Tuesday, 26 January 2010

Radio


Radio merupakan sejenis komunikasi yang menggunakan gelombang elektromagnet, atau isyarat-isyarat radio, untuk menghantar maklumat elektronik dari satu tempat ke tempat lain tanpa menggunakan wayar. Unit penghantar dipanggil pemancar (transmitter), manakala unit yang menukar isyarat radio ke bunyi yang boleh didengar dipanggil penerima (receiver). Biasanya, penerima adalah dirujuk sebagai satu "radio" atau peti radio.
Syarikat-syarikat yang menyiarkan (atau menghantar) muzik, berita, ceramah atau lain-lain bentuk radio yang sehala dipanggil
stesen radio. Guglielmo Marconi dari Itali digelar sebagai pencipta radio.Pada mulanya, radio atau radiotelegrafi dipanggil "telegrafi wayarles", atau singkatannya "wayarles" (wireless). Awalan radio- yang membawa erti penyiaran tanpa talian, julung kalinya dicatatkan dalam istilah radioconductor, ciptaan ahli fizik Perancis Édouard Branly pada tahun 1897, berasaskan perkataan Latin radius yang bererti "jejari roda" atau "sinar cahaya". "Radio" sebagai kata nama dipercayai dicipta oleh pakar pengiklanan Waldo Warren (White 1944), dan juga kelihatan dalam sebuah rencana tulisan Lee De Forest pada tahun 1907, diterima guna oleh Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1912, dan menjadi laris apabila bermulanya siaran komersil pertama di Amerika Syarikat pada 1920-an. Istilah "radio" turut diterima oleh bahasa-bahasa Eropah dan Asia. Negara-negara Komanwel British terus mengutamakan istilah "wayarles" sehingga pertengahan abad ke-20, meskipun majalah BBC di UK bernama Radio Times sejak julung kali diterbitkan pada awal 1920-an.
Baru-baru ini, istilah "wayarles" dibangkitkan semula menerusi perkembangan pesat perangkaian komputer jarak dekat, seperti
Rangkaian Kawasan Tempatan Wayarles (Wireless Local Area Network, WLAN), WiFi, dan Bluetooth, tidak lupa juga perhubungan telefon bimbit, seperti GSM dan UMTS. Kini, istilah "radio" biasanya memaksudkan peranti atau cip penghantar-terima sebenar, manakala "wayarles" ialah sistem dan/atau kaedah yang digunakan untuk perhubungan radio. Oleh itu, kita membincangkan penghantar-terima radio dan Pengenalpastian Frekuensi Radio (Radio Frequency Identification, RFID), tetapi peranti wayarles dan rangkaian pengesan wayarles.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...