Tuesday, 22 September 2009

Arak,Alkohol dan Minuman Keras




Adakah anda tahu apa itu alkohol?
• Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras
selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk
mempertingkatkan "mood"
• Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu
diminum
• Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk
termasuk bir, wain, brandi dan wiski
Adakah anda tahu kesannya terhadap badan?
• Ia memperlahankan fungsi sistem saraf pusat
• Mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan, dan pendengaran seseorang
Apakah faktor-faktor risiko bagi seseorang untuk minum berlebihan?
• Faktor persekitaran contohnya :
o Mudah didapati
o Tidak mahal
o Pengiklanan yang menarik di media
• Faktor Sosial :
o Pengaruh rakan sebaya
o Latarbelakang keluarga
o Pengaruh idola atau orang-orang yang terkenal
o Budaya
• Faktor Biologi :
o Keturunan
o Personaliti (contohnya: impulsif, mudah gelabah/terangsang)
Mitos dan realiti tentang kegunaan alkohol
Mitos Realiti
• Penggunaan alkohol
membuat seseorang individu
berasa seperti dewasa.
• Remaja yang tidak mengambil alkohol
adalah lebih matang dan dapat berfikir
secara rasional. Mereka juga kurang
bermasalah.
Mitos Realiti
• Alkohol memudahkan
mereka mendapat ramai
kawan dan diterima sebagai
sebahagian dari kumpulan
tersebut.
• Rakan yang tidak mengambil alkohol boleh
lebih dipercayai dan merupakan kawan yang
sentiasa mengambil berat. Perhubungan
antara kawan juga lebih sihat tanpa
penggunaan alkohol.
• Alkohol membuatkan
seseorang itu nampak "cool"
dan berjaya.
• Alkohol mengakibatkan mabuk,yang mana
ini jelas tidak "cool" dan juga merbahaya.
• Alkohol menghilangkan rasa
bosan dan memberi
keseronokan.
• Kegembiraan adalah lebih nikmat apabila
seseorang itu mengambil bahagian dalam
aktiviti sihat dan tidak mabuk. Kegembiraan
di bawah pengaruh alkohol tidak bertahan
lama dan mudah dilupakan.
• Adalah lebih baik mengambil
alkohol semasa remaja
supaya anda boleh berhenti
mengambilnya semasa
dewasa ketika anda
mempunyai lebih
tanggungjawab.
• Remaja juga mempunyai tanggungjawab
yang penting. Malahan, Alkohol boleh
mengakibatkan ketagihan hingga ke
peringkat dewasa. Memulakan aktiviti sihat
pada usia yang muda menjadikan seseorang
itu lebih baik dan sihat apabila dewasa
kelak.
• Alkohol dapat membantu
melepaskan anda dari
permasalahan dalam hidup.
• Menghilangkan masalah melalui
penggunaan alkohol merupakan
penyelesaian jangka pendek sahaja.
Menggunakan alkohol sebagai cara untuk
menangani masalah adalah tidak benar.
Penggunaannya akan menimbulkan lebih
banyak masalah dalam jangka pendek dan
panjang.
Apakah kesan-kesan pengambilan alkohol ?
Kesan pengambilan alkohol merangkumi berbagai aspek kehidupan seseorang. Implikasi
sosial termasuk :
• Kurang konsentrasi yang boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi pelajaran
• Ponteng sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik
• Kelakuan Delinkuen/salah laku
• Penglibatan remaja dalam jenayah untuk membiayai tabiat ketagihan alkohol
Kesan fizikal alkohol adalah:
• Keadaan mabuk (seseorang itu berjalan terhuyung hayang, pertuturan yang tidak betul
atau jelas, bingung dan bercelaru).
• Keracunan (gejala-gejala termasuk mengantuk yang teramat, tidak sedar diri, sukar
bernafas, paras gula yang rendah, sawan dan juga boleh menyebabkan kematian).
Gangguan kesihatan termasuk:
• Kerosakan otak yang kekal
• Penyakit hepar ( radang hepar, sirosis, kanser)
• Penyakit jantung (peningkatan tekanan darah, angin ahmar/strok)
• Ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik)
• Kanser usus
• Penurunan naluri seks dan mati pucuk
• Keguguran spontan
• Bayi yang tidak normal
• Anaemia (kandungan darah rendah)
Masalah Psikososial juga mungkin timbul. Antaranya :
• Perubahan personaliti
• Kemurungan
• Bunuh diri
• Kelakuan agresif
Adakah terdapat sebarang risiko tidak langsung terhadap kesihatan?
Ya, seseorang yang ketagihan alkohol lebih cenderung untuk :
• Terlibat dalam gejala seks yang tidak selamat (berisiko tinggi mendapat HIV/AIDS).
• Menunjukkan perilaku yang ganas.
• Menderita akibat kecederaan contohnya akibat kemalangan jalanraya.
Apakah itu ketagihan alkohol?
Penyalahgunaan alkohol menyebabkan seseorang terlalu bergantung kepadanya sepanjang
masa.
Bilakah seseorang itu disyaki mengalami ketagihan alkohol?
• Keinginan yang teruk atau gian untuk minum alkohol
• Gagal untuk berhenti dari terus minum
• Gejala fizikal ( berketar, berpeluh dan loya)
• Perlu meningkatkan jumlah alkohol yang diminum
• Meneruskan tabiat minum walaupun mengalami banyak masalah yang diakibatkan
oleh alkohol
Bagaimana anda boleh menghindari dari alkohol?
Anda sepatutnya :
• Mengamalkan gaya hidup sihat
• Berkemahiran untuk menangani stress dan masalah yang dihadapi
• Jauhi dari rakan yang mengambil alkohol
• Isikan masa sepenuhnya - Ambil bahagian dalam sukan, mulakan satu program
senaman atau hobi, mengambil bahagian dalam aktiviti sosial yang berfaedah seperti
PROSTAR dan Rakan Muda
• Jangan menerima pelawaan untuk mencuba alkohol walaupun untuk sekali sahaja
• Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol seperti bar, kelab
malam, disko dan sebagainya.
• Mempunyai kemahiran/kebolehan bagi menangani masalah termasuk semua yang
tertera di atas (Lihat Penyelesaian masalah)
Apakah yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai masalah alkohol?
• Dapatkan pertolongan secepat mungkin
• Berbincang dengan orang dewasa yang boleh dipercayai (ibubapa, doktor, kaunselor
sekolah dan sebagainya) atau seseorang yang boleh memberi sokongan
___________________________________________________________________

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...