Thursday 16 September 2010

Air Kencing



Air kencing adalah bahan kumbahan cecair badan yang disingkir oleh buah pinggang melalui proses penapisan dari darah yang dikenali sebagai kencing dan dikeluarkan melalui urethra. Metabolit pada peringkat sel/selular menghasilkan banyak sebatian kumbahan, kebanyakannya kaya dengan nitrogen, yang perlu disingkirkan dari aliran darah. Kumbahan ini akhirnya disingkir dari badan melalui proses mikturition, kaedah utama menyingkirkan bahan kimia larut air dari badan. Bahan kimia ini boleh dikesan dan dianalisa oleh urinalysis. Bagi wanita hamil, cecair amniotik berkait rapat dengan air kencing, boleh dianalisa oleh amniosentesis.


Warna kuning terang air kencing disebabkan oleh pewarna urokrom dan juga keluaran penguraian bilirubin dan urobilin. Ia boleh berbentuk antara jernih ambar gelap, antara faktor lain bergantung kepada jumlah air dalam badan.

Air kencing mengandungi pelbagai bahan yang berbeza dengan apa yang masuk kedalam tubuh. Selain air, air kencing mengandungi pelbagai garam bukan organik dan sebatian organik, termasuk protin, hormon, dan pelbagai jenis metabolit metabolites.


Pemeriksaan

Ramai pakar perubatan dalam sejarah telah melakukan pemeriksaan dan pengujian air kencing pesakit mereka. Hermogenes menulis mengenai warna dan ciri-ciri lain air kencing sebagai petanda penyakit tertentu. Abdul Malik Ibn Habib dari Andalusia d.862CE, menyebut banyak lapuran mengenai pemeriksaan air kencing di seluruh empayar Umayyad. Diabetes mellitus mendapat namanya kerana air kencing pengidapnya adalah banyak dan manis. Urinalysis merupakan pemeriksaan air kencing dan sebahagian dari ujian biasa. Kultur air kencing dilakukan apabila jangkitan salur kencingdisyaki. Pemeriksaan air kencing melalui mikroskop mungkin berguna bagi mengenal pasti substrat organik dan bukan organik dan membantu diagnosis.


Penggunaan

Kegunaan terapi kencing sebagai rawatan perubatan atau regim kesihatan harian adalah tidak biasa. Pengamal perubatan Aztek menggunakan air kencing bagi mencuci luka luaran bagi menghalang jangkitan, dan memberikannya sebagai minuman bagi melegakan masaalah perut dan usus. Ciri-ciri perubatannya juga telah digunakan di China sebagai sebahagian perubatan holistik, dan di India, terutamanya sebagai sebahagian perubatan tradisi India, Ayurveda, di bawah nama Amaroli.


Kegunaan silam

  • Rom purba menggunakan air kencing sebagai agen peluntur bagi mencuci pakaian dan gigi.

Warna dan jumlah air kencing boleh menjadi petunjuk berguna bagi tahap rehidrasi (rehydration). Air kencing banyak dan jernih biasanya tanda hidrasi yang mencukupi, air kencing gelap merupakan tanda dehidrasi dehydration. Pengecualian adalah apabila alkohol, kafin, dan diuretik lain diambil, dalam kes di mana air kencing mungkin jernih dan banyak dan orang tersebut masih dehidrasi kekurangan air.


Peluru

Pada masa silam, air kencing dikumpul dan digunakan bagi penghasilan ubat bedil. Air kencing kusam ditapis melalui tong berisi jerami dan dibiarkan masam selama setahun atau lebih. Selepas tempoh ini, air digunakan bagi mencuci garam kimia daripada jerami tersebut. Campuran ini kemudiannya ditapis melalui abu kayu (wood ashes) dan dibiarkan kering di bawah sinaran matahari. Kristalpotasium nitrat kemudian dikumpulkan dan ditambah kepada belerang dan arang untuk menghasilkan serbuk hitam.


Tekstil

Air kencing telah digunakan sebagai mordant bagi penyedian tekstil, terutama bulu, bagi pewarna. Air kencing digunakan bagi mewarna terutama indigo di mana air kencing bertindak balas dengan dye yang tidak larut bagi membentuk sebatian larut.


Semasa Perang Dunia I, pihak Jerman menguji banyak jenis gas beracun untuk kegunaan dalam perperangan. Selepas serangan gas klorin Jerman pertama, pihak Berikat dibekalkan pad kapas yang telah direndam air kencing. ianya dipercayai bahawa amonia pada pad meneuteralkan klorin. Pad ini diletakkan pada muka sehingga askar dapat melepaskan diri dari asap beracun, sungguhpun kini diketahui bahawa gas klorin bertindak balas dengan air kencing bagi menghasilkan wasap beracun (lihat klorin dan kegunaan gas beracun semasa Perang Dunia I).

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...