Friday 15 July 2011

Datuk Stephen Kalong Ningkan


Datuk Stephen Kalong Ningkan merupakan Ketua Menteri Sarawak yang pertama (22 Julai 1963- September 1966) selepas pembentukan negara Malaysia pada 19 September 1963. Beliau menang besar dalam Pilihan raya 1962 dan membolehkannya dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pertama. 



Beliau lahir pada Ogos 1922 di Betong , Bahagian kedua - Simanggang,Sarawak.Beliau berketurunan Iban dan Cina dan boleh berbahasa Cina. Belajar hanya di Sekolah St Augustine dan bekerja sebagai Atenden Syarikat Shell di Kuala Belait,Brunei untuk beberapa tahun. Kepimpinannya menyerlah apabila menjadi pengerusi Kelab Dayak ketika bekerja di sana. Beliau menjadi pengasas / pengerusi Persatuan Dayak Sarawak dari 1958-1960.


Beliau kembali ke Betong dan menubuhkan Parti Kebangsaan Sarawak(SNAP) pada 10 April 1961 di Betong. Stephen Kalong menjadi setiausaha agung. Tokoh pengasas lain ialah T.S. Tinker .Bagaimanapun Stephen Kalong menolak cadangan Tunku Abdul Rahman untuk gabungan Sabah,Sarawak dan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Beliau mempunyai pengaruh yang kuat di Sarawak terutama peribumi Dayak.Pilihan raya 1962 diadakan dan SNAP menang banyak kerusi dan beliau dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak. Beliau juga memainkan peranan penting untuk membentuk Perikatan Sarawak dan menyandang jawatan Setiausaha Agung.




Gelora politik Bumi Kenyalang semakin kuat sejak 1963 lagi.Lee Kuan Yew dari Singapura cuba bergabung dengan Sabah dan Sarawak. Pada 9 Ogos 1965 Singapura dikeluarkan dari Malaysia untuk mengurangkan majoriti kaum Cina di Malaysia. Sabah dan Sarawak mungkin ingin turut keluar dari Malaysia .Mahkamah memutuskan perlucutan jawatan Ketua Menteri Sarawak bergantung kepada sama ada beliau mewakili perwakilan majoriti di Dewan Undangan Negeri Sarawak. Akhirnya mahkamah memutuskan Stephen Kalong Ningkan hilang majoriti dan populariti. Stephen Kalong Ningkan merujuk Gabenor Sarawak (sebelum diubah kepada Yang diPertua Negeri Sarawak) ke mahkamah kerana tidak setuju dengan Gabenor Mahkamah menyebelahi beliau dan beliau dilantik semula sebagai Ketua Menteri Sarawak. Dalam kes tersebut, bukti sokongan hanya diberikan dalam bentuk surat, tetapi ia tidak ditandatangan oleh kesemua yang namanya tertera dalam daftar diberikan. Malah salah seorang yang dikatakan menandatangani surat, hanyalah dalam bentuk cop. 
Tidak puas hati dengan keputusan mahkamah, beberapa pemimpin PESAKA,BARJASA dan PANAS pergi ke Kuala Lumpur dan mendesak pemimpin Persekutuan mengadakan persidangan Parlimen agar Perlembagaan Sarawak diubah. Pemimpin tersebut ialah Thomas Kana (Setiausaha Agung Pesaka), Temenggong Jugah (Presiden), Sidi Munan (Setiausaha Jugah) dan Alfred Mason (Setiausaha peribadi Jugah). SNAP menuduh mereka telah digunakan oleh Rahman dan Taib Mahmud bagi menjatuhkan Ningkan. Dengan itu bolehlah darurat diisytiharkan di Sarawak. Gabenor mengirim surat kepada Stephen Kalong Ningkan supaya mengundurkan diri dan jika masih tidak mengundurkan diri, maka beliau dianggap meletakkan jawatan secara automatik.
Pada 14 September 1966, Yang di-Pertuan Agong,Malaysia menyisytiharkan darurat di Sarawak demi keselamatan dan kesejahteraan negeri. Stephen Kalong Ningkan merujuk kesnya ke Privy Council di London iaitu mahkamah terakhir untuk dirujuk ketika itu.
Datuk Penghulu, Tawi Sli dari Simanggang , bekas paderi / pastor dan guru dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak dan menyelamatkan Sarawak dari krisis politik. Seterusnya Syed Kechik dihantar untuk melemahkan Stephen Kalong Ningkan - SNAP di Sarawak dan melemahkan Fuad Donald Stephen - UPKO di Sabah pada 1967.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...