Halia atau nama botaninya Zingiber officinale Roscoe merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India,Asia Tenggara,Afrika barat dan Caribbean.
Halia juga dikenali sebagai
ginger (bahasa Inggeris), jahe, aliah, jae, lia (Indonesia), dan
kinkh atau
khing-daen (Thailand),
ley yak (Sarawak)
Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria.Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas,pokok getah dan kelapa sawit.
Halia digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.
Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan di
American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah.
Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.
Berikut merupakan pengeluar halia ter beser dunia:
- India
- China
- Indonesia
- Nepal
- Nigeria
0 comments:
Post a Comment