Buah Kundur ,chal kumra dalam bahasa Bengalii, Boodagumbala dalam bahasa Kanada, Boodida gummadi kaaya dalam bahasa Telugu atau Kumbalanga dalam Malayalam, adalah pokok menjalar yang ditanam bagi buahnya yang besar, dimakan sebagai sayuran. Buah kundur berbulu semasa putuk. Apabila matang ia kehilangan bulu dan membentuk lapisan berlilin, memberikan namanya labu berlilin - wax gourd, dan memberikannya hayat simpanan yang panjang. Buah Kundur mampu membesar sehingga sepanjang 1-2 meter.
Pada asalnya ditanam di Asia Tenggara, kundur kini ditanam secara meluas di Asia Timur dan juga di Asia Selatan. Di Utara India ia dipotong dadu dan disira ntuk menghasilkan kandy jenih dan manis, sering kali diperisa dengan air mawar. Dalam bentuk ini ia tahan dan ditinkan dan dijual keseluruh dunia dalam bentuk ditinkan. Di India Selatan, ia dijadikan masak kari.
Akar pokok kundur dapat menahan pelbagai penyakit yang berpunca dari dalam tanah. Buah ini sesuai dimakan untuk menghilangkan dahaga, perangsang buang air kecil dan menyejukkan badan. Kegunaan lain ialah sebagai mengubat beberapa jenis penyakit seperti gonorea dan sawan.
Di China, kulit buah, isi buah, jus dan biji kundur digunakan sebagai penawar demam panas, buasir, lebam atau bengkak, tonik, sakit usus, sakit buah pinggang, kencing manis, dropsy (takungan air dalam badan) dan lemah limpa. Abu biji kundur pula digunakan untuk mengubat penyakit gonorea, manakala abu kulit buahnya dibuat ubat luka.
Di Indonesia, buah kundur dicampur dengan bahan lain untuk mengubati penyakit yang mempunyai simptom keluar darah, penawar racun dan juga ubat luka.
Bagi orang Filipina pula, buah kundur segar sebagai ubat bagi masalah pernafasan dan paru-paru.Air kundur juga didapati berguna sebagai bahan pencuci mata yang merah dan bengkak
0 comments:
Post a Comment