Wednesday 20 July 2011

Naza Group Of Companies Malaysia


Kumpulan Naza dikenali antara pengedar automotif dan pembangunan hartanah, mula beroperasi pada 1975. Kumpulan Naza diterajui oleh SM Nasimuddin SM Amin  yang juga merupakan pengasas kumpulan ini. Kumpulan Naza juga merupakan pemegang francais untuk pengeluar kereta Korea Selatan, Kia untuk pasaran di Malaysia. Naza juga mengeluarkan Naza Ria danNaza Citra berasaskan model Kia Carnival dan Kia Caren.
Baru-baru ini, Kumpulan Naza mengeluarkan NAza Sutera (berasaskan model Hafei Loba) yang dilancarkan pada April 2006 dan juga Naza Bestari (berasaskan mode Peugeot 206) pada Mei 2006

Automotif




  • Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd
  • Naza Bikes Sdn Bhd
  • Naza Motor Trading Sdn Bhd
  • NZ Wheels Sdn Bhd (Mercedes-Benz)
  • Naza Wheels Sdn Bhd (Mazda)
  • Naza-Brabus Motor Sdn Bhd
  • Naza-Hamann Motor Sdn Bhd
  • Nasim Sdn Bhd (Peugeot)
  • Naza Kia Sdn Bhd ( Pengedar Kia terbesar di Asia Pasifik)
  • Naza Corporation Sdn Bhd
  • Next Bike Sdn Bhd (Ducati & Lain-lain)
  • Naza Marine Sdn Bhd (Sea Doo)
  • El Hyosung Bikes Sdn Bhd
  • Naza Mekar Sdn Bhd (Perodua Dealership)
  • Naza Bikers Dream Sdn Bhd
  • Naza Prestige Bikes Sdn Bhd
  • Naza Primera Sdn Bhd

 Perhotelan dan Pembangunan Hartanah

  • TTDI Development Sdn Bhd
  • Naza Hotels Malaysia
  • Ramada Hotel, Torrance, LA
  • Sheraton Hotel, San Pedro, LA

Naza pernah dikritik oleh ahli-ahli Parlimen dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir kerana telah menyebabkan kerugian syarikat milik negara, PROTON mengalami kerugian disebabkan Naza telah membawa masuk kereta luar negara secara besar-besaran terutamanya dari Korea Selatan yang dikatakan lebih murah berbanding kereta buatan PROTON. Naza juga dikritk hebat Tun Dr. Mahathir kerana memperoleh Permit Import (AP) yang banyak daripada kerajaan. Dr. Mahathir menyatakan sebuah syarikat tidak boleh membawa masuk kereta import secara besar-besaran. Pemimpin pembangkang telah menuduh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,Rafidah Aziz yang juga besan kepada Nasimuddin terlibat dalam pemberian AP yang terlalu banyak kepada Naza dan selama ini telah menggunakan kuasa yang beliau ada untuk memajukan Naza. Bagaimanapun kebanyakan permit tersebut diluluskan semasa pemerintahan Mahadir itu sendiri dan kritikan ini dilakukan selepas pengunduran beliau.

Rafidah Aziz dan kerajaan telah dikririk hebat oleh Dr. Mahathir kerana telah memberikan taraf Kereta Nasional iaitu kereta buatan Malaysia kepada MPV yang dihasilkan oleh Naza, Naza Ria. Dr. Mahathir berkata Naza Ria tidak boleh diberikan taraf Kereta Nasional kerana ia tidak menepati klasifikasi Kereta Nasional yang ditetapkan oleh kerajaan. Salah satu sebab mengapa Dr. Mahathir mengkritik pemberian taraf itu kepada Naza Ria ialah kerana kebanyakkan komponen kenderaan itu dihasilkan di Korea dan jelas sekali ia merupakan kereta buatan Korea bukan kereta buatan Malaysia. Pihak pengurusan Naza hanya berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan kritikan ini.
Naza dikatakan berjaya menjadi sebuah syarikat yang berjaya kerana adanya Rafidah Aziz yang boleh mempengaruhi keputusan Kabinet dalam urusan ekonomi khasnya berkenaan hal-ehwal automotif. Ia disangkal oleh Rafidah Aziz dengan menyatakan semua peluang diperoleh oleh Naza diberikan dengan adil dan bebas daripada penyalahan guna kuasa.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...