Sunday 31 January 2010

Pokok kekabu




Pokok Kekabu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Mexico, Amerika Tengah, Caribbean, utara Amerika Selatan, dan (sebagai C. pentandra jenis guineensis) barat Afrika serta Asia Tenggara. Nama botaninya Ceiba Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu. Ini kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa.
Antara lain, sehingga kini, kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun, tetapi ia perlu dijauhkan dari air, dan dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur..
Teruskan - Pokok kekabu

Saturday 30 January 2010

Babi



Babi atau khinzir ialah sejenis haiwan mamalia ungulata yang bermancung panjang dan berhidung leper. Babi adalah omnivor, yang bererti mereka memakan daging dan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, babi dianggap salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucingBabi memiliki muncung bsebagai hidung, mata kecil, dan ekor yang kecil, yang mungkin bergelung, berkedut, atau lurut. Ia memiliki badan yang montok, kaki pendek, dan bulu kasar. Terdapat empat jari pada setiap kaki, dengan dua jari tengah besar yang digunakan bagi berjalan.

Babi adalah maserba, yang bererti babi memakan kedua-dua tumbuhan dan haiwan. Babi akan makan bangkai dan diketahui makan sebarang jenis makanan, termasuk serangga mati, cacing, kulit pokok, bangkai reput, sampah, malah babi lain. Secara liar, mereka merupakan haiwan meragut, terutamanya makan daun, rumput, akar, buah dan bunga. Kadang kala semasa dalam kurungan, babi mungkin makan anak mereka sendiri sekiranya ia tertekan. Babi biasa memiliki kepala yang besar dengan muncung panjang yang diperkukuhkan dengan tulang prenasal khas dan dengan gelung rawan ("cartilage") pada muncungnya.Muncungnya digunakan bagi menggali tanah bagi mencari makanan dan merupakan organ deria amat sensitif.

Babi memiliki set penuh 44 batang gigi. Gigi taring, dipanggil gading, tumbuh berterusan dan ditajamkan dengan gading atas dan bawah bergesel sesama sendiri.

Babi yang dibenarkan meragut boleh digembala oleh gebmala babi. Oleh kerana keupayaan meragut mereka dan deria bau mmereka yang kuat, babi digunakan bagi mencari truffledikebanyakan negara Eropah. Babi ternakan biasanya diternak oleh peladang bagi dagingnya (dikenali sebagai "pork"), dan juga bagi kulitnya. Bulu kasar babi juga digunakan sebagai bulu berus. Sesetengah penternak babi, seperti babi perut buncit Asia ("Asian pot-bellied"), dijaga sebagai haiwan peliharaan.

Pembiakan berlaku spenjang tahun di kawasan tropika, tetapi kelahiran memuncak sekitar musim hujan. Babi betina mampu bunting sekitar usia 8-18 bulan. Ia kemudian kembali subur setiap 21 hari jika tidak mengawan. Babi jantan menjadi aktif seksual sekitar usia 8-10 bulan. Anak-anak babi biasanya sekitar 6 hingga 12 ekor.Selepas anak babi berhenti menyusu, dua atau tiga keluarga mungkin berkumpul sehingga musim mengawan berikutnya.

Babi tidak memiliki kelenjar peluh yang berfungsi,dengan itu babi menyejukkan diri mereka dengan berendam dalam air atau lumpur semasa musim panas. Babi juga menggunakan lumpur sebagai satu bentuk pelindung matahari bagi mengelakkan kulit mereka dari terbakar matahari ("sunburn"). Lumpur turut memberikan perlindungan tarhadap lalat dan parasit lain.

Teruskan - Babi

Friday 29 January 2010

AK-47


AK-47 adalah sejenis senapang tempur (assault rifle) buatan Soviet Union (kini Rusia) yang menjadi satu ikon pergerakan pemberontakan di seluruh dunia. Senjata ini adalah rekaan Mikhail Kalashnikov. Namanya bermaksud (Avtomat Kalashnikova)“Automatic Kalashnikov 1947”. Pada asalnya, senjata ini dibuat oleh Izhevsk Mechanical Works.
Senjata ini boleh beroperasi dalam konfigurasi
automatik ataupun separa automatik dan menggunakan peluru kaliber 7.62x39mm (M43) katrij Soviet. Senjata AK-47 ini banyak dikeluarkan di Soviet Union dan negara-negara sekutunya dan dieksport ke serata pelosok dunia, khususnya bagi menyokong pemberontakan menentang kerajaan-kerajaan pro-Barat. AK-47 menjadi senapang tempur utama Soviet Union dan kesemua negara komunis dan juga pihak-pihak memberontak di Asia, Eropah, Afrika, Amerika Tengah dan di Amerika Selatan. Dalam tahun 1960-an, AK-47 digantikan dalam perkhidmatan Soviet dengan senapang tempur AKM (Avtomat Kalashnikova Modernizirovannyi) atau AK Moden, dan seterusnya oleh AK-74 yang menggunakan peluru berkaliber 5.45mm. Senjata ini masih dikeluarkan sehingga hari ini.
Teruskan - AK-47

Tuesday 26 January 2010

Radio


Radio merupakan sejenis komunikasi yang menggunakan gelombang elektromagnet, atau isyarat-isyarat radio, untuk menghantar maklumat elektronik dari satu tempat ke tempat lain tanpa menggunakan wayar. Unit penghantar dipanggil pemancar (transmitter), manakala unit yang menukar isyarat radio ke bunyi yang boleh didengar dipanggil penerima (receiver). Biasanya, penerima adalah dirujuk sebagai satu "radio" atau peti radio.
Syarikat-syarikat yang menyiarkan (atau menghantar) muzik, berita, ceramah atau lain-lain bentuk radio yang sehala dipanggil
stesen radio. Guglielmo Marconi dari Itali digelar sebagai pencipta radio.Pada mulanya, radio atau radiotelegrafi dipanggil "telegrafi wayarles", atau singkatannya "wayarles" (wireless). Awalan radio- yang membawa erti penyiaran tanpa talian, julung kalinya dicatatkan dalam istilah radioconductor, ciptaan ahli fizik Perancis Édouard Branly pada tahun 1897, berasaskan perkataan Latin radius yang bererti "jejari roda" atau "sinar cahaya". "Radio" sebagai kata nama dipercayai dicipta oleh pakar pengiklanan Waldo Warren (White 1944), dan juga kelihatan dalam sebuah rencana tulisan Lee De Forest pada tahun 1907, diterima guna oleh Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1912, dan menjadi laris apabila bermulanya siaran komersil pertama di Amerika Syarikat pada 1920-an. Istilah "radio" turut diterima oleh bahasa-bahasa Eropah dan Asia. Negara-negara Komanwel British terus mengutamakan istilah "wayarles" sehingga pertengahan abad ke-20, meskipun majalah BBC di UK bernama Radio Times sejak julung kali diterbitkan pada awal 1920-an.
Baru-baru ini, istilah "wayarles" dibangkitkan semula menerusi perkembangan pesat perangkaian komputer jarak dekat, seperti
Rangkaian Kawasan Tempatan Wayarles (Wireless Local Area Network, WLAN), WiFi, dan Bluetooth, tidak lupa juga perhubungan telefon bimbit, seperti GSM dan UMTS. Kini, istilah "radio" biasanya memaksudkan peranti atau cip penghantar-terima sebenar, manakala "wayarles" ialah sistem dan/atau kaedah yang digunakan untuk perhubungan radio. Oleh itu, kita membincangkan penghantar-terima radio dan Pengenalpastian Frekuensi Radio (Radio Frequency Identification, RFID), tetapi peranti wayarles dan rangkaian pengesan wayarles.
Teruskan - Radio

Monday 25 January 2010

Lokap






Lokap ialah bilik kurungan di sesebuah balai polis. Setiap balai polis mesti mempunyai sekurang-kurangya sebuah lokap. Semua tanahan atau suspek akan ditahan di lokap untuk memudahkan siasatan lanjut.
Pegawai siasatan polis ditekan dan tertekan oleh keluarga tahanan dan ahli politik kerana tahanan masih dalam siasatan dan belum dapat banyak bukti.Sebarang bukti tidak boleh didedahkan kepada media dan ahli keluarga .Polis perlu menjalani proses mahkamah untuk menentukan seseorang boleh ditahan reman selama seminggu atau dua minggu, bergantung kepada jenayah yanf dilakukan. Banyak kes, hakim tidak membenarkan seseorang ditahan reman.
Ada juga tahanan yang ditahan di penjara dan tidak pernah dibicarakan. Penjara Teluk Guantanamo di tepian pulau Cuba adalah contoh terbaik. Pelanggaran hak asasi manusia ini antara sebab Barack Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat.
Belum dibuktikan bersalah
Mereka yang ditahan di lokap belum lagi didapati bersalah. Jika tidak ditahan selama beberapa hari atau beberapa minggu , kemungkinan besar mereka akan melarikan diri ke luar negeri, bersembunyi di dalam hutan dan lain-lain. Tahanan mungkin merancang dan melakukan jenayah dan keganasan yang lebih besar. Ada taktik dan prosedur tertentu untuk menahan seseorang di dalam lokap.
Tahanan politik sukar untuk dibukti bersalah kerana memerlukan saksi, rakaman suara, gambar , bukti dan sebagainya. Tahanan atas kesalahan mencuri boleh dibuktikan melalui barang yang dicuri, waktu malam, saksi yang melihat, dengar cakap dan lain-lain butiran.
Masalah dalam lokap
Lokap kecil tidak mempunyai tandas dan tiada kipas dan lampu. Lokap yang besar mempunyai tandas. Tahanan hanya tidur dan baring di lantai simen. Lokap kecil akan menempatkan beberapa orang 'tahanan'. Beberapa kejadian lampau, terjadi tahanan bergaduh sesama sendiri. Dalam tempoh tahanan, beberapa tahanan ditemui mati atau membunuh diri, membunuh tahanan lain atau melarikan diri.
Alatan dalam lokap seperti suis elektrik, cermin kaca, besi pintu, besi lokap, pinggan plastik, sudu dan cawan digunakan sebagai senjata untuk mencederakan diri sendiri atau tahanan lain. Tali atau baju boleh digunakan untuk menggantung diri. Jaring kecil dalam tandas akan digunakan untuk meloloskan diri. Biasanya tahanan atau banduan mempunyai daya fizikal dan kreativiti yang menakjubkan. Polis akan dipersalahkan jika tahanan lari dari lokap kerana akan membahayakan orang luar pula.
Taktik kekerasan
Akta Polis di Malaysia dan lain-lain negara membenarkan polis menggunakan kekerasan tertentu untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Jumlah besar kematian tahanan dalam lokap boleh disalahtafsir sebagai melanggar hak asasi manusia.
Teruskan - Lokap

Saturday 23 January 2010

Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj ibni Ismail Al-Khalidi


DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail (diputerakan pada 8 April 1932) adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989, serta Sultan Johor yang terkini.

Putera sulung kepada Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dengan isterinya Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad, putera ini dinamakan Tunku Mahmood Iskandar.[3]

Tokoh yang kontrovesi di Malaysia, Tunku Iskandar menjalani hidup yang pelbagai. Dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 1959, baginda disingkirkan daripada jawatan tersebut oleh ayahandanya apabila didapati bersalah atas tuduhan menyerang oleh mahkamah. Bagaimanapun, Sultan Ismail berlembut pada akhir hayatnya dan mengurniakan kembali Tunku Iskandar pangkat dan gelarannya sepuluh hari sebelum kemangkatan.

Berminat dengan tentera, Sultan Iskandar sering tidak seiring dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ketika beliau menjadi Sultan Johor. Bagaimanapun, setelah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Iskandar berbaik dengan Perdana Menteri dan ini mencapai kemuncaknya apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad dikurniakan dengan "Darjah Pertama Kerabat Diraja Mahkota Johor", sesuatu yang tidak pernah dianugerahkan kepada orang kebanyakan.

Sultan Iskandar telah bercerai dengan ibu Tengku Mahkota, Josephine Trevorrow, dan kemudiannya berkahwin dengan Tengku Zanariah binti Tengku Panglima Raja Ahmad daripada kerabat diraja Kelantan. Tengku Zanariah kini merupakan bekas Sultanah Johorkerana Sultan Iskandar mangkat.

Teruskan - Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj ibni Ismail Al-Khalidi

Friday 22 January 2010

Lipas


Lipas merupakan sejenis serangga perosak yang tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah almari dan di bawah sinki.

Lipas hidup dengan memakan sisa makanan yang Sesetengah tulisan terawal berkaitan dengan lipas menggalakkan ia digunakan sebagai ubat. Pedanius Dioscorides (1st century), Kamal al-Din al-Damiri dan Abu Hanifa ad-Dainuri (abad ke-9) semuanya menawarkan ubat yang mencadangkan ia digiling dengan minyak atau direbus. Senarai penyakit termasuk sakit telinga, luka dan "masaalah peranakan gynecological."
Lipas turut menyumbang kepada industri pengawalan serangga perosak yang bernilai jutaan ringgit, tetapi masih gagal menghapuskan lipas sepenuhnya..

Teruskan - Lipas

Monday 18 January 2010

Mahatma Ghandi



Mohandas Karamchand Gandhi (Gujarati: મોહનદાસ કરમચંદ ગાંધી, Devanāgarī: मोहनदास करमचंद गांधी) (2 Oktober, 1869 - 30 Januari, 1948) juga dipanggil Mahatma Gandhi (bahasa Sanskrit: "berjiwa hebat") adalah seorang pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dari India.

Pada masa kehidupan Gandhi, banyak negara yang merupakan jajahan British. Penduduk di koloni-koloni tersebut mendambakankemerdekaan agar dapat memerintah negaranya sendiri.

Gandhi adalah salah seorang yang paling penting yang terlibat dalam pergerakan kemerdekaan India. Dia adalah aktivis yang tidak menggunakan kekerasan, yang mengusung gerakan kemerdekaan melalui demonstrasi secara aman.

Gandhi tidak pernah menerima Penghargaan Perdamaian Nobel, meskipun dicalonkan sebanyak lima kali antara 1937 dan 1948. Beberapa dekad kemudian, hal ini disesali secara umum oleh pihak Jawatankuasa Nobel. Ketika Dalai Lama dianugerahi Penghargaan Nobel pada 1989, ketua Jawatankuasa Nobel mengatakan bahawa ini merupakan "suatu cara untuk mengenang jasa Mahatma Gandhi".

Museum elektronik Nobel mempunyai artikel mengenai hal tersebut. [1]

Sepanjang hidupnya, aktivis Gandhi telah menarik berbagai komentar dan pendapat. Misalnya, sebagai pemimpin Kerajaan British, Winston Churchill pernah berkata"Menyedihkan...melihat Mr. Gandhi, seorang peguambela daripada Kuil Tengah (Middle Temple) yang menghasut, sekarang tampil sebagai seorang fakir yang biasa dari Timur, menaiki tangga Istana Viceregal dengan badan setengah telanjang."

Begitu juga dengan Albert Einstein yang berkata mengenai Gandhi: "(Mungkin) para generasi berikutnya akan sukar mempercayai bahawa ada orang seperti ini yang pernah hidup di dunia ini."

Karya Mahatma Gandhi tidak dilupakan oleh generasi berikutnya. Cucunya, Arun Gandhi dan Rajmohan Gandhi dan bahkan anak cucunya, Tushar Gandhi, adalah aktivis-aktivis sosio-politik yang terlibat dalam mempromosikan gerakan bukan-kekerasan di seluruh dunia.

Teruskan - Mahatma Ghandi

Sunday 17 January 2010

Spiderman perancis



Alain Robert atau Robert Alain Philippe (lahir pada 7 Ogos 1962), adalah pemanjat bangunan dari Perancis .Beliau berasal dari Digoin,Saône-et-Loire, Bourgogne, Perancis. Beliau dikenali sebagai "Spider-Man Perancis" sebagaimana watak utama komik Marvel atau "Human Spider". Robert terkenal kerana berjaya memanjat bangunan pencakar langit di serata dunia termasuk Menara Berkembar Pada bulan Jun 1999 dia memanjat sehingga 140 meter Hotel Marriott di Warsaw, Poland.

Pada tahun 2000, Robert memanjat 23 meter bangunan Luxor Obelisk di Place de la Concorde, Perancis.

Pada Februari 2003, dia dibenarkan mendaki 200 meter bangunan National Bank of Abu Dhabi, UAE disaksikan oleh sekitar 100.000 penonton.

Pada bulan Mei 2003, beliau dibayar sekitar $ 18,000 untuk memanjat 95 meter Lloyd's of London untuk mempromosikan filem Spider-Man di saluran televisyen Britain Sky Movies.Pada 19 Oktober 2004, beliau mamanjat 187 meter ibu pejabat syarikat petroleum Perancis Total dengan mengenakan kostum Spider-Man.

Pada 25 Disember 2004, Robert memanjat berjaya memanjat bangunan Taipei 101 beberapa hari sebelum pembukaan rasmi.Bangunan itu setinggi 508 meter.Sisi miring bangunan itu tidak menjadi masalah kepada beliau. Hujan lebat menyebabkan beliau terpaksa memanjat dalam masa lebih lama - 4 jam.

Pada 11 Jun 2005 dia menaiki Cheung Kong Centre di Hong Kong berskala 283 meter.

Pada 1 September 2006, dia memanjat bangunan tertinggi di Lithuania dan syarikat Baltik - Europa Tower, 148 meter di Vilnius. Dia berjaya memijak dek observasi pada ketinggian 114 meter dalam tempoh 40 minit sahaja.

Pada tahun 2006 dia memanjar Torre Vasco da Gama di Portugal sebagai sebahagian daripada iklan Optimus, pembekal khidmat kebangsaan. Kemudian memanjat bangunan di bandarSanta Fe iaitu Plaza Dunia di Mexico City, pada 7 Disember.

Pada 23 Februari 2007, dia secara sah menaiki gedung Abu Dhabi Investment Authority (Adia) di pantai bandar Abu Dhabi (Uni Emirat Arab).

Pada 20 Mac 2007, dia kembali memanjat Menara Berkembar Petronas , menandakan ulang tahun ke-10 pendakian terdahulu.Setelah mencapai tingkat 60, dia membiarkan dirinya ditangkap. Ia terbang di angkasa Malaysia dan mengebarkan bendera dan bertepuk tangan .Polis, anggota bomba dan wakil media menunggu dan dibawa ke balai polis.

Pada 31 Mei 2007, dia memanjat 88 tingkat Jin Mao Building di Shanghai iaitu bangunan tertinggi di China.Sekali lagi beliau mengenakan kostum Spider-Man. Robert kemudian ditangkap dan dipenjara selama 5 hari sebelum diusir dari China. Pada November 2007, Robert dijemput oleh kerajaan Zhangjiajie di selatan wilayah Hunan, memanjat 1.518 meter gunung Tianmen gunung .

Pada tarikh 4 September 2007, dia memanjat 244 meter menara di Moscow dalam masa 30 minit dengan menggunakan tangga. Diia ditahan oleh polis kerana melanggar norma-norma keselamatan di lokasi pembinaan meskipun diberitahu oleh para penaja bahawa beliau telah diberikan izin .

Pada 18 Disember 2007, beliau menaiki tingkat 29 Portland House di London dalam masa 40 minit.

Pada 15 April 2008, dia mendaki tingkat 60 Four Seasons di Hong Kong. Polis dan empat bomba menanti beliau.Beliau mengambil masa hampir 1 jam untuk mencapai puncak. Alain menemui kesulitan di bahagian atas ketika harus memanjat secara miring .Dia hampir jatuh ketika seorang wanita di sisi lain daripada kaca menjerit dan hampir pengsan. Dia ditahan selepas menyelesaikan pendakian. Tujuan beliau mendaki bangunan itu adalah untuk meningkatkan kesedaran akan pemanasan global.

Pada 5 Jun 2008, dia memanjat Gedung New York Times di New York. Dia membentangkan sebuah sepanduk dengan slogan tentang pemanasan global dan kemudian ditangkap oleh polis di bumbung. Kain rentang bertulis "Pemanasan global membunuh lebih banyak orang daripada 9/11 setiap minggu."

Pada tarikh 17 Februari 2009, beliau sekali lagi mendaki Cheung Kong Centre di Hong Kong dalam masa 40 minit untuk mencapai puncak menara 62 tingkat itu. Dia memasang sepanduk bertulis "onehundredmonths.org"

Pada 2 April 2009 , semasa persidangan G-20 2009 di London dia mendaki lantai 9, bangunan Lloyd. Pada 2 Mei 2009, dia mendaki tingkat 41 RBS Tower di Sydney Australia, ditangkap.

Pada 1 September 2009, sehari selepas Malaysia merayakan 52 tahun kemerdekaan, Alain Robert akhirnya berjaya ke puncak Petronas Twin Towers. Dia mula pada jam 6:00 pagi dan sampai dipuncak jam 7.40 pagi.Semasa di puncak, dia berdiri dengan tangan terbentang di puncak salah satu Twin Towers .

Pada 8 Oktober 2009, Robert memanjat gedung 33 tingkat stesen TV Ariane di Paris. Beliau ditangkap di bahagian atas bangunan tetapi dibebaskan.

Burj Khalifa dibuka pada 4 Januari 2010 dan menjadi gedung tertinggi di dunia. Namun, Robert telah mengepikan cabaran itu . pada2009.
Teruskan - Spiderman perancis

Saturday 16 January 2010

Bulu Ari-ari



Bulu ari-ari ialah bulu yang tumbuh di kawasan alat kelamin depan, kelangkang, dan kadang-kala di atas bahagian dalam kaki; kawasan-kawasan ini membentuk kawasan kemaluan.

Walaupun bulu vellus yang halus wujud di kawasan tersebut semasa zaman kanak-kanak, istilah bulu ari-ari secara amnya terhad pada bulu yang lebih tebal, panjang dan kasar yang tumbuh semasa baligh sebagai kesan peningkatan paras androgen. Jadi bulu ari-ari adalah sebahagian


Pelbagai teori berkenaan fungsi-fungsi bulu ari-ari termasuklah:

  • memberikan kehangatan (pada asalnya)
  • penunjuk tampak bagi kematangan seks
  • pengumpulan feremon yang terembes
  • pengurangan geseran luaran semasa persetubuhan
  • disebabkan kawasan pubik adalah sensitif (sebagaimana kepala penis) bulu membantu melindungi kawasan tersebut
  • penunjuk anggaran bagi fungsi pankreatik eksokrin
  • peramal kemontokan paksi atasan buah dada
bulu androgenik.

Teruskan - Bulu Ari-ari

Thursday 14 January 2010

Paracetamol




Acetaminophen (Amerika Syarikat) atau paracetamol (United Kingdom), adalah analgesik and antipiretik dadah yang popular dan digunakan untuk melegakan sakit kepala, sengal-sengal dan sakit ringan, dan demam. Ia digunakan dalam kebanyakan ubat preskripsi analgesik selsema dan flu. Ia amat selamat dalam dos piawaian, tetapi kerana mudah didapati, dos berlebihan sama ada sengaja atau tidak sering berlaku.

Berbeza dengan dadah analgesik yang lain seperti aspirin dan ibuprofen, parasetamol atau asetaminofen tiada sifat anti-keradangan. Jadi parasetamol tidak tergolong dalam dadah jenis NSAID. Dalam dos normal, asetaminofen tidak menyakitkan permukaan dalam perut

Sejarah

Sebelum penemuan asetaminofen, kulit sinkona digunakan sebagai agen antipiretik, selain digunakan untuk menghasilkan drug antimalaria, kuinina.

Apabila pokok sinkona semakin berkurangan pada 1880-an, sumber alternatif mula dicari. Terdapat dua agen antipiretik dibangunkan pada 1880-an; asetanilida pada 1886 dan fenasetin pada 1887. Pada masa ini, asetaminofen telah disintesis oleh Harmon Northrop Morse melalui pengurangan p-nitrofenol bersama timah dalam asid asetik glasier. Biarpun proses ini telah dijumpai pada tahun 1873, asetaminofen tidak digunakan dalam bidang perubatan sehinggalah dua dekad selepasnya. Pada 1893, asetaminofen telah ditemui di dalam air kencing seorang individu yang mengambil fenasetin, yang memekat kepada hablur campuran berwarna putih dan berperisa pahit. Pada tahun 1899, asetaminofen dijumpai sebagai metabolit asetanilida. Namun penemuan ini tidak diambil peduli pada ketika itu.

Pada 1946, Institut Pengajian Analgesik dan Drug Sedatif telah memberi bantuan kepada Jabatan Kesihatan Bandaraya New York untuk mengkaji masalah berkaitan agen analgesik. Bernard Brodie dan Julius Axelrod telah ditugaskan untuk mengkaji mengapa agen bukan aspirin dikaitkan dengan kewujudan methemoglobinemia, sejenis keadaan darah tidak berbahaya. Di dalam tulisan mereka pada 1948, Brodie dan Axelrod mengaitkan penggunaan asetanilida dengan methemoglobinemia dan mendapati kesan analgesik asetanilida adalah disebabkan metabolit asetamofen yang aktif. Mereka membela penggunaan asetaminofen memandangkan bahan kimia ini tidak menghasilkan kesan kesan toksik asetanilida. mengganggu gumpalan darah, ginjal atau duktus arteriosus fetus.

Teruskan - Paracetamol
kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...