Thursday 11 March 2010

Taipei 101



Taipei 101 ialah sebuah pencakar langit yang mempunyai 101 tingkat dan terletak di ibu kota Taiwan iaitu Taipei. Direka oleh C.Y. Lee dan dibina oleh KTRT Joint Venture, ia adalah bangunan tertinggi di dunia. Nama asalnya ialah Pusat Kewangan Dunia Taipei, berdasarkan nama rasmi Cinanya, iaitu Pusat Kewangan Antarabangsa Taipei.

Taipei 101 mempunyai 101 buah tingkat di atas tanah dan lima di bawah tanah.
Bangunan ini memegang rekod untuk:
Tanah sehingga puncak struktur: 509 m (1,671 kaki), sebuah rekod yang sebelum ini dipegang oleh Menara Berkembar Petronas pada 452 m (1,483 kaki)
Tanah sehingga ke bumbung: 449 m (1,474 kaki). Sebuah rekod yang sebelum ini dipegang oleh Menara Sears 442 m (1,451 kaki)
Tanah sehingga tingkat tertinggi yang diduduki: 439 m (1,441 kaki). sebuah rekod yang sebelum ini dipegang oleh Menara Sears
Lif terpantas: 16.83 m/s (37.5 km/j.)
Kiraan untuk tahun baru terbesar.
Ia tidak memegang rekod untuk:
Tanah sehingga puncak, yang masih dipegang oleh Menara Sears 527 m (1,729 kaki).
Bumbung Taipei 101 disiapkan pada 1 Julai 2003. Dalam suatu upacara yang diketuai oleh Datuk Bandar Ma Ying-jeou, puncak menara dipasang pada 17 Oktober 2003, membolehkannya mengatasi Menara Berkembar Petronas dengan kelebihan 57 meter (188 kaki).
Sumber-sumber berbeza, termasuk pemilik bangunan menyenaraikan ketinggian menara sebagai 508 m (1,667 kaki).

Dalam pelbagai aspek, bangunan yang baru dibina ini ialah pencakar langit paling maju setakat ini. Bangunan ini mempamerkan penggunaan gentian optik dan capaian internet menggunakan satelit yang mencapai kelajuan sehingga 1 gigabit per saat. Toshiba telah menyediakan lif berkembar paling laju di dunia dengan kepantasan puncak mencapai 16.83 meter per saat (63 km/j ). Lif ini mampu membawa pengunjung daripada tingkat bawah ke tingkat 89 dalam masa kurang daripada 39 saat. Pengunjung juga boleh menaiki tangga ke balai pemerhati di tingkat ke-91. Sebuah teknologi mengawal kesan bencana alam terletak di tingkat ke-88 mampu mengawal kestabilan bangunan terhadap ancaman gempa bumi, taufan, dan angin. Teknologi ini mampu mengurangkan sehingga 40% pergerakan menara.
Menara ini dibuka secara keseluruhan pada 31 Disember 2004, sempena malam sambutan tahun baru beserta dengan persembahan langsung dan bunga api. Presiden Taiwan, Chen Shui-bian, Datuk Bandar Taipei Ma Ying-jeou dan Speaker Parlimen Wang Jin-pyng merasmikannya.
Menara itu mengandungi pasar raya setinggi enam tingkat, kedai-kedai, restoran, dan tarikan-tarikan lain contohnya kelab malam.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...