Friday, 3 June 2011

Twitter


Twitter ialah perkhidmatan rangkaian sosial dan micro blogging yang membolehkan pengguna meghantar dan membaca mesej yang dipanggil tweet, iaitu pesanan teks selebih-lebihnya 140 huruf yang dipaparkan dalam halaman profil penulisnya dan diutuskan kepada para pelanggan penulis yang dikenali sebagai "pengikut" (follower). Penghantar boleh mengehadkan utusan kepada lingkungan kawan-kawannya, ataupun membenarkan capaian terbuka kepada semua pengguna web. Pengguna boleh menghantar dan menerima tweet melalui laman web Twitter,SMS atau mana-mana aplikasi luaran. Sungguhpun perkhidmatan Twitter sendiri adalah percuma, namun penggunaaannya melalui SMS boleh dikenakan yuran telekom.

Asalnya, had kepanjangan mesej 140 aksara ditetapkan agar serasi dengan penghantaran SMS, justeru menimbulkan kehadiran bermacam-macam bentuk teringkas dan slang yang digunakan dalam SMS, di dalam Internet. Had 140 aksara ini juga melahirkan penggunaan khidmat-khidmat peringkasan URL seperti tinyurl, bit.ly dan tr.im, dan juga khidmat pengehosan kandungan seperti Twitpic dan Notepub untuk menampung kandungan multimedia dan teks yang mencecah 140 aksara.

Semenjak dilahirkan pada tahun 2006 oleh Jack Dorsey, Twitter makin hari makin laris digunakan dan tinggi pentingnya bagi para pengguna Internet. Adakalanya, Twitter disifatkan sebagai "SMS untuk Internet"kerana penggunaan antara muka pengaturcaraan aplikasi Twitter bagi menghantar dan menerima pesanan teks ringkas oleh aplikasi lain sering menyelubungi penggunaan Twitter secara terus.


"Apa yang perlu kami lakukan adalah menyampaikan maklumat paling relevan yang terbaik dan paling terkini sebaik boleh. Kami berasa bahawa Twitter bukan rangkaian sosial, sebaliknya merupakan rangkaian maklumat yang menerangkan orang ramai hal-ehwal sedunia yang kita prihatini." Jack Dorsey

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...