Thursday 6 October 2011

Barah Payudara : Kanser Tertua Di Dunia



Penyakit barah payudara merupakan barah tisu payudara / buah dada. Di seluruh dunia, ia merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan wanita, menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat. Walaupun usaha meluas dijalankan bagi pengesanan awal dan rawatan berkesan, sekitar 20% wanita dengan barah payudara akan meninggal disebabkan penyakit tersebut, dan ia merupakan bentuk barah kedua yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita. Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut . Ada diantara puncanya adalah disebabkan pesakit lebih suka mendapatkan rawatan tradisi dan hanya bersetuju mendapatkan rawatan klinikal apabila sudah parah. Ini berbeza dengan negara maju di mana statistik di negara maju menunjukkan 80 hingga 85 peratus pesakit kanser payudara dapat menjalani kehidupan biasa setelah menjalani rawatan awal, berbanding hanya 58 peratus di Malaysia.


Barah payudara merupakan kanser yang paling tua di dunia yang diketahui oleh manusia sebagai kanser ketumbuhan dalam manusia. Penghuraian tentang kanser telah pun diketahui oleh orang Mesir purba sejak berkurun lamanya (walaupun istilah kanser/barah tidak digunakan ketika itu) iaitu lebih kurang 1600 BC. Papyrus Edwin Smith telah menghuraikan 8 kes ketumbuhan atau ulser pada payudara yang dirawat dengan kaedah pengkauteran, dengan menggunakan "fire drill" (gerudi dan bakar tisu kanser yang bertujuan untuk membunuh sel-sel kanser), konsep ini juga masih digunakan sekarang walaupun tanpa pembakaran. Daripada maklumat yang terdapat pada Papyrus Edwin Smith, penyakit ini, tidak mempunyai cara untuk dirawat dan terdapat satu kes lelaki telah menghidapi penyakit ini. Selama berabad-abad, para doktor tidak mampu merawat penyakit ini.
Tetapi, tidak lama kemudian, apabila pemahaman tentang sistem peredaran darah pada kurun ke-17, doktor telah berjaya memahami tentang hubungan antara kanser payudara dan nodus limfa di ketiak. Pakar bedah berbangsa Perancis Jean Louis Petit (1674-1750) dan kemudian pakar bedah berbangsa Scottish Benjamin Bell (1749-1806) merupakan pakar bedah yang terawal yang berjaya membuang nodus limfa, (kanser) tisu payudara, dan otot dasar dada.
Kejayaan mereka telah diteruskan oleh William Stewart Halsted yang memulakan mastektomi (merupakan prosedur pembedahan) di 1882. Beliau dikenali kerana Halsted mastektomi yang radikal, satu prosedur pembedahan yang kekal popular sehingga 1970an

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...