Thursday 5 August 2010

Kitab Bible


Alkitab atau Kitab Injil adalah kitab suci penganut agama Kristian. Alkitab dibahagi kepada dua bahagian utama: Perjanjian Baru dan Perjanjian Lama. Bahagian-bahagian utama ini disebut "Perjanjian" kerana Tuhan bangsa Israel atau Yahweh membuat perjanjian. Kali pertama di antara Musa dengan orang Yahudi dan kali kedua antara Yesus Kristus dengan seluruh umat manusia.

Hampir semua buku Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Ibrani, kecuali beberapa bahagian daripada kitab Daniel yang ditulis dalam bahasa Aramiasedangkan semua buku Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Yunani.

Berdasarkan isinya dan gaya penulisan, Perjanjian Lama dapat dikelompokkan menjadi 5 bahagian utama iaitu Kitab Taurat (5 kitab), Kitab Sejarah (12 kitab), Kitab Puisi (5 kitab), Kitab Nabi-nabi Besar (5 Kitab) dan Kitab Nabi-nabi Kecil (12 Kitab). Sementara pengelompokan untuk Perjanjian Baru adalah Kitab Berita Baik atau Injil (4 Kitab), Kitab Sejarah (1 Kitab), Kitab Surat Rasuli (21 Kitab) dan Kitab Wahyu (1 Kitab). Jumlah kitab dalam Wasiat Lama adalah 39, manakala jumlah kitab dalam Wasiat Baru adalah 27. Maka seluruh kitab Bible mengandungi 66 kitab.

Selain itu semenjak dahulu ada perbincangan tentang kanon Alkitab yakni penetapan kitab-kitab yang bolah dianggap sebahagian dari Alkitab. Pada abad ke-3 Sebelum Masihi, Alkitab Ibrani atau Tanakh diterjemahkan dalam bahasa Yunani. Terjemahan ini disebut Septuaginta, tetapi memuat lebih banyak kitab yang tidak terdapat dalam versi Yahudi. Buku-buku ini disebut buku-buku Deuterokanonika.


Kitab injil menurut perspektif islam

Kitab Injil merupakan salah satu daripada empat buah kitab Islam. Kitab ini mengandungi wahyu Allah Taala kepada Nabi Isa a.s. Ia diturunkan khusus untuk umat Nabi Isa a.s. Kitab Injil merupakan kesinambungan kitab-kitab Nabi Allah yang terdahulu iaitu Zabur dan Taurat. Kitab Injil kemudian diikuti dengan penurunan kitab suci yang terakhir iaitu Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad s.a.w, sebagai pelengkap kepada semua kitab-kitab suci yang sebelumnya. Dengan turunnya Al-Quran, secara tidak langsung semua ajaran kitab-kitab yang terdahulu termansuh dengan sendirinya.

Al-Quran menyatakan bahawa Injil dan Taurat telah ditahrif (diubahsuai iaitu ditokok tambah dan dikurangi) oleh penganut-penganutnya yang menyeleweng selepas Nabi Isa diangkat ke langit.


Perbezaan i

njil Dan bible

perkataan "Injil" di dalam al-Quran tidak merujuk kepada Kitab Bible kini yang dimiliki dan dibaca oleh penganut-penganut agama Kristian, ataupun keempat-empat Gospel. Perkataan "Injil" yang digunakan dalam Al-Qur'an, Hadith, dan dokumen-dokumen Islam yang awal merujuk khas kepada wahyu Allah kepada Nabi Isa a.s, dan tidak merujuk kepada "Bible" yang dipegang oleh agama Kristian masa kini.

Di dalam al-Quran, dengan jelas menyatakan bahawa manusia telah mentahrif (mengubah, iaitu menokok-tambah dan mengurangi) sebahagian kitab Injil, khususnya rujukan-rujukan yang mengatakan bahawa Nabi Isa anak tuhan oleh pengikut-pengikutnya, serta peristiwa-peristiwa yang terjadi selepas Nabi Isa diangkat ke langit.

Berdasarkan ajaran Islam, Nabi Isa tidak meninggal dunia sewaktu disalibkan dan kemudian dihidupkan semula (seperti yang dikatakan dalam kitab Bible). Umat Islam meyakini bahawa Nabi Isa a.s telah diangkat naik ke langit oleh Allah Taala (beliau tidak pernah disalibkan) dan akan turun kembali di akhir zaman sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w


0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...