Thursday 12 November 2009

Kondom



Kondom merujuk kepada alat mencegah kehamilan dan penyakit bawaan seksual (STD) sepertigonorea, siflis and AIDS. Alat ini berfungsi untuk membendung sperma (air mani) daripada memasukifaraj. Kondom pertama diperbuat daripada urat perut haiwan (babi). Pada masa sekarang, kondom hampir keseluruhannya diperbuat daripada lateks.Cubaan pertama menghasilkan kondom membabitkan fibrik tenun yang sudah pastinya tidak berkesan. Kondom berkesan yang pertama diperbuat daripada perut biri-biri atau membran haiwan lain. Ia masih terdapat pada masa kini kerana keupayaan mereka mengalirkan kehangadan badan dan deria sentuhan, tetapi ia tidak berkesan untuk menghalang kehamilan dan penyakit sebaik kondom sintetik. Apabila kondom lateks mula dihasilkan, ia merupakan kejayaan dari segi keberkesanan dan mampu dimiliki. Bagaimanapun, sebelum pertengahan abad ke-20, banyak tempat mengharamkan penjualan kondom, dan selanjutnya membenarkan penjualan "hanya untuk pencegahan penyakit". Sering kali ia terdapat disesuatu tempat diberitahu kepada pengguna secara tidak langsung, seperti iklan untuk "getah span". Salah satu jenama kondom awal dipanggil "Tingkap Ria - Merry Widows".

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...