Wednesday 28 July 2010

Oat


Oat (Avena sativa) merupakan sejenis spesies bijiran, dan biji benih tumbuhan ini. Ia digunakan bagi makanan manusia, dan juga sebagai makanan bagi haiwan, terutamanya ternakan ayam dan kuda. Jerami oat digunakan sebagai tempat tidur haiwan dan kadang-kala juga sebagai makanan haiwan.

Oats seringkali dihidangkan sebagai bubur yang dihasilkan daripada oats yang dilenyek atau oatmeal, dan juga dibakar menjadi biskut (cookies). Dalam bentuk tepung oat atau oatmeal, ia juga digunakan dalam pelbagai biskut (baked goods) dan cereal sejuk, dan sebagai bahan dalam muesli dan granola. Oats juga boleh dimakan mentah, dan biskut dengan oats mentah menjadi semakin popular.
Jerami Oat juga digunakan dalam penghasilan corn dolly, dan merupakan pengisian kegemaran bagi bantal home made lace.
Pati oat boleh digunakan sebagai perawat masalah kulit, contoh. dalam mandian, produk kulit dll.

Nama lama Inggeris Pertengahan bagi tumbuhan ini adalah haver, yang kekal dalam nama beg makanan ternakan haversack.


Sekam Oat adalah sarung bijirin oat. Pengambilannya dipercayai mengurangkan LDL kolesterol ("buruk"), dan berkemungkinan mengurangkan risiko penyakit jantung. Oat juga merupakan bijiran selamat bagi pengidap penyakit celiac (alahan gluten). Bagaimanapun, oat biasanya sering bercampur dengan sejumlah kecil gandum semasa penuaian dan pemprosesan, dengan itu EU secara rasminya menyenaraikan ia sebagai tanaman yang mengandungi gluten. Oat yang berasal daripada Ireland dan Scotland, di mana kurang gandum ditanam, kurang berkemungkinan dicemari melalui cara ini.

Selepas lapuran mengenai bahawa oat mampu membantu mengurangkan kolesterol keluar, "kegilaan bijirin oat" melanda U.S. pada akhir 1980-an, memuncak pada 1989, apabila cip ubi kentang ditambah oat dijual. Gila makanan ini hanya sekejab dan pudar pada awal 1990-an. Popular oatmeal dan keluaran oat lain sekali lagi meningkat selepas keputusan Food and Drug Administration pada Januari 1997 bahawa kebanyakan (oat bran) atau (rolled oats) boleh meletakkan label yang mendakwa bahawa ia mungkin mengurangkan risiko penyakit jantung, apbila digabung dengan diet kurang lemak.

pengeluar terbesar dunia — 2005
(million metric ton)
1-Russia 5.1
2-Canada 3.3
3-United States 1.7
4-Poland 1.3
5-Finland 1.2

Source: FAO

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...