Wednesday 3 August 2011

Fokker : Perintis dunia penerbangan

 The Spin,kapal terbang pertama ciptaan Anthony Fokker



Fokker adalah pembuat kapal terbang belanda yang dinamakan sempena pengasasnya,Anthony Fokker.Syarikat ini didirikan pada 21 Julai 1919 oleh seorang Belanda, Anthony Fokker (1890-1939), salah seorang daripada peneroka penerbangan dunia. Pada usia 20, dia telah membina kapal terbang pertamanya, Spin , kapal terbang binaan Belanda yang pertama terbang dinegara asalnya. Pada tahun 1912, dia menubuhkan syarikat pertamanya, Fokker Aeroplanbau di Berlin,Jerman kemudian berpindah ke Schwerin.
Di sana, Fokker membina kapal terbang bagi pihak tentera Jerman semasa Perang Dunia I, dipaksa sebagai rakan kongsi Hugo Junkers oleh kerajaan Jerman. Dia mencipta nama dengan kapal terbangnya Fokker E.III, yang menggunakan mekanisma yang membenarkan juruterbang menggunakan mesingan di kapal terbang mereka tanpa memusnahkan kipas mereka, Fokker D.VII, dan Fokker Dr.I tiga sayap yang terkenal kerana pernah digunakan oleh Manfred von Richthofen, lebih dikenali sebagai Baron Merah.

Pada tahun 1919, Fokker berpisah daripada Junkers, kembali ke Belanda, dan memulakan syarikatnya sendiri. Dia tidak kembali dengan tangan kosong; Fokker berjaya menyeludup satu keretapi penuh pesawat tentera D.VII dan C.I termasuk alat ganti menyeberangi sempadan Jerman-Belanda. Simpanan permulaan ini membolehkan dia menubuhkan kedai dengan cepat.
Selepas pemindahan syarikatnya, kejayaan utamanya terletak pada kapal terbang perdagangan, pesawat penumpang bukannya pesawat tentera, walaupun Fokker masih terus mereka dan membinanya, sebahagian besarnya utuk tentera udara Belanda. Pengecualian jelas hanyalah bagi tentera udara Finland, yang sebahagian besarnya dilengkapi dengan kapal terbang CV,C.X and D.XXI.
Pada tahun 1920-an, kejayaan Fokker terbesar adalah pesawat penumpang tiga motor, yang menguasai pasaran Eropah sehingga ketibaan kapal terbang logam sepenuhnya dari Amerika Syarikat dan Jerman pada pertengahan 1930-an.
PadaDisember 1939, Anthony Fokker meninggal di Amerika, di mana cawangan Amerika syarikatnya amat berjaya.
Kilang Fokker di Belanda musnah sama sekali semasa Perang Dunia II, dan kilang baru didirikan bersebelahan Lapangan Terbang Schiphol berhampiran Amsterdam, pada tahun 1951. Di sana, beberapa kapal terbang tentera dibina dibawah lesen, antara lain daripada F-104 Starfighter Lockheed. Kemudahan pengeluaran dan baik-pulih kedua didirikan di Woensdrecht.
Fokker merupakan salah satu daripada rakan kongsi gabungan (konsortium) yang menghasilkan F-16. Konsortium ini bertanggungjawab bagi pengeluaran, F-16 Fighting Falcon jet ,pejuang bagi Tentera udara Diraja Belgian,Denmark Tentera udara DiRaja Belanda dan Tentera udara Diraja Norway. Ia terdiri daripada agensi kerajaan dan syarikat daripada empat negara dan Amerika, Syarikat. F-16 dipasang dengan bahagian daripada lima negara di kilang Fokker dan di SABCA di Belgium.

Pada tahun 1958, Fokker F-27 "Friendship" diperkenalkan, yang menjadi pesawat udara turboprop paling laris hampir 800 unit dijual antara 1958  hingga 1986. F-27 diikuti oleh Fokker F-28 "Fellowship",Fokker F50,Fokker F70 dan Fokker F100. Kedua-dua F-27 dan kemudiannya F-28 berkhidmat dengan Penerbangan Di Raja Belanda (Dutch Royal Flight), Putera Bernhard sendiri merupakan juru terbang.

Pada tahun 1996 syarikat Fokker diistiharkan muflis, tetapi sebahagian syarikat tersebut masih kekal. Division angkasa menjadi syarikat bebas yang masa kini dikenali sebagai Ducth Space. Cawangan syarikat yang menghasilkan bahagian kapal terbang dan meneruskan kerja-kerja membaiki dan penyelengaraan diambilalih oleh Stork N.V; kini ia dikenali sebagai Stork Aerospace Group.Stork Fokker wujud bagi mengekalkan pemasaran semula kapal terbang syarikat Fokker yang sedia ada.
Sementara itu, Rekkof Aircraft ("Fokker" terbalik) sedang cuba memulakan semula penghasilan Fokker 70 NT, disokong oleh pembekal dan syarikat penerbangan.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...