Wednesday 23 September 2009

Kereta Hybrid



Model Kereta Hybrid yang ada di pasaran.Gambar atas dari kiri Toyota Prius,Chevrolet Volt,Ford Escape Hybrid Dan Honda Insight









Teknologi enjin hybrid adalah pilihan sumber bahan api bagi mengurangkan pergantungan kepada petrol dan diesel yang dimana kedua-dua bahan api fosil itu sentias terdedah kepada kenaikan harga.Teknologi enjin hybrid sudah dimajukan oleh beberapa gergasi automotif dunia dan terbukti berhasil melahirkan kenderaan mesra alam.

Teknologi hybrid ini didefinasikan sebagai penggunaan kenderaan yang menggunakan dua atau lebih penggunaan gabungan bahan api dan kuasa elektrik untuk menggerakkan motor kenderaan,sekaligus menjimatkan minyak.

Struktur enjin hybrid yang menggabungkan kuasa elektrik dan bahan api bertindak dalam pelbagai cara iaitu hybrid dalam bentuk selari yang mana bahan api disalurkan ke enjin tetapi pada masa yang sama dilengkapi bateri yang membekalkan kuasa kepada motor elektroniknya.

Gabungan kedua-dua enjin dan motor elektrik itu berfungsi menggerakkan transmisi enjin pada satu-satu masa,sekaligus bertindak balas menghasilkan kuasa kepada kenderaan itu.

Kaedah kedua ialah enjin bahan api tidak disalurkan terus untuk menggerakkan transmisi enjin tetapi penjana yang bertindak mengeluarkan caj elektrik kepada bateri atau kuasa motorelektrik menerusi sumber daripada bahan api itu.Antara komponen dalam kenderaan hybrid ialah enjin bahan api lebih kecil dan menggunakan teknologi termaju bagi mengurangkan kadar pelepasan asap,sekaligus tidak mencemarkan alam sekitar.

Komponen lain ialah motor elektrik sebagai penjana kuasa,bateri voltan bersaiz kompak yang menyimpan tenaga,manakala transmisi enjin sama dengan kereta konvesional lain.Berbanding enjin kereta konvesional.kadar pelepasan asap iaitu gas karbon monoksida kereta hybrid lebih 80% rendah.

Jika ditinjau situasi semasa,kereta kuasa elektrik terbukti tidak mencemarkan alam sekitar,sebaliknya hanya berupaya bergerak sejauh 80 hingga 161 km sebelum perlu dicaj semula selain kereta itu bergerak perlahan dan kesukaran mencari tempat untuk mencaj semula.

Kebanyakan kereta memerlukan enjin bersaiz besar untuk menghasilkan kuasa bagi menggerakkan kereta dengan pantas tetapi penggunaan enjin kecil boleh ditingkatkan dengan menggunakan komponen lebih ringan termasuk mengurangkan jumlah silinder dan memaksimumkan penggunaan enjin.

Keberkesanan enjin hybrid bukan saja meningkatkan penjimatan minyak dan berfungsi menyimpan tenaga yang disimpan didalam bateri yang enjin akan dihentikan sementara apabila kenderaan berhenti dilampu isyarat tetapi dibantu kuasa bateri biasa.Kereta hybrid tidak memerlukan kos penjagaan dan penyelenggaraan yang tinggi kerana motor dan bateri kereta itu tidak memerlukan penyelenggaraan dan boleh digunakan sepanjang hayat.

Kereta hybrid komersial pertama diatas jalan tempatan ialah Honda civic hybrid 1.3 liter yang telah diperkenalkan dimalaysia menerusia Honda Malaysia Sdn Bhd.Jika anda berminat mengetahui lebih banyak tentang jenis kenderaan hybrid dipasaran tempatan kunjungilah showroom kereta kesukaan anda

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...