Sunday 7 March 2010

London




London ialah ibu negara wilayah England dan keseluruhan United Kingdom. Ia menghasilkan 17% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) UK dan merupakan salah satu pusat perniagaan, politik dan kebudayaan dunia. Penduduk London merangkumi masyarakat daripada berbilang kaum, kebudayaan dan agama, menjadikannya bandaraya yang paling kosmopolitan di Eropah.London ialah bandaraya terbesar di United Kingdom. Bilangan penduduk di kawasan Greater London yang meliputi kawasan sekitar Bandaraya London adalah seramai 7,421,228 orang pada 1 January 2005.
Mengikut banci penduduk 2001, 76% daripada tujuh juta penduduk London terdiri daripada gologan ethnik Orang Putih (iaitu "White" dan diklasifikasikan sebagai British White, Irish atau "Other White" semasa banci 2001), 10% daripada golongan orang India, Bangladesh atau Pakistan, 5% golongan kulit hitam Afrika, 5% golongan hitam kepulauan Caribbean, 3% peranakan dan 1% golongan Cina

Ekonomi
London merupakan pusat kegiatan ekonomi antarabangsa. Sebagai bandar terbesar di Eropah, London telah menghasilkan ASD $365 bilion pada tahun 2004.
Industri London yang terbesar ialah kewangan. Bandar London merupakan pusat kewangan London, pusat kegiatan perbankan, broker saham, peguaman, dan perakaunan. Satu pusat kewangan yang lebih kecil terletak di Canary Wharf dimana ia merupakan pusat operasi HSBC, Reuters, Barclay dan syarikat perguaman terbesar di dunia, Clifford Chance.
Kebanyakan media British bertumpu di London. BBC merupakan sebuah syarikat media yang utama, dan terdapat pelbagai syarikat penyiaran juga mempunyai pusat operasi di London. Pelbagai suratkhabar nasional disunting di London, yang pada masa kini bertumpu di Canary Wharf.Sistem keretapi bawah tanah London atau "London Underground" merupakan sistem keretapi bawah tanah yang tertua di dunia dengan perkhidmatan pertama bermula dari 10 Januari 1863.
Terdapat 5 lapangan terbang di London. Lapangan terbang antarabangsa Heathrow ialah lapangan terbang yang utama di London. Lapangan terbang yang lain termasuk Gatwick, Stansted, Luton dan London City.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...