Monday 26 July 2010

Bas




Bas merupakan sebuah kenderaan jalan raya yang besar serta direka bentuk untuk membawa penumpang yang ramai sebagai tambahan kepada pemandu dan kadang-kadang konduktor bas. Perkataan bas berasal daripada perkataan Latin omnibus, yang bermaksud 'untuk semua'. Nama penuh bas ialah 'Kenderaan Omnibas' - bermaksud 'kenderaan untuk semua'.

Asalnya kebanyakan pembina bas terdiri daripada pembina badan kereta kuda, dan kemudiannya pengeluar kereta dan lori. Bas terawal biasanya terdiri daripada badan bas yang dipasang pada sistem kerangka lori. Pendekatan badan campur kerangka ini berterusan sehingga membawa kepada pengeluar moden khusus, di mana enjin bas yang menggunakan enjin diesel dibina oleh sesebuah syarikat tertentu, manakala kerangka dan badan dibina oleh syarikat yang berlainan. Walau bagaimanapun, terdapat juga syarikat khusus yang membina sepenuhnya bas, daripada enjin sehinggalah kepada badan bas.

Pengeluar bas moden kini turut menyertakan peralatan berteknologi canggih seperti alat GPS, mesin tiket elektronik serta sistem maklumat penumpang elektronik di dalam bas bagi menambah kecekapan operasi sistem pengangkutan bas.

Stesen bas ialah sebuah struktur di mana bas bandar atau antara bandar berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Ia lebih besar daripada perhentian bas, yang biasanya hanya sebuah tempat tentuan di tepi jalan, di mana bas dapat berhenti. Ia diniatkan sebagai stesen terminal untuk sebilangan laluan, atau sebagai stesen pertukaran di mana laluan-laluan bertemu.

Stesen bas terbesar di dunia ialah Stesen Bas Pusat di Tel Aviv, Israel. Stesen ini, yang dibuka pada 1993 mempunyai luas pembinaan 230,000 m² dan jumlah luas 44 dunam (44,000 m²). Meskipun demikian, stesen ini dianggap untuk tempoh panjang sebagai suatu kegagalan, kerana lokasinya di tengah-tengah kawasan kejiranan tempat kediaman.

Pelantar stesen bas boleh dikhususkan pada laluan bas tertentu, atau dapat berubah dengan paparan sistem maklumat penumpang dinamik. Sistem terkemudian memerlukan kurang pelantar, tetapi tidak memberikan penumpang keselesaan untuk mengetahui awal pelantar yang diperlukannya dan menunggu di situ.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...