Sunday 31 July 2011

Terowong : Teknologi kejuruteraan


Terowong merupakan laluan yang bawah tanah dengan bukaannya hanya di kedua-dua belah penghujung terowong tersebut. Terowong dibina dengan mengorek di dalam tanah. Sesebuah terowong boleh jadi laluan pejalan kaki, laluan basikal atau motosikal, terowong jalan raya atau lebuh raya, terowong keretapi, ataupun laluan air. Dalam sesebuah projek lebuh raya atau jalan keretapi, kos pembinaan sesebuah terowong adalah sangat mahal dan memakan masa yang lama berbanding struktur-struktur lain yang terlibat.

Korek dan tutup

Terowong jenis korek dan tutup adalah jenis yang paling murah dan paling mudah. Terowong sedemikian dibina di kawasan tanah yang cetek. Laluan terowong dikorek menggunakan jengkaut dan kemudian terowong dibina dengan cara yang sama seperti membuat bangunan biasa sebelum ditimbus semula dengan tanah. Terowong tersebut mestilah mempunyai tiang-tiang yang kuat untuk mengelakkannya daripada runtuh. Contoh terowong korek dan tutup di Malaysia adalah Terowong Ampang dan Terowong Bukit Bintang di Jalan Tun Razak,Kuala Lumpur.

Mesin pengorek terowong

Mesin Pengorek Terowong (TBM) adalah sebuah jentera besar yang berfungsi bagi proses pengorekan terowong secara automatik dan lebih pantas. Jenis-jenis TBM yang digunakan adalah bergantung kepada keadaan tanah atau batuan. Pada selang masa yang tertentu, mata penggerudi merin tersebut juga perlu ditukar. Sungguhpun demikian, kaedah pembinaan terowong menggunakan mesin pengorek terowong adalah yang paling popular kerana memudahkan proses pembinaan. Contoh terowong yang dibina di Malaysia dengan menggunakan TBM ialah Terowong SMART, Terowong Genting Sempah di Lebuhraya Karak,Terowong Menora di Lebuhraya Utara-Selatan dan terowong LRT Aliran Kelana Jaya di Kuala Lumpur.

Gerudi dan letup

Kaedah gerudi dan letup adalah cara lama yang digunakan bagi membina terowong sebelum terciptanya mesin pengorek terowong. Kaedah sebegini masih digunakan di sesetengah terowong kerana struktur tanah atau batuan yang rapuh menyukarkan penggunaan mesin TBM. Contoh terowong di Malaysia yang dibina dengan menggunakan kaedah ini ialah Terowong Penchala di Lebuhraya Penyuraian Trafik KL.



Kos pembinaan sesebuah terowong adalah sangat mahal. Misalnya, kos pembinaan Terowong SMART adalah sejumlah RM1.8 bilion, oleh itu terowong biasanya dibina atas sebab-sebab berikut:-
  • Bagi terowong bawah laut atau sungai, laluan air yang luas mengehadkan gantungan jambatan, malah jika jambatan dibina dengan gantungan yang terhad akan menyukarkan kapal-kapal untuk melalui laluan air tersebut.
  • Memulihkan kualiti udara di bandaraya besar dengan mengalihkan laluan trafik ke bawah tanah.
  • Membolehkan kawasan tanah bandaraya yang bernilai tinggi dimanfaatkan dengan projek pembangunan yang menguntungkan.
  • Bagi laluan pergunungan, pembinaan terowong juga mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar akibat penarahan bukit semasa pembinaan jalan raya.
Pembinaan terowong adalah tertakluk kepada tahap piawaian keselamatan yang sangat tinggi kerana pekerja yang terlibat dalam pembinaan terdedah kepada risiko terowong runtuh. Risiko sedemikian juga turut membabitkan pengguna terowong setelah terowong tersebut siap. Sebagai ciri keselamatan, sesebuah terowong mestilah dilengkapi dengan laluan kecemasan bagi membolehkan pengguna meninggalkan terowong dengan selamat apabila sesuatu kejadian yang buruk berlaku di dalam terowong seperti kebakaran.
Selain itu, terowong juga mestilah mempunyai sistem pengudaraan yang baik, memandangkan hanya terdapat 2 sahaja laluan udara di dalam terowong secara fizikal.
Kebakaran adalah salah satu ancaman terbesar terhadap sesebuah terowong kerana haba daripada kebakaran yang berterusan akan melemahkan struktur terowong tersebut, yang seterusnya boleh mengakibatkan terowong tersebut runtuh. Untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, setiap terowong dilengkapi dengan pasukan keselamatan yang terdiri daripada pasukan bomba dan polis. Pasukan keselamatan tersebut bertugas memantau keselamatan terowong 24 jam sehari.


 TBM (Tunnel Boring Machine)

  • Terowong keretapi terpanjang: Terowong Seikan,Jepun (panjang: 53.85 km; juga terowong terpanjang di dunia)
  • Terowong jalan raya terpanjang: Terowong Lærdal, Norway (panjang: 24.5 km)

Teruskan - Terowong : Teknologi kejuruteraan

Samsung:Syarikat gergasi Korea



Samsung diasaskan pada 1969, dan salah satu daripada subsidirinya, Samsung Electronics Co. Ltd. ialah salah satu daripada syarikat elektronik terbesar di dunia. Diasaskan di Daegu, Korea Selatan, ia beroperasi di 58 buah negara dan mempunyai lebih daripada 208,000 orang pekerja. Keuntungan pada tahun 2003 ialah lebih kurang US$101.7 billion. Samsung juga dikenali sebagai salah satu daripada 10 jenama terkenal di dunia.
Buat masa sekarang, Samsung Electronics beroperasi dalam lima bidang perniagaan, iaitu Telekomunikasi (Telefon bimbit dan Rangkaian), Teknologi Digital dan peralatan rumah (termasuk mesin basuh, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk, pemain VHS and DVD, dan lain-lain lagi), Media Digital, LCD, dan Semikonduktor.
Samsung (bermaksud "tiga bintang" dalam Bahasa Korea) ditubuhkan oleh Lee Byungchul. Samsung Electronics ialah salah satu anak syarkat Samsung Group.
Samsung ialah salah satu organisasi terbesar di Korea Selatan. Ia bermula sebagai sebuah syarikat eksport pada tahun 1938 tetapi lama kelamaan memperkembangkan perniagaannya.

1950an - 1980an



 
The building of Samsung Sanghoe in Daegu in the 1930s
  • 1953: Samsung memulakan pengeluaran gula yang kemudiannya berakhir.
  • 1958: Samsung mula menawarkan insurans.
  • 1965: Sebuah pasar raya dibuka di Kwanjou.
  • 1967: Samsung memulakan pengeluaran surat khabar harian, Joong-Ang Ilbo. Pada hari ini, akhbar ini bukanlah anak syarikat Samsung lagi.
  • 1969: Samsung Electronics diasaskan.
  • 1974: Samsung Petrochemical and Heavy Industries diasaskan.
  • 1976: Samsung dianugerahkan hadiah eksport oleh kerajaan sebagai salah satu daripada program pembangunan negara.
  • 1977: Hasil daripada kemenangannya itu, Samsung Construction ditubuhkan. Tambahan lagi, Samsung Shipbuilding dibangunkan.
  • 1982: Samsung menubuhkan sebuah pasukan bola lisut professional.
  • 1983: Samsung menghasilkan cip komputer pertamanya: 64k DRAM.
  • Pada penghujung tahun 1980an, Samsung meneruskan usaha dalam bidang petrokimia dan elektronik

1990an hingga sekarang

 Samsung Group Headquarters at Samsung Town,Seoul

Pada tahun 1990an menyaksikan Samsung berkembang sebagai sebuah syarikat bertaraf antarabangsa. Bukan sahaja ia mendapat beberapa peluang perniagaan di luar Korea Selatan, malah ia juga sedang mendahalui pesaingnya dalam penghasilan komponen eltronik. Syarikat pembinaan Samsung juga dianugerahkan kontrak pembinaan salah satu daripada dua buah Menara Petronas di Malaysia pada bulan September 1993.

Samsung berjaya mengatasi krisis kewangan asia yang berlaku pada tahun 1997 dan 1998 malah ia juga semakin berkembang.
Rekod Samsung Electronics menunjukkan keuntungan pada tahun 2004 dan 2005, dan sekarang berada pada "ranking" #20 di dunia.
Teruskan - Samsung:Syarikat gergasi Korea

Mohor Besar Raja-Raja : Lambang Kesultanan Melayu



Mohor Besar Raja-Raja disimpan dan digunakan oleh Penyimpan Besar Raja-Raja seperti diperuntukan oleh seksyen 4 dalam Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan.

Terdapat dua Mohor Besar yang disimpan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Mohor Besar yang pertama berukuran 51 cm panjang, 22 cm lebar, 52 cm tinggi dan seberat 93 kg. Manakala Mohor Besar yang kedua berukuran 51 cm panjang, 14 cm lebar, 35.5 cm tinggi dan seberat 38kg. Mohor Besar yang kedua ini lebih mudah dibawa ke luar pejabat apabila perlu.


Permukaan Mohor Besar mengandungi jata kerajaan sembilan Negeri Melayu serta tertulis perkataan “Mohor Besar Raja-Raja Negeri Melayu” dalam huruf jawi. Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali keempat pada 31 Ogos 1948 telah bersetuju menerima corak pada Mohor Besar Raja-Raja yang digunakan sehingga ke hari ini.

Kedua-dua Mohor Besar Raja-Raja dibuat di England pada tahun 1949 dengan kosGBP 211.10

FUNGSI MOHOR BESAR RAJA-RAJA

Mohor Besar ini melambangkan kuasa dan hak institusi Majlis Raja-Raja. Ia melambangkan kuasa kerana ia terbit daripada sebuah badan yang teragung di Negara ini. Surat cara yang dimeterai dengan Mohor Besar melambangkan kepercayaan dan kuasa. Ia melambangkan kadaulatan surat cara tersebut.Mohor membuktikan kesasihan asal usul sesuatu surat cara.
Oleh sebab kesan terapan daripada Mohor Besar akan merubahkan tekstur kertas, maka cap mohor ini dapat bertahan lebih lama daripada “cap getah” yang menggunakan dakwat yang tertera pada permukaan surat cara.
Teruskan - Mohor Besar Raja-Raja : Lambang Kesultanan Melayu

Friday 29 July 2011

Durian Belanda : bukan berasal dari belanda

Durian Belanda merupakan sejenis tumbuhan tropika yang berasal daripada amerika tropika dan diperkenalkan ke asia tenggara oleh orang-orang sepanyol.Daunnya berbentuk ringkas dan tersusun secara berselang seli pada rantungnya.daunnya berukuran 5.5-18 cm X 2-7 cm.Bunganya berwarna hijau pada mulanya dan berubah menjadi kuning pucat apabila mekar.Buahnya di litupi oleh duri yang lembut, berwarna hijau dan berukuran 15cm-35cm X 10-15 cm. Ia mempunyai biji yang banyak dan berwarna hitam serta dilindungi oleh cengkerang biji yang keras. daunnya mempunyai bau yang agak busuk dan digunakan oleh masyarakat melayu dan india untuk menghalang gangguan makhluk halus.Tumbuhan ini membiak melalu keratan batang dan biji benih.



Putiknya digunakan oleh masyarakat melayu untuk mengubati cirit birit dan berak berdarah. Di Indonesia daunnya yang dihancurkan digunakan untuk merawat bisul dan daunnya yang dikeringkan digunakan untuk membunuh serangga. Air rebusan daunnya digunakan untuk mengeluarkan cacing dari usus. Di Malaysia, terdapat persediaan herba dalam bentuk cecair yang menggunakan daun durian belanda yang digunakan untuk merawat athritis, batuk dan demam.Demah atau tuam(poultice) yang menggunakan serbuk dari daunnya yang dikeringkan digunakan untuk menghilangkan radang dan merawat penyakit kulit. Di Filipina batangnya yang muda digunakan untuk merawat luka dan menghentikan pendarahan.Air rebusan daunnya digunakan untuk berkumur bagi merawat ulser mulut dan menyembuhkan luka.Divietnam pula daunnya digunakan untuk menangani masalah kerungsingan.Walaubagaimanapun penggunaan tumbuhan ini yang banyak mengandungi tannin dan meningkatkan risiko kanser menimbulkan kebimbangan.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong.
Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.

Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.
Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.
Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyanadigalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.
Teruskan - Durian Belanda : bukan berasal dari belanda

Thursday 28 July 2011

Kippah : Alas kepala Yahudi bangsat

Kippah ini tradisinya dipakai oleh lelaki (wanita yang sudah kahwin menutup kepala mereka lebih lengkap dengan skaf,topi atau rambut palsu). Kini, sesetengah wanita, terutamanya Yahudi Pemulihan, memakai kippah. Sesetengah Yahudi memakai kippot hanya semasa ibadat, makan, melafazkan berkat, atau mempelajari teks agama Yahudi; Yahudi lebih tradisional memakai kippot pada seluruh hari, memastikan tidak berjalan lebih empat kubit (sekitar dua meter) tanpa yang satu, terutamanya di luar.
Sebarang bentuk penutup kepala adalah diterima menurut halakha (hukum Yahudi). Terdapat tiada peraturan keras dan pantas pada subjek ini, walaupun yang padat, sifat ringan dari kippah, bersama dengan fakta yakni topi untuk lelaki telah ketinggalan zaman fesyen di Barat selama beberapa dekad yang lepas, mungkin telah menyumbang kepada popularitinya. Lelaki Haredi, yang kebanyakannya memakai pakaian hitam besar atau kippot baldu, selalu memakai fedoras dengan kippot mereka di dalam. Dalam komuniti Hassidik, penutup-kepala duaan ini mempunyai makna Kabbalistik.

Selalunya warna dan fabrik kippah boleh menjadi tanda penganutan kepada gerakan beragama spesifik. Komuniti Zionis beragama selalu dirujuk dengan nama kippot serugot, bermakna kippot dijahit," walaupun mereka biasanya krusye. Yahudi Amerika Ortodoks Moden selalu memakai suede atau yarmulke berkulit, memerlukan klip untuk memegang mereka pada tempatnya. Ahli dari kebanyakan kumpulan Haredi biasanya memakai kippot baldu. Disebabkan ini, lelaki yang memakai kippot ini kadangkala dirujuk sebagai kipot shekhorot (Ibrani כיפות שחורות), bermakna "kippot hitam".

Pada awal abad ke-19 di Amerika Syarikat rabai selalu memaki topi ilmiawan (bentuk-piring topi besar kain, seperti satu beret) atau ketayap Cina. Seorang rabai California terkenal, Rabai Moldova BEnjamin ben Benjamin (Rabai Benjamin II), digambarkan dalam potret ukiran cantik memakai ketayap sutera Cina.
Yahudi lain dari era ini memakai kippot bentuk-kotak pill hitam. Semasa Perang Polemik pada pertengahan 1800an, Pemulih yang diketuai Rabai Isaac Weiss berhenti memakai kippot secara keseluruhan.
Lebih kebelakangan ini, kippot telah diperhati dalam warna pasukan bersukan oleh pemakai, terutamanya bola sepak. Di Amerika Syarikat, kippot kanak-kanak dengan watak kartun atau tema seperti Star wars adalah popular. (Pada respon dengan trend ini, sesetengah sekolah Yahudi telah mengharamkan kippot dengan watak yang tidak menurut nilai Yahudi tradisional.)
Sesetengah Breslov Hasidim, d.s Bratslav, dikenali lazimnya sebagai Breslover atau Bratslavers, paling pentingnya pengikutnya dari Rabai lewat Yisroel Ber Odesser, memakai satu yarmulke dijahit yang berputih besar dengan mantra Na Nach Nachma padanya. (Rabai Yisroel menemui mantra ini dalam bentuk dari nota kecil yang dikibaskan dari sebuah buku yang dia telah memcaba dengan teliti, satu hari pada 1886 atau 1887. Nota ini, yang dipanggil "Surat dari Syurga" dab "Nota Suci", adalah tiruan bertangan kepada pengeringan yang dipakai setitar leher.) Mantra ini, "Na Nach Nachma Nachman me'Uman", merujuk pada Rabai NAchman dan kematiannya di pekan Uman- tetapi rahsia mistikal dari fasa "me'Uman" ("pergi/sedang pergi/telah bertolak ke Uman") adalah sukar untuk memahami.
Bresover paling lazim memakai saiz-penuh-kepala yarmulke krusye, di mana adalah jitu dinamakan "Breslover" atau "Bratslavers". Baru-baru ini telah datang dipanggil "Frik". Bratzlavers dinamakan dari pekan Bratzlav, tempat kelahiran Rabai Nachman.
Yarmulke "Kabbalis" amat popular kini, terdiri dari saiz lebih besar dan biasanya krusyekan dalam satu, warna gelap. Ini kelihatan pantulan dari kippot "Bratzlaver", di mana direka untuk menutup seluruh kepala hampir mencapai ke telinga.
Orang Israel Samaritan dahulu memakai penutup kepala biru yang berbeza, untuk memisahkan mereka dari Yahudi yang memakai yang putih, tetapi kini mereka paling lazim memakai fez dengan serban seakan sama dari Yahudi Sephardi dari Timur Tengah dan Afrika Utara. Kini, Samaritan tidak biasanya memakai penutup kepala kecuali semasa ibadat, Sabbath, dan upacara keagamaan. Ini diingatkan menjadi pembangunan terkini yang dibawa pada kritikan kerap Yahudi dari tabiat Samaritan.


Tujuan untuk memakai kippah dijumpai dalam Talmud. Dalam menurut Shabbat 156b ia menyatakan Tutupi kepala anda untuk yakni takutkan syurga mungkin atas anda. Baik juga, dalam menurut Kiddushin 31a ia menyatakan Rabai Honah ben Joshua tak pernah berjalan 4 kubit (2 meter) dengan kepalanya tak ditutup. Dia menerangkan: "Disebabkan Kehadiran Ketuhanan  ia selalu atas kepalaku."
Laksana kewajipan memakai yarmulke, pakar halakhik bersetuju bahawa ia adalah adat. Pandangan mengatasi ini dikalangan pihak Rabbinikal adalah yakni adat ini telah diambil pada sejenis kuasa hukum (Shulkhan Arukh, Orach Chayim 2:6), disebabkan ia merupakan tindakan Kiddush Ha-Shem, "Mengkuduskan Nama Suci". Dari pandangan talmudik tegas, bagaimanapun, satu-satunya detik apabila seorang lelaki Yahudi diperlukan menutup kepalanya adalah semasa ibadat (Mishne Torah, Ahavah, Hilkhot Tefilah 5:5).
Malah tafsiran ini dipersoalkan; laksana baru-baru ini dalam 1600an, ilmiawan David Haley dari Ostrog, Rusia, mencadangkan yakni Yahudi patut takkan nyahtutup kepala mereka untuk membatu membezakan mereka dari Kristian- terutamanya semasa ibadat.
Tradisi Hasidik/Kabbalis menyatakan yakni kippah mencerminkan beberapa idea: satu bahawa Ha-Shem menutup kita dengan Tapak Tangan Ketuhanan-Nya; sesungguhnya, kata Ibrani kaf bermaksud samada "awan" atau "tapak tangan dari tangan". Huruf Ibrani kav ialah huruf pertama dari kata kippah.
Sebab yang diberikan untuk memakai kippah kini termasuk:



  • pengakuan yakni Tuhan adalah "lebih tinggi" dari manusia;
  • "penerimaan" dari (rukun) 613 mitzvot;
  • "pengenalan" dengan orang Yahudi;
  • pertunjukan dari "menteri" dari semua Yahudi.
Teruskan - Kippah : Alas kepala Yahudi bangsat

Wednesday 27 July 2011

Garis Maginot : kubu konkrit tentera perancis

Garis Maginot adalah satu garisan kubu konkrit, penghalang kereta kebal, pos mesingan dan pertahanan lain yang dibina oleh pihak Perancis sepanjang sempadannya dengan Jerman dan Itali selepas Perang Dunia I. Secara umumnya istilah tersebut merujuk samaada kepada keseluruhan sistem atau pertahanan yang menghadap ke  Jerman sementara Garis Alpine bagi baris pertahanan Perancis-Itali. Pihak Perancis percaya bahawa kubu tersebut akan memberikan masa bagi kerahan tentera mereka sekiranya diserang dan mengimbangi kelemahan jumlah tentera. Kejayaan pertempuran pertahanan statik dalam Perang Dunia I merupakan pengaruh utama pemikiran pihak Perancis.



Pertahanan ini pada mulanya dicadangkan oleh Marshal Joffre. Dia ditentang oleh golongan permodenan ( modernists ) seperti Paul Reynaud dan Charles de Gaulle yang menyokong pelaburan dalam kereta kebal dan kapal terbang. Joffre mendapat sokongan dari Petain dan terdapat beberapa lapuran dan commissions dianjurkan oleh kerajaan. Tetapi ia adalah Andre Maginot yang menyakinkan kerajaan untuk melabur dalam skim ini. Maginot merupakan veteran Perang Dunia I yang menjadi Menteri Hal Ehwal Vateren Perancis dan Menteri Pertahanan.
Garis ini dibina secara berperingkat dari tahun 1930 oleh STG (Section Technique du Génie) diselia oleh CORF (Commission d'Organisation des Régions Fortifiées). Pembinaan utama hampir siap pada 1935 dengan kos sekitar 3 juta franc.

Spesifikasi pertahanan ini amat tinggi dengan kompleks kubu (bunker) yang bersambung dengan meluas untuk beribu-ribu tentera, terdapat 108 main forts (ouvrages) setiap 15 kilometre, ouvrages kecil dan casement diantaranya dengan lebih 100 kilometre terowong.
Kubu tersebut tidak menganjur menembusi Hutan Ardennes atau sepanjang sempadan dengan Belgium kerana negara tersebut telah menandatangani persekutuan ( alliance ) pada tahun 1920, di mana tentera Perancis boleh beroperasi di Belgium sekiranya tentera Jerman menceroboh. Apabila Belgium memansuhkan perjanjian tersebut pada tahun 1936 dan mengistiharkan berkecuali, Garis Maginot disambung dengan pantas sepanjang sempadan Perancis-Belgium, tetapi tidak setaraf dengan Garis yang lain.
Terdapat pembinaan tergesa-gesa pada tahun 1939-1940 dengan peningkatan umum sepanjang Garisan. Akhir Garisan terkuat sekitar kawasan pengilangan Metz,Lauter dan Alsace, sementara kawasan lain secara perbandingan hanya dilindungi dengan lemah.


Selepas perang Garis Maginot dikendalikan semula oleh Perancis dan melalui beberapa pengubahsuaian. Bagaimanapun apabila Perancis keluar dari NATO kebanyakan Garis Maginot ditinggalkan. Dengan kebangkitan penghalang nuklear ("nuclear deterrent") bebas Perancis pada tahun 1969 Garis Maginot diketepikan oleh kerajaan, dengan sebahagian daripadanya dilelong kepada awam dan bakinya dibiarkan reput.
Istilah "Garis Maginot" telah digunakan sebagai imbalan (metaphor) bagi sesuatu yang amat diyakini, walaupun sebenarnya tidak boleh diharap. Sebenarnya, ia berjaya melaksanakan matlamat sebenarnya, melindungi sebahagian Perancis, dan memaksa musuh menghindarinya. Sebagaimana yang dirancangkan, Garis Maginot merupakan sebahagian daripada rancangan pertahanan yang lebih besar, di mana musuh akan bertembung dengan pertahanan oleh Tentera Perancis, tetapi Perancis tidak melaksanakan peranan bahagian berikutnya, mendorong kepada kehilangan kelebihan Garis Maginot.
Teruskan - Garis Maginot : kubu konkrit tentera perancis

Tuesday 26 July 2011

Terakol : Sejarah pistol



Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu. Ia juga tergolong diantara senjata api yang digelapkan sejarah. Tarkul atau Terakol ini pada awalnya menggunakan teknologi kancing roda di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari sebuah lagi senjata silama Melayu bernama Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina menentang Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Selain itu, dalam Perang Naning, senjata ini turut digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.
Dalam filem Pirates of Caribbean, Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)

Ketua Lanun, Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.Teknologi "flintlock" yang dicipta oleh Barat maka ketika itu bertukarlah namanya dari Terakol atau Tarkul menjadi pistol.

Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.
Teruskan - Terakol : Sejarah pistol

Yaman : Empayar Turki Uthmaniyyah

Yaman, secara rasmi dipanggil Republik Yaman  ialah sebuah negara timur tengah yang terletak di semenanjung arab di asia barat daya. Negara ini menyempadani Laut Arab dan Teluk Aden di selatan,Laut Merah di barat, Oman di timur laut, dan sempadannya yang lain bersebelahan dengan Arab Saudi. Wilayah Yaman termasuk Socotra, sebuah pulau terpencil yang terletak lebih kurang 350 Kilometer di selatan, berhampiran dengan Afrika Timur


Yaman ialah salah satu daripada pusat-pusat peradaban yang tertua di dunia. Dari abad ke-9 hingga abad ke-6 Masihi,  Yaman dikenali oleh orang Rom sebagai "Arabia Felix" ("Arab Gembira") kerana kekayaannya yang dihasilkan oleh perdagangan.Augustus Caesar mencuba mengilhakkan Yaman, tetapi ekspedisinya tergagal.Empayar Parsi lebih berjaya .Pada lewat abad ke-6 dan 7, selepas banyak orang Sabaean meneruskan penghijrahan dari Yaman, akibat pemusnahan Empangan Ma'rib (sadd Ma'rib), Yaman menjadi sebuah kawasan Bedouin. Pada masa itu, apabila Kemaharajaan Aksum tidak berhasrat meneruskan kemaharajaan yang kuno mereka, Yaman menjadi sebidang tanah tandus, akibat perdagangan rempah dengan orang-orang Rom dan raja-raja Sassanid Parsi yang lebih menguntungkan. Yaman berturut-turut dikuasai oleh empayar Ethiopia dan Sassanid Parsi. Pada abad ke-7,kalifah islam mula menguasai kawasan ini. Selepas kekalifahan itu dihancurkan, bekas Yaman Utara dikuasai oleh Imam daripada berbagai-bagai wangsa, biasanya dari mazhab Zaidi, yang mengasaskan struktur politik teokratik yang kekal sehingga zaman moden. ('Imam' dalam konteks ini ialah sebuah istilah agama yang digunakan oleh Syiah untuk merujuk kepada keturunan-keturunan sezuriat Ali, menantu Nabi Muhammad, yang dianggap ditakdirkan sebagai pewaris-pewaris tidak terkelas Nabi Muhammad.)


Kalifah-kalifah Sunah Waljamaah Mesir menduduki kebanyakan Yaman Utara pada sepanjang abad ke-11. Menjelang abad ke-16 dan sekali lagi pada abad ke-19, Yaman Utara menjadi sebahagian Empayar Turki Uthmaniyyah dan pada sesetengah tempoh, Imam-Imannya juga menguasai Yaman Selatan.



Yaman Utara mencapai kemerdekaan daripada Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1918 dan menjadi sebuah republik pada tahun 1962. Pada tahun 1939, pihak British menduduki pelabuhan Aden dan menjadikannya sebagai sebuah tanah jajahan pada bulan September. Mereka juga mencipta sebuah zon perikatan-perikatan yang tidak dikawal rapi di sekitar Aden untuk bertindak sebagai penampan perlindungan. Pada tahun 1967, pihak British berundur selepas tekanan yang semakin meningkat daripada pemberontakan tempatan dan serangan-serangan yang disokong oleh Mesir dari utara. Selepas pengunduran British, kawasan ini dikenali sebagai Yaman Selatan. Pada tahun 1970, kerajaan selatan mengamalkan sistem kerajaan komunis. Kedua-dua negara disatukan secara rasmi sebagai Republik Yaman pada 22 Mei 1990.
Teruskan - Yaman : Empayar Turki Uthmaniyyah

Beranak dalam air



Bersalin dalam Air atau Waterbirth adalah satu kaedah melahirkan anak yang melibatkan rendaman dalam air suam. Pengamal percaya bahawa kaedah ini adalah selamat dan memberikan banyak manfaat bagi kedua-dua ibu dan bayi, termasuk melegakan kesakitan dan pengalaman lahir kurang traumatik untuk bayi. Walau bagaimanapun, para pengkritik berhujah bahawa prosedur memperkenalkan risiko yang tidak perlu kepada bayi seperti jangkitan dan penyedutan air.


Proses persalinan di air memiliki tahapan yang sama seperti melahirkan normal. Pada persalinan dalam air siibu merendamkan tubuhnya ke dalam air hangat yang diyakini dapat membuat sirkulasi pembuluh darah jadi lebih baik. Air hangat dapat memengaruhi efektivitas kontraksi rahim.Sehingga waktu tempuh dalam proses persalinan ini lebih singkat daripada proses melahirkan normal biasa.


Lahir Air diterima dan diamalkan di kebanyakan Amerika Syarikat, Kanada, Australia, dan New Zealand, dan juga banyak negara-negara Eropah, termasuk United Kingdom dan Jerman, di mana ramai klinik bersalin menggunakan tab kelahiran . Banyak  pusat-pusat kelahiran yang bebas dan banyak bidan lahir rumah menawarkan perkhidmatan lahir air. . Pada tahun 2006, Waterbirth International menyenaraikan lebih daripada 300 US hospital yang menawarkan kemudahan tersebut. Sekurang-kurangnya dua hospital itu telah disenaraikan di 2006 US News dan World Report "Honor Roll" hospital AS terbaik: Hospital Barnes-Yahudi di St Louis, Missouri dan hospital Universiti Michigan di Ann Arbor, MI.
Teruskan - Beranak dalam air

Berpuasa : Amalan sihat


Puasa secara amnya boleh diertikan sebagai menahan diri daripada makanan atau minuman untuk suatu jangkamasa yang tertentu.Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan niat. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.





Puasa dalam agama Kristian

Dalam Katolik, puasa bermakna mengurangkan pengambilan makanan kepada satu hidangan besar (yang mungkin tidak mengandungi daging pada hari Jumaat Lent) dan dua hidangan kecil (diambil pada waktu pagi dan petang). Mengambil makanan di antara waktu makan ini tidak dibenarkan. Berpuasa dimestikan untuk penganutnya pada hari tertentu. Berpuasa sepenuhnya bermakna mengelakkan daripada memakan daging untuk sehari. Berpuasa separuh bermaksud mengambil daging hanya sekali pada hari tersebut. Kepada sesetengah Katolik, berpuasa bermaksud tidak makan apa saja kecuali minum air.
Paus Pius XII pada mulanya melonggarkan beberapa peraturan berkenaan puasa pada tahun 1956. Pada tahun 1966, Paus Paul VI menukar peraturan ketat berpuasa dalam agama Katolik Kristian. Dia mengesyorkan berpuasa bergantung kepada situasi ekonomi tempatan, dan semua penganut Katolik berpuasa secara sukarela. Di Amerika Syarikat, hanya terdapat dua hari yang wajib berpuasa - Rabu Ash dan Good Friday. Hari Jumaat Lent pula adalah hari menahan diri daripada memakan daging. Ajaran pastor sejak tahun 1966 adalah puasa secara sukarela semasa Jumaat Lent dan menahan diri daripada makan dan minum pada hari Jumaat lain. Apabila kesihatan atau kerja seseorang terganggu, peraturan ini tidak dimestikan.
Penganut Roman Katolik juga dimestikan mematuhi Puasa Eukaris yang bermakna tidak mengambil apa-apa melainkan minum air atau ubat selama sejam sebelum Eukaris (Holy Communion). Amalan pada masa dulu adalah berpuasa dari tengah malam sehingga pada hari upacara tersebut tetapi kerana upacara pada waktu tengahari menjadi kebiasaan, berpuasa untuk ini diubah kepada berpuasa selama tiga jam. Peraturan terkini memestikan berpuasa hanya selama sejam, walaupun begitu beberapa penganut Katolik masih mematuhi peraturan lama.

Puasa dalam agama Yahudi

Puasa untuk umat Yahudi bermakna menahankan diri keseluruhannya dari makanan dan minuman, termasuk air. Gosok gigi diharamkan pada puasa hari besar Yom Kippur dan Tisha B'Av (lihat di bawah), tetapi dibenarkan pada puasa hari kecil. Memakan ubat pada umumnya tidak dibenarkan, kecuali di mana suatu arahan doktor akan melarangkan ketahanan diri. Umat Yahudi yang mengamal berpuasa sampai ke enam hari pada satu tahun. Dengan pengecualian Yom Kippur, puasa tidak dibenarkan pada Shabbat, kerana rukun menyimpan Shabbat adalah mengikut bible ditentukan dan mengatasi hari-ari puasa berinstitusi rabbi kemudian. Yom Kippur adalah satu-satunya rukun yang mana ditentukan dalam Torah.



Ramai juga orang di zaman moden ini yang berpuasa atas sebab-sebab kesihatan, sama ada untuk menjalani pemeriksaan/pembedahan atau untuk menyihatkan badan.
Satu contoh yang utama ialah apabila pesakit dikehendaki berpuasa selama beberapa jam sebelum menjalani pembedahan atau prosedur-prosedur yang memerlukan penggunaan ubat bius. Ini kerana makanan di dalam perut boleh mengurangkan keberkesanan ubat bius itu. Satu lagi contoh ialah apabila menjalani sesetengah pemeriksaan kesihatan, biasanya kita akan diminta berpuasa supaya garis dasar (baseline) dapat dikenal pasti.
Ada juga orang yang berpuasa sebagai salah satu cara berdiet. Biasanya mereka perlu berpuasa agak lama, sekurang-kurangnya seminggu sebelum ia berkesan. Namun, mereka mungkin masih mengambil makanan sihat, seperti jus buah-buahan ataupun sayur-sayuran.
Sebuah kajian yang agak baru ke atas tikus mendapati bahawa berpuasa selang sehari, dan memakan dua kali ganda lebih banyak pada hari2 tidak berpuasa memberikan kawalan insulin yang lebih baik dan ketahanan neuron daripada kecederaan. Kesan-kesan ini hampir sama dengan tikus-tikus yang diberi diet kalori terhad. Ini mungkin bermakna berpuasa selang sehari merupakan satu alternatif kepada pengehadan kalori untuk hidup yang lebih sihat dan lama.
Ini adalah kerana badan manusia menggunakan lebih kurang satu pertiga keseluruhan tenaga semasa masa jaga. Apabila badan sentiasa menggunakan tenaga tetapi tiada makanan yang diambil, badan manusia akan mencari sumber tenaga yang lain, seperti glukosa daripada simpanan glikogen di dalam limpa, asid lemak daripada lapisan lemak yang disimpan, dan akhirnya daripada tisu-tisu protein yang penting. Badan manusia tidak mempunyai masalah untuk bergantung dengan asid lemak, tetapi otak dan sistem saraf bergantung kepada glukosa. Apabila simpanan glukosa ini telah hampir habis, badan manusia mula menghasilkan ketone bodies (acetoactate, hydroxy-butyrate, and acetone) daripada protein. Kehabisan sumber protein ini boleh menyebabkan kematian. Jadi, para doktor amat menggalakkan pemakanan yang berkhasiat sahaja apabila hendak berpuasa.
Selain itu, terdapat beberapa lagi kebaikan berpuasa untuk kesihatan, seperti:
  1. memberi kerehatan kepada perut untuk meningkatan kecekapan
  2. menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik di dalam darah manusia
  3. mengurangkan/menghapuskan ketagihan terhadap arak dan rokok
Hasilnya, kesihatan manusia akan bertambah baik. Berat badan dan risiko-risiko penyakit yang berkaitan dengan kegemukan dapat dikurangkan, dan umur seseorang itu boleh bertambah panjang.


Teruskan - Berpuasa : Amalan sihat

Monday 25 July 2011

MalaysiaKini : Media berhaluan kiri


Malaysiakini.com merupakan media internet 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil dalam talian dari Malaysia. Dilancarkan pada 20 November 1999, antara bahagian-bahagian yang terdapat di dalam Malaysiakini ialah Utama, Berita, Kolum, Pendapat, Minda Editor, Laporan Khas dan lain-lain. Ia menarik lebih 37 juta tatapan setahun.
Berita utama di dalam Malaysiakini lebih terarah kepada isu-isu terkini serta perkara yang berkaitan dengan politik di Malaysia. Motonya ialah 'News and views that matter'. Laman web itu mendakwa dilawat 50,000 orang sehari dan lebih tiga juta kali dicapai dalam sebulan.
Versi Bahasa Inggeris Malaysiakini.com perlu dilanggan untuk dibaca sementara versi Bahasa Melayu adalah percuma.



Akhbar internet Malaysiakini bermula apabila timbul keperluan untuk melaporkan pemecatan dan penangkapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Premesh Chandran, bekas wartawan akhbar The Sun yang ketika itu bertugas dengan Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) mengasaskan Malaysiakini bersama Steven Gan yang pernah bekerja dengan akhbar The Nation, di Bangkok, Thailand. Isu di sebalik pemecatan Anwar Ibrahim perlu dilaporkan kepada rakyat dan timbullah akhbar bawah tanah ini - pada awalnya.
Premesh menulis kertas kerja itu bertajuk 'The Daily Diet - It's free, fast and true". Dana RM30,000 berjaya dikumpulkan dan membeli warung kafe di SS2, Petaling Jaya sebagai pusat operasi lamanweb . Nama Malaysiakini.com didaftar pada April 1999.
Kemudian Pakatan Akhbar Asia Tenggara (Seapa) memberi geran AS$100,000. Pada 1 Oktober 1999 pejabat Malaysiakini dibuka di tingkat empat sebuah rumah kedai berhampiran Jaya Supermarket, Seksyen 14,Petaling Jaya.
Malaysiakini mendapat cabaran berat apabila Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pilihan raya setahun lebih awal iaitu pada 1999.Hari penamaan calon ditetapkan pada 20 November 1999.
Antara kakitangan terawal ialah Sarah Shazreena Sharin, Ng Boon Hooi, Hidayatul Ein Azmi dan Ajinder Kaur .

Malaysiakini dikritik oleh kerajaan Barisan Nasional dan penyokongnya. Ia didakwa menyampaikan berita pro-pembangkang atau pro-Pakatan Rakyat kerana ia menyampaikan yang kritikal terhadap kerajaan semasa. Namun selepas pilihanraya umum 2008 berita dan surat pro-BN dan kritikal terhadap kerajaan Pakatan Rakyat turut disiarkan.





Pada 24 Mac 2010, Steven Gan dari Malaysiakini menerima anugerah Jenama Putra (gangsa) daripada Persatuan Agensi Pengiklanan Bertauliah Malaysia .Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir. Penerima lain ialah TV3 (gangsa),The Star dan 8TV (perak),Astro dan Google (emas).Anugerah itu berdasarkan soal selidik terhadap 6000 respon online dalam 18 kategori. Presiden 4As, Vincent Lee menyatakan pemilihan itu dianjurkan dengan kerjasama Anugerah Jenama Paling Bernilai Malaysia (MMVB).


Teruskan - MalaysiaKini : Media berhaluan kiri

Sunday 24 July 2011

Tembok Berlin




Tembok Berlin merupakan tembok di tengah-tengah bandar Berlin.Tembok Berlin menjadi ikon atau simbol kepada Perang Dingin , mula dibina 13 Ogos 1961 dan diruntuhkan kemudian pada 9 November 1989. Ia menjadi tirai besi dan menjadi garisan sempadan antara Jerman Barat dan Jerman Timur selama 28 tahun.Tembok Berlin diarahkan pembinaannya oleh pemimpin Jerman Timur iaitu Walter Ulbricht dan diluluskan oleh pemimpin Rusia ketika itu Nikita Khrushchev.Tembok ini dibina selepas Perang Dunia Kedua.

Tujuan dibina bagi menghentikan penghijrahan besar-besaran tenaga kerja muda dan produktif Jerman Timur ke Jerman Barat. Ramai golongan profesional dan pekerja mahir berhijrah dan ini meninggalkan kesan ekonomi yang teruk kepada Jerman Timur.
Mulanya pernghijrahkan seramai 2.5 juta dalam tempoh 1949 - 1962. Penghijrahan berkurang kepada 5000 orang dalam tempoh 1962-1989.

Selepas Tembok Berlin dibina , kira-kira 5000 berjaya juga melepasinya. Sementara 192 atau 239 terbunuh ketika memanjat tembok ini. Ramai lagi yang cedera. Ada yang terjun dari bangunan di tepi tembok. Ada yang membina pesawat kecil dan mendarat di Berlin Barat.
Pelbagai cerita 'kelakar' wujud. Antaranya pasukan RAF Airmen menulis "Wish you were here" dan "Come back soon".
Antara mereka ialah Peter Fechter yang ditembak pada 17 Ogos 1962. Orang terakhir ditembak kerana kesalahan melintasi Tembok Berlin ialah Chris Gueffroy iaitu pada 6 Februari 1989.
Bekas Menteri Luar Jerman iaitu Hans-Dietrich Genscher merupakan salah seorang rakyat Jerman Timur yang lari ke Jerman Barat. Genscher berasal dari Halle di Jerman Timur. Tahun 1952, ketika Tembok Berlin belum dibina, beliau bersama keluarganya pindah ke Jerman Barat. Tahun 1974 - 1992 beliau menjadi Menteri Luar Jerman Barat di bawah Chancelor-Helmut Schmidt dan Helmut Kohl.

Pembinaan tembok ini telah dimanipulasikan oleh Jerman Barat dan blok kapitalis untuk memburuk-burukkan Jerman Timur dan sistem komunis. Sebaliknya ia menjadi kunci kekuatan kehidupan sebenar dasar komunis yang selalu tutup dan menutup kelemahan mereka dengan cara kekerasan. Komunis bermakna tirai besi atau hidup dalam tembok batu.
Proses liberisasi lewat 1980-an membawa kepada keruntuhan Kesatuan Rusia hingga membenarkan pendemokrasian Jerman Timur. Demonstrasi demi demonstrasi para pekerja telah dibenarkan di Jerman Timur kerana 1987 kemelesetan ekonomi dunia merosot begitu teruk.Kesatuan pekerja mengambilalih corak kepimpinan kerajaan Jerman Timur dan mendesak Tembok Berlin diruntuhkan agar mereka mudah bekerja di Jerman Barat yang menyediakan lebih peluang pekerjaan.
Tembok ini runtuh dalam beberapa minggu sahaja sedangkan pembinaannya mengambil masa beberapa tahun dan menelan kos yang tinggi. Akhirnya 3 Oktober 1990 penggabungan Jerman Barat dan Jerman Timur.

Tembok Berlin dibuka semula pada 9 November 1989 ketika Jerman Timur dikuasai oleh Egon Krenz. Runtuhnya Tembok Berlin menandakan penggabungan semula Jerman Barat dan Jerman Timur. AS berasa sangsi dengan pengabungan ini kerana kemungkinan lahirnya negara saingan dan munculnya "Adolf Hitler" yang baru tidak dapat dielakkan. Perdana Menteri Margaret Thatcher dari Britian hanya mendiamkan diri. Sementara Presiden Francois Mitterand menyambut baik penggabungan Jerman Barat dan Jerman Timur. Penggabungan ini menguatkan lagi Kesatuan Eropah, dolar Eropah dan menjadi saingan kuat kepada kuasa unipolar Amerika Syarikat.
Teruskan - Tembok Berlin

Friday 22 July 2011

Halia





Halia atau nama botaninya Zingiber officinale Roscoe merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India,Asia Tenggara,Afrika barat dan Caribbean.
Halia juga dikenali sebagai ginger (bahasa Inggeris), jahe, aliah, jae, lia (Indonesia), dan kinkh atau khing-daen (Thailand), ley yak (Sarawak)

Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria.Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas,pokok getah dan kelapa sawit.
Halia digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.


Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan di American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah.


Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.


Berikut merupakan pengeluar halia ter beser dunia:
  1. India                                
  2. China
  3. Indonesia
  4. Nepal
  5. Nigeria
Teruskan - Halia

UNESCO



UNESCO (United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization) ialah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan pada tahun 1945. Tujuan penubuhannya adalah untuk menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui bidang pendidikan,sains dan kebudayaan.
Secara keseluruhannya, sebanyak 191 buah negara telah menyertai UNESCO. Organisasi ini berpusat di PAris, dengan lebih 50 pejabat setempat dan beberapa institusi diseluruh dunia. Lima program utama UNESCO adalah: pendidikan, sains semula jadi, sains manusia dan sosial, kebudayaan, dan komunikasi dan maklumat. Projek yang menerima penajaan UNESCO termasuklan kemahiran menulis dan membaca, teknikal, dan program latihan kepada guru-guru; program sains antarabangsa; promosi kebebasan bersuara dan media yang bebas; projek sejarah kebudayaan setempat, promosi kepelbagaian budaya didunia; perjanjian kerjasama antarabangsa untuk kebudayaan dunia dan warisan semulajadi dan untuk memelihara hak asasi manusia; dan percubaan untuk menyatukan rangkaian antarabangsa.

Tiga badan mempunyai tanggungjawab dalam membuat polisi, pentadbiran utama, dan pentadbiran harian di UNESCO:
  • Persidangan Agung
  • Lembaga Eksekutif
  • Sekretariat

Persidangan Agung ialah suatu perjumpaan negara-negara anggota yang mana setiap negara mempunyai satu undi. Mesyuarat diadakan sebanyak sekali setiap dua tahun. Semasa mesyuarat itu ia menetapkan polisi umum dan program-program untuk dianjurkan.
Lembaga Eksekutif mempunyai seramai 58 orang ahli. Mereka ini dilantik oleh Persidangan Agung untuk berkhidmat selama dalam tempoh empat tahun. Lembaga Eksekutif menyediakan sesi untuk Persidangan Agung bersidang dan ia bertanggungjawab memastikan arahan yang diberi dilaksanakan.
Sekretariat mengandungi Ketua Pengarah dan staf-staf dan bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti serta pengurusan harian UNESCO. Ketua Pengarah yang berkhidmat sebagai pegawai awam UNESCO. Dia dilantik oleh Persidangan Agung untuk berkhidmat selama empat tahun (boleh diperbaharui). Kakitangan UNESCO setakat ini berjumlah sebanyak 2100, yang mana dua pertiga berpusat di Paris, dengan selebihnya diseluruh dunia


Ketua Pengarah UNESCO

  1. Julian HuxleyBendera United Kingdom United Kingdom (1946–1948)
  2. Jaime Torres BodetBendera Mexico Mexico (1948–1952)
  3. John Wilkinson TaylorBendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat (pemangku 1952–1953)
  4. Luther EvansBendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat (1953–1958)
  5. Vittorino VeroneseBendera Itali Itali (1958–1961)
  6. René MaheuBendera Perancis Perancis (1961–1974; pemangku 1962)
  7. Amadou-Mahtar M'BowBendera Senegal Senegal (1974–1987)
  8. Federico Mayor ZaragozaBendera Sepanyol Sepanyol (1987–1999)
  9. Koïchiro MatsuuraBendera Jepun Jepun (1999–kini)
Teruskan - UNESCO
kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...