Sunday 17 July 2011

Piala Dunia FiFa



Piala Dunia FIFA  adalah pertandingan yang paling penting dalam bola sepak antarabangsa. Ia dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Federation Internationale de Football Association (FIFA), organisasi yang mentadbir sukan berkenaan dan ia dipertandingkan oleh pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan lelaki  dari kalangan negara-negara ahli FIFA. Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sejak 1930 (kecuali dalam tahun 1942 dan 1946 disebabkan oleh Perang Dunia Ke 2). Walau bagaimanapun, ia lebih merupakan acara yang sentiasa berjalan kerana pertandingan kelayakan mengambil masa tiga tahun di antara pusingan-pusingan akhir.
Fasa pertandingan akhir (biasanya dipanggil sebagai pusingan akhir) melibatkan 32 pasukan kebangsaan yang bertanding selama empat minggu di negara tuan rumah yang dicalonkan, yang mana pertandingan ini merupakan pertandingan yang paling ramai penontonnya di dunia.
Sepanjang 19 kejohahnan yang telah diadakan, hanya lapan negara sahaja yang pernah memenangi pusingan akhir Piala Dunia iaitu Brazil yang menang sebanyak lima kali dan juga satu-satunya pasukan yang tidak terlepas satu kejohanan pun; diikuti Itali dengan empat kejuaraan; Jerman dengan tiga; Uruguay (juara pertama Piala Dunia) dan Argentina dengan dua setiap satu; dan England, Perancis dan Sepanyol satu. Juara semasa adalah Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan.
Kejohanan Piala Dunia seterusnya diadakan di Brazil pada tahun 2014.

Perlawanan bola sepak antarabangsa yang pertama telah dilangsungkan pada tahun 1872 di antara England dan Scotland, walaupun pada peringkat ini sukan ini telah jarang dimainkan di luar Great Britain. Disebabkan populariti bola sepak ini mula meningkat, ia menjadi satu sukan pertunjukan pada 1900,1904 dan 1906 sebelum bola sepak menjadi pertandingan rasmi pada Sukan Olimpik Musim Panas 1908. Diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak England, acara ini hanya menjadi acara bagi pemain amatur dan lebih dianggap sebagai satu pertunjukan daripada satu pertandingan. Pasukan bola sepak kebangsaan amatur England telah memenangi acara berkenaan pada kedua-dua tahun 1908 dan 1912.
Kesinambungan acara berkenaan dengan acara Olimpik hanya boleh dipertandingan di antara pasukan-pasukan amatur sahaja, Sir Thomas Lipton mengadakan pertandingan Piala Sir Thomas Lipton di Turin pada 1909. Pertandingan ini biasanya digambarkan sebagai Piala Dunia Pertama,dan memaparkan kelab-kelab ternama dari Itali,Jerman dan Switzerland. Pertandingan julung kali ini telah dimenangi oleh Auckland Barat, pasukan amatur daripada timur-laut England yang telah dijemput selepas persatuan bola sepaknya menolak untuk dikaitkan dengan pertandingan berkenaan. Auckland Barat kembali pada 1911 untuk mempertahankan kejuaraan berkenaan dan piala berkenaan telah diberikan kepada kelab berkenaan selama-lamanya mengikut peraturan pertandingan tersebut.
Dalam tahun 1914, FIFA bersetuju untuk mengiktiraf pertandingan Olimpik sebagai "pertandingan dunia untuk amatur", dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengurusan acara berkenaan. Ini memberikan laluan kepada pertandingan antara benua yang pertama, pada Sukan Olimpik Musim Panas 1924. Uruguary telah memenangi kejohanan berkenaan, sebelum memenangi pingat emasnya kembali dalam tahun 1928, dengan pasukan Amerika Selatan yang lain.Argentina  merangkul pingat perak. Pada 28 Mei 1928, FIFA telah membuat keputusan untuk mempertandingkan sendiri kejohanan itu. Dengan Uruguay sekarang mempunyai dua kali kejuaraan dan demi meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-100 dalam tahun 1930, FIFA menamakan Uruguay sebagai tuan rumah piala dunia yang pertama.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...