Friday, 30 July 2010

Skinhead



Skinhead adalah satu sub-budaya yang diasaskan di London,sekitar tahun 1960-an.Sekarang skinhead sudah tersebar di seluruh pelusuk bumi.Nama skinhead merujuk kepada kepala yang dicukur botak dan kemas.Sebelum bermulanya era skinhead ada golongan remaja yang menggelarkan diri mereka Mods yang memulakan empayar skinhead.

Meskipun skinhead kerapkali di labelkan sebagai golongan yang rasis dan neo-nazi,namun skinhead yang sebenarnya bukan lah neo-nazi,kerana pada awalnya skinhead ialah kaum yang tertindas dari kelas pekerjaan(terutamanya buruh pelabuhan) di London.Skinhead juga merujuk kepada kelompok golongan remaja yang meminati muzik Oi!/Streetpunk dan juga punk.

Sejarah
Para pemuda dari kalangan tersebut meskipun harus bekerja keras tiap hari, malah sebagai buruh kasar atau buruh pelabuhan, namun tetap memiliki cita rasa tinggi dalam memilih life style tertentu. Mereka berusaha mengadaptasi life style yang berkembang dengan pola hidup, selera serta kemampuan dompet.

Maka pada sekitar tahun 1965, dalam dunia Mods dikenal pula istilah Smooth Mods (Peacock Mods) yang terdiri dari kalangan menengah stylish dengan pilihan kostum yang mahal serta Hard Mods (lemonheads, gang mods) yang terdiri dari kaum pekerja dan merupakan cikal bakal dari Skinheads.

Hard mods kemudian baru dikenal sebagai kaum Skinheads sekitar tahun 1968. Generasi pelopor Skinheads tersebut biasanya disebut Trads (Traditional Skinheads) atau Trojan Skinheads, sesuai dengan nama label Trojan Records.


Pakaian

Kaum Trads ini mudah dikenali dari pakaian seperti shirt button-up Ben Sherman, polo Fred Perry, Bretel/suspender, seluar jeans semi ketat, monkey boots, jaket jeans, jaket Harrington, V neck Sweater dan lain-lain. Dan yang paling penting ialah potongan rambut yang pendek, berlainan dengan gaya rambut mods pada umumnya. Pilihan jenis rambut yang pendek ini lebih disebabkan alasan kemas dan mudah. Terutama kerana sebagian besar pekerjaan yang tersedia tidak membolehkan pekerja berambut panjang apalagi bergaya pacak yang tidak teratur. Selain itu, potongan rambut pendek dianggap sebagai keistimewaan kerana terpaksa menghadapi kehidupan jalanan yang keras ketika itu. Ada pula yang berpendapat bahawa pilihan berambut pendek merupakan counter terhadap life style kaum hippie yang dianggap mewah dan juga sedang berkembang pada masa tersebut. Lebih jauh lagi, suatu kisah menceritakan bahwa pilihan tersebut berasal dari kaum pekerja pelabuhan, seperti di kota Liverpool, yang memotong pendek rambut mereka untuk menghindari kutu yang banyak terdapat di sekitar pelabuhan.


Muzik

Kerana Skinhead sendiri pada dasarnya adalah suatu subkultur bukannya sebuah genre atau aliran musik, pilihan muziknya pun pelbagai..

Yang pertama tentunya adalah roots mereka yang berasal dari Mods, Trads pun pada awalnya sangat terpengaruh musik R&B ala Inggris seperti The Who, The Kinks, dan lain sebagainya. Namun, mereka juga terinspirasi oleh style ala Jamaican Rude Boy yang juga populer di Inggris pada zaman itu. Rude Boy atau Rudy merupakan sebutan untuk para imigran Jamaica yang berkulit hitam pencinta disko dansa dan musik asal mereka.

Hasilnya, Trads pun sangat menggemari musik Ska, Reggae, Rocksteady, Soul, dan lain sebagainya. Sehingga terkadang seorang Skinhead pun ikut menikmati alunan dari seorang penyanyi soul seperti Aretha Franklin misalnya.


0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...