Thursday, 11 March 2010

Tali Gantung




Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling
bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan
kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.

Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan
diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90
kilo selama 72 jam.
Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia
diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.
Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya.Tidak boleh
pergi terus dan pasang, ada cara-cara yang kena ikut.Ada empat jenis tali dan di pilih mengikut berat banduan
Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang
berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung
dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi
sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka
dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang
bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga
habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah
Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di
mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad
pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Pegawai cuma diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan
beragama Islam biasanya hukuman gantung ini akan dijalankan pada
hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya
lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan
pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman
gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.
Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar
dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan
harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung).

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya
yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu
di luar penjara untuk "perjumpaan terakhir."

Lazimnya suasana sedih dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan
terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk "hidangan terakhir" bernilai
RM7.50.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...