Friday 17 September 2010

Barbecue


Barbeku atau BBQ merujuk kepada kaedah dan juga alat untuk memasak daging dengan mempergunakan haba dan asap daripada kayu bakar atau arang bara ataupun daripada gril gas propana. Daging barbeku boleh disediakan dengan membubuh cairan perap, rempah sapu, atau sossimbahan. Istilah "barbeku" boleh digunakan dalam beberapa cara.

Barbeku biasanya dimasak di persekitaran luar rumah dengan menggunakan asap kayu atau arang, manakala barbeku restoran dimasak dengan menggunakan ketuhar bata atau logam yang direka bentuk khusus untuk tujuan ini.

Etimologi

Asal untuk kedua-dua kegiatan memasak barbeku serta perkataan "barbeku" pada dirinya adalah agak kabur. Kebanyakan ahli etimologi mempercayai bahawa perkataan itu berasal daripada perkataanbarbacoa yang dituturkan oleh kedua-dua kaum Timucua dari Florida dan kaum Taíno dari Caribbean. Makna harafiah perkataan itu "lubang api suci". Perkataan itu memerikan gril untuk memasak daging. Gril itu terdiri daripada sebuah pelantar kayu yang terletak di atas batang-batang kayu.

Barbacoa tradisional melibatkan penggalian lubang di dalam tanah lalu memasukkan daging (biasanya seekor kambing) ke dalamnya. Sebuah periuk diletakkan di bawah daging itu untuk mengumpulkan jus daging. Daging itu kemudian dilitupi dengan daun pokok sisal dan arang lalu dibakar. Proses itu mengambil masa selama beberapa jam.

Terdapat banyak bukti bahawa kedua-dua perkataan "barbeku" dan teknik memasaknya muncul dari Caribbean dan kemudian tersebar ke dalam bahasa dan budaya yang lain, mula-mulanya daripada dialek Caribbean ke dalam bahasa Sepanyol lalu ke dalam bahasa Perancis dan bahasa Inggeris. Kamus Oxford English Dictionary menyebut bahawa penggunaan perkataan itu dalam bahasa Inggeris yang dicatat buat pertama kali adalah pada 1697 oleh lanun British, William Dampier.

Etimologi rakyat telah memberikan banyak asal untuk perkataan barbeku yang tidak tepat. Salah satu tuntutan yang sering dikemukakan adalah bahawa perkataan itu berasal daripada bahasa Perancis. Mengikut huraian itu, pelawat Perancis ke Caribbean melihat seekor babi dimasak dan memerikan kaedah itu sebagai barbe à queue yang membawa pengertian "dari janggut sehingga ke ekor". Perkataan Perancis untuk "barbeku" (barbecue) juga barbecue, dengan penjelasan "dari janggut sehingga ke ekor" itu dianggap tidak sah oleh kebanyakan ahli bahasa. Meritnya yang tunggal adalah bahawa ia bergantung kepada bunyi perkataan yang sama, satu ciri sepunya dalam penjelasan etimologi rakyat.Satu dakwaan lagi menyatakan bahawa perkataan BBQ berasal daripada zaman ketika kedai tepi jalan raya dan sarang bir memiliki meja pool lapan bola yang diiklankan sebagai "Bar, Bir dan Kiu". Menurut cerita ini, frasa tersebut kemudian disingkatkan kepada BBCue lalu menjadi BBQ.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...