek pertanian dan jalan raya telah di bina dengan perlaburan berjuta-juta ringgit.

Hotel murahan juga telah diubah suai menjadi hotel bertaraf perlancongan .

Ekonomi
Limbang merupakan bandar transit antara Sarawak,Sabah dan Brunei.Pembalakan dan pertanian juga merupakan sumber ekonomi utama.Tanah tinggi di Ba'kelalan telah dieksperimentasi untuk menanam epal.Perancangan untuk membina industri berskala kecil dan sederhana telah dicadangkan oleh kerajaan negeri.Pada masa ini,kebanyakkan tanah di Lawas,Sundar dan Trusan telah diusahankan menjadi ladang padi dan ladang kelapa sawit.

Pengangkutan
Lawas secara geological nya terputus dari rangkaian jalan raya Sarawak.Walaubagaimanapun jalan utama Sabah ,Brunei dan daerah Temburung menghubungkan bandar Lawas.Rangkaian jalan raya nya bebas daripada kesesakan lalu lintas.

Dua jalan melimpasi sempadan terdapat di Lawas:
  • Mengkalap:Terletak di barat bandar Lawas,Mengkalap ialah 'checkpoint' sebelum meghala ke Brunei.Ia beroperasi sementara di rumah kedai di Bazaar Trusan,8 kilometer dari sempadan sebenar Malaysia-Brunei.
  • Merapok:Di timur bandar Lawas pula terletaknya 'checkpoint' sebelum menghala ke Sabah.Di sebelah Sabah pula Sindunim.
Pengangkutan air
Salah satu pilihan pengangkutan adalah melalui Sungai Lawas.Sungai Yang bersih itu adalah alternatif utama meghubungkan Lawas dengan kawasan pendalaman.

Brunei,Labuan Dan Limbang juga dihubungkan dari Lawas menggunakan bot.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam.Bot ke Brunei,Labuan dan Limbang boleh didapati di Pangkalan bot Lawas setiap pagi.Setiap satu bot boleh memuati 150 orang.

Tempat menarik
Pasar Tamu Lawas merupakan daya tarikan pelancong utama di Lawas setiap sabtu.Produk tempatan seperti sayuran,Buahan dan makanan laut di jual di situ,kebanyakan yang datang ke pasar tamu adalah penduduk tempatan dan dari negara jiran,Brunei.

Selain Pasar Tamu Lawas,tempat yang menarik yang boleh dilawati di Lawas ialah seperti Pantai Kampung Punang,pantai Sungai Bangat,Pa'lelau di Merarap,Gunung Murut,Kampung Air Terjun(Jalan Trusan) dan Sri Tanjung Resort di Kuala Lawas.

Kuala Lawas,Kampung Punang dan Awat-awat terkenal dengan kampung air nya,sama seperti KAmpung Air di Brunei cuma sedikit kecil.Perahu menjadi pengangkutan utama untuk menyeberang sungai.

Penduduk di Lawas terdiri daripada Melayu Brunei,Lunbawang,Kedayan,Murut dan Cina


Teruskan - Lawas,Sarawak

Thursday 19 August 2010

Bunga Api



Bunga api ialah sejenis peralatan yang dibina menggunakan bahan letupan lemah yang bertujuan sebagai estetik dan hiburan. Pameran bunga api ialah pertunjukkan yang menggunakan peralatan tersebut untuk menimbulkan efek bunga api tersebut.

Bunga api digunakan dengan meluas untuk menghasilkan empat kesan utama: bunyi, api/cahaya yang berwarna, asap dan bahan terapung (seperti konfeti) melalui pembakaran bahan-bahan tertentu seperti serbuk letupan, sulfur dan pelbagai jenis bahan kimia yang lain.

Bergantung kepada rekaan pakar bunga api, ianya dihasilkan untuk mengeluarkan api dan asap berwarna yang mengandungi satu atau lebih warna, iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, ungu dan perak.

Bunga api telah dicipta oleh orang Cina purba pada kurun ke-12 untuk menghalau roh-roh jahat, dimana ianya direka melalui penambahbaikan ubat bedil Cina. Pertunjukan bunga api dianggap penting kepada kaum Cina apabila ianya digunakan sehingga sekarang iaitu melalui sambutan Tahun Baru Cina, dan sambutan perayaan Kuih Bulan. Negara Cina merupakan pembekal dan pengeksport utama bunga api di dunia.

Oleh kerana bunga api menghasilkan asap beracun yang berupaya mencemarkan alam sekitar dan mencederakan orang lain, perdebatan mengenainya dibincangkan seluruh dunia.

Teruskan - Bunga Api

Monday 16 August 2010

Onani



Pelancapan atau onani merujuk pada perangsangan seksual, terutamanya pada alat kelamin seorang itu sendiri dan sering membawa kepada puncak syahwat, yang dilakukan dengan tangan, oleh jenis-jenis perhubungan badan lain (kecuali hubungan seks), dengan kegunaan benda atau peralatan, atau dengan pegabungan cara-cara ini. Pelancapan adalah bentuk terumum pada otoerotikisme, dan dua kata telah sering digunakan sebagai sinonim, walaupun pelancapan dengan seorang pasangan juga umum. Pelancapan haiwan telah diperhatikan pada banyak spesis, kedua-duanya di hutan rimba dan yang ditangkap.Onani seringkali dilakukan secara bersendirian, tetapi ia juga biasa dilakukan bersama pasangan (onani bersama). Onani di kalangan haiwan dilihat dalam kebanyakan spesis, sama ada hidup liar atau dalam kurungan.


Perkataan onani dari nama "Onan" iaitu orang yang disebut dalam kitab Genesis, kitab yang penting bagi Agama Yahudi dan Nasrani.

Sementara "pelancapan" digunakan sebagai istilah perubatan pada amalan ini, banyak istilah dan penyataan lain adalah sering digunakan. Dalam bahasa seharian, istilah-istilah seperti "memuaskan diri sendiri", "masturbasi", "merancap", "mengasuk" dan "mengancak" juga digunakan.


Melancap menurut islam

Firman Allah swt : "Dan orang-orang yang memelihara kemaluan mereka kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa berkehendak selain dari yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu’minun: 5- 7).

Hal ini bermakna, onani amat ditegah oleh Islam tetapi menurut beberapa orang ulama, onani dibenarkan jika ia boleh mencegah maksiat(menurut Imam Ahmad Hambal & Ibnu Hazmin )

Onani juga diklafikasikan sebagai dosa besar. Islam menggalakkan orang muslim berkahwin untuk mencegah dosa sebagai berikut:

"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah mampu kahwin, maka kahwinlah; kerana dia itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan." (Riwayat Bukhari)


Teruskan - Onani

Catur


Catur adalah sejenis permainan berpapan, rekreasi dan berdayasaing yang dimainkan di antara dua pemain. Bentuk permainan terkini timbul di Eropahsemasa separuh abad kedua pada abad yang ke-15 selepas ianya berubah daripada permainan asal lamanya di India yang sama. Sekarang, permainan catur merupakan permainan yang paling popular di dunia, dimainkan oleh jutaan manusia di seluruh dunia semada di rumah, di kelab-kelab catur, dalam talian, surat menyurat, dan di dalam pertandingan.

Catur dimainkan pada papan bersaiz 8x8 petak, memberikannya 64 petak yang silih berganti warna, terang dan gelap, dengan setiap pemain mempunyai petak terang pada dekat-lapan sudut apabila berdepan pada papan. Setiap pemain mulakan permainan dengan 16 catur di mana boleh gerak dalam hala kemas (dan dalam setengah misalan, jarak terhad) dan boleh mengeluarkan lain-lain kepingan dari papan: setiap kepingan pemain terdiri daripada lapan bidak, dua satria, dua gajah, dua tir, satu menteri dan satu raja. Semua kepingan boleh mengeluarkan kepingan pihak lawan dengan mendarat pada ruang yang mereka duduki.


Catur adalah permainan yang paling popular di dunia; ia menggambarkan bukan sahaja satu permainan tetapi juga satu seni dan satu sains. Kadangkala catur dilihat sebagai permainan perang yang abstrak ; kerana sebagai suatu "seni mempertahankan diri menggunakan minda dan mengajar catur dilihat sebagai cara untuk meningkatkan keupayaan minda. Catur biasanya dimainkan secara rekreasi dan competitif di dalam kelab-kelab, pertandingan, online, dan dengan surat-menyurat (catur berutusan surat). Banyak variasi dan berkaitan dengan catur dimainkan di dunia. Yang paling popular, dalam turutan menurun oleh bilangan pemain, adalah xiangqi di China, shogi di Japan, janggi di Korea, dan makruk di Thailand.

Setiap pemain yang masih baru dalam bidang permainan catur ini haruslah mengenali terlebih dahulu peraturan-peraturan permainan, dan kemudian strategi-strategi permainan yang telah dirangkakan oleh pencatur-pencatur profesional dan juara-juara dunia yang terdahulu. Ini sangat membantu kebanyakan pemain agar tidak sesat di pertengahan permainan dan sekali gus memerangkap pemain itu sendiri.


Islam Dan Catur

Terdapat laman-laman web yang dikendalikan oleh pendakwah Kristian (seperti Answering Islam) yang membuat dakwaan bahawa Rasulullah S.A.W. dan Islam mengharamkan permainan catur.

Para ulama berbeza pendapat mengenai permainan catur, dengan sebilangan mereka mengatakan boleh dan sebilangan lagi mengatakan makruh dan sebilangan lagi yang mengharamkannya. Ada yang menyatakan hadis-hadis berkaitan dengan permainan catur tetapi apa yang nyata adalah permainan catur ini menular di kalangan penganut agama Islam setelah pengislaman negara Parsi bermula dalam 637M iaitu selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. dalam tahun 632M. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi beranggapan hadis-hadis yang disebutkan mengenai permainan catur adalah hadis palsu kerana Rasulullah S.A.W. wafat sebelum penaklukan negeri Parsi.

Khulafa al-Rasyidin sendiri berbeza pendapat mengenai permainan catur. Khalifah Umar r.a. menganggapnya lebih melekakan daripada nard (backgammon) sementara Saidina Ali r.a. melihatnya sebagai satu perjudian (kerana ada yang bertaruh wang bermain catur).

Sahabat-sahabat lain dan ulama-ulama yang mengikut semasa dan selepas Khulafa al-Rasyidin seperti were Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Ibnu Sirin,Hisham bin Umrah, dan Said ibn Al-Musayyib membenarkan permainan catur. Asas kebenaran adalah catur tidak melibatkan pertaruhan nasib sebaliknya melibatkan kemahiran dan strategi.

Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi berpandangan permainan catur dibolehkan di dalam Islam, seperti mana permainan-permainan yang lain, selagi mana perkara-perkara berikut dijaga oleh pengamalnya. 1) tidak dilekakan sehingga meninggalkan solat dan 2) tidak melibatkan pertaruhan wang


Teruskan - Catur
kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...