Sunday 27 September 2009

Bill Gates


William Henry Gates III (dilahirkan pada 28 Oktober 1955) atau lebih dikenali sebagai Bill Gates, ialah ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation (bersama Paul Allen). Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation , syarikat perisian terbesar di dunia.

Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer peribadi. Walaupun beliau dihormati ramai dengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya, namun begitu taktik perniagaan beliau kerap dikritik sebagai tidak bersaing secara adil yang menyebabkan beliau dihadapkan ke mahkamah beberapa kali.

Bill Gates kerap membuat sumbangan dengan mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Bill & Melinda Gates Foundation.

Majalah Forbes, menyenaraikan beliau sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut, dengan nilai sebanyak $60 bilion sehingga [1][2]. Pada tahun 2008, kesusutan nilai saham Microsoft sebanyak 15% meletakkan beliau ke tempat ke-3 selepas Warran Buffett dan Carlos Slim HeluBeliau adalah anak kedua kepada William Henry Gates Junior, seorang peguam ternama, dan Mary Maxwell, bekas guru sekolah. Mary Maxwell merupakan wanita pertama yang memegang jawatan Presiden di United Way, juga bekas ahli lembaga pengarah First Interstate Bank dan juga ahli kehormat University of Washington . Mary berhenti mengajar apabila mendirikan rumahtangga dan aktif dalam kerja-kerja amal. Beliau meninggal dunia pada 1994. Ibu bapa Bill Gates berkahwin pada tahun 1951, dan mempunyai 3 anak, yang pertama ialah Kristi, diikuti dengan Bill Gates dan anak bongsu, Libby, 9 tahun muda darinya.

Beberapa sumber luar mengatakan ibunya menyimpan unit amanah yang bernilai berjuta dollar Amerika untuk Bill Gates yang menyumbang kepada harta kekayaannya tetapi kenyataan itu dinafikan menerusi wawancara pada tahun 1994 dan juga menerusi buku yang ditulisnya “The Road Ahead”.

Bill Gates merupakan pelajar cemerlang ketika di sekolah rendah terutama dalam mata pelajaran matematik dan sains. Pada umur 13 tahun, Bill Gates dihantar belajar ke Lakeside School For Boys, sekolah yang paling unggul di Seattle, di mana yuran tahunannya ialah USD$5000 berbanding dengan Universiti Harvard sebanyak USD$1,760. Ketika di dalam gred 8,Kelab Ibu sekolah tersebut membuat kutipan jualan untuk membeli terminal teletaip ASR-33 dan juga beberapa blok masa menggunakan komputer dari Syarikat General Electric Computer(GE). Bill Gates menunjukkan minat yang amat tinggi dalam pengaturcaraan GE menggunakan BASIC dan diberi kelonggaran tidak menghadiri kelas matematik untuk minatnya itu. Selepas sumber kewangan dari Kelab Ibu mula habis disebabkan pembayaran untuk kegunaan masa komputer, Bill Gates dan beberapa pelajar lain terpaksa mencari cara lain. Mereka berjaya mendapat kebenaran dari sebuah syarikat, Computer Center Corporation (CCC) untuk menggunakan komputer mereka, DEC PDP minicomputers secara percuma dengan membantu syarikat tersebut mencari pepijat (bugs) untuk perisian mereka. Pada suatu musim panas, para pelajar termasuk Bill Gates tertangkap apabila syarikat CCC mendapati mereka menyalahgunakan keistimewaan mereka dengan mengeksploitasikan pepijat supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk lebih lama. Sebagai hukuman, para pelajar Lakeside School diharamkan memasuki makmal komputer pada cuti musim panas.

Setelah habis tempoh hukuman, Bill Gates dan 3 rakannya Paul Allen, Ric Weiland, and Kent Evans ditawarkan peluang sekali lagi oleh CCC untuk mencari pepijat di dalam aplikasi syarikat tersebut dan sebagai ganti, mereka boleh menggunakan komputer di situ secara percuma.

Bill Gates tidak menggunakan teletaip pada kali ini, tetapi mula mempelajari kod punca (source code) dari pelbagai program yang digunakan oleh sistem tersebut. Beliau bukan saja mempelajari BASIC, tetapi juga mempelajari FORTRAN, LISP dan bahasa mesin (machine language).

Mereka membantu CCC sehingga syarikat itu ditutup pada tahun 1970. Pada tahun berikutnya, Syarikat Information Sciences Inc menawarkan pelajar-pelajar dari Lakeside School untuk menulis program pembayaran (payroll) menggunakan COBOL. Mereka bukan sahaja ditawarkan dengan peluang menggunakan komputer secara percuma malah akan dibayar upah royalti.

Pada usia 14 tahun, Bill Gates memulakan syarikat usahasama bersama Paul Allen dan Paul Gilbert yang dipanggil Traf-O-Data. Mereka membina pengira trafik yang menyimpan data di dalam pita yang ditekan (Punched Tape). Ia merupakan sebuah komputer kecil yang digunakan untuk mengawal trafik lalu lintas dan mempunyai perisian untuk memproses data. Mereka mendapat keuntungan bersih USD$20,000 pada tahun yang pertama. Walau bagaimanapun apabila umur Bill Gates diketahui, syarikat mereka kehilangan hampir kebanyakan peluang perniagaan. Traf-O-Data adalah syarikat pertama Bill Gates.

Bill Gates, menurut sumber akhbar mendapat markah 1590 untuk SAT (Kelayakan unutk memasuki universiti di Amerika Syarikat) dan memohon untuk memasuki Universiti Harvard pada musim luruh 1973 dalam bidang undang-undang. Ketika belajar di universiti tersebut, beliau berkenalan dengan Steve Ballmer yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Microsoft Corporation.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...