Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al Quran dan Hadis.
Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh
ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh
dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan
hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah
termasuk dalam golongan orang yang zalim.
- Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.
- Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
- Minum arak - minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
- Mencuri - iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
- Murtad - iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
- Merompak , iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
- Penderhaka , iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam.
Fiqh jenayah ialah undang2 jenayah mengikut syariat islam.
Jenayah menurut fuqaha' adalah perbuatan atau perilaku yang jahat yang
dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa
atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.
Pentakrifan tersebut adalah khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit
dengan perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh
badan seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib di kenakan hukuman Qisas atau Diyat.
Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda, akal fikiran dan
sebagainya adalah termasuk dalam jenayah yang umum yang tertakluk di
bawahnya semua kesalahan yang wajib dikenakan hukuman mengikut al-Quran:
- Hudud
- Qisas
- Diyat
- Takzir
Tujuan fiqh jenayah
- Menjaga agama - iaitu menjaga akidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari akidah yang sebenar dan tidak menjadi murdad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka.
- Menjaga nyawa - iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman.
- Menjaga akal fikiran - iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib jatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat.
- Menjaga keturunan - iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam.
- Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak.
0 comments:
Post a Comment