Wednesday 3 March 2010

Televisyen


Televisyen julung kalinya digunakan secara praktikal di Jerman, apabila siaran televisyen seharian dimulakan di negara tersebut pada tahun 1929. Pada tahun 1936, Sukan Olimpik di Berlin disiarkan kepada stesen televisyen di Berlin dan Leipzig di mana orang awam boleh menyaksikan acara-acara temasya sukan secara langsung.
Pada zaman awal televisyen, peti televisyen elektromekanik komersil dijual dari tahun 1928 hingga 1934 di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Rusia.Televisyen komersil terawal yang dijual oleh Baird di UK pada tahun 1928 berbentuk penerima radio ditambah dengan peranti TV yang terdiri daripada tiub neon di belakang cakera berputar mekanik berlubang (cakera Nipkow) yang menghasilkan imej kemerahan bersaiz setem pos, yang boleh dibesarkan lagi dengan kanta pembesar. "Televisor" ciptaan Baird ini juga boleh digunakan tanpa radio. Televisor yang dijual pada tahun 1930–1933 merupakan televisyen keluaran besar-besaran yang pertama. Kira-kira 1,000 unit Televisor berjaya dijual.
Peti televisyen elektronik komersil pertama dengan tiub sinar katod dikilangkan oleh Telefunken di Jerman pada 1934, diikuti oleh pembuat elektronik yang lain di Perancis (1936), Britain (1936),dan Amerika Syarikat (1938).Peti TV keluaran kilang Amerika yang termurah sebelum Perang Dunia II, iaitu model imej sahaja tahun 1938 berskrin 3 inci (8 cm), berharga AS$125, bersamaan dengan AS$1,863 pada tahun 2007. Model termurah yang berskrin 12 inci (30 cm) berharga $445 ($6,633).
Pada tahun 1936, Kálmán Tihanyi menerangkan prinsip televisyen plasma, iaitu sistem panel rata yang pertama.



Kira-kira 19,000 unit televisyen elektronik telah dikilangkan di Britain, dan 1,600 unit lagi di Jerman, sebelum Perang Dunia II. Lebih kurang 7,000–8,000 peti TV elektronik dihasilkan di A.S.[23] sebelum War Production Board menghentikan pengilangan TV pada April 1942.
Penggunaan TV di Amerika Syarikat naik melangit selepas Perang Dunia Kedua setleah didorongi pengilangan TV dibenarkan semula pada Ogos 1945, kemajuan teknologi dari peperangan, peluasan rangkaian penyiaran TV ke rantau barat, kejatuhan harga TV hasil pengeluaran besar-besaran, bertambahnya masa lapang dan pendapatan boleh guna. Peratusan pemilik peti TV di A.S. meningkat dari 0.5% pada tahun 1946, kepada 55.7% pada tahun 1954, dan 90% pada tahun 1962.[24] Di Britain, bilangan pemilik TV meningkat dari 15,000 pada tahun 1947, 1.4 juta pada tahun 1952, kepada 15.1 juta pada tahun 1968.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...