Friday 15 July 2011

Diod Pemancar cahaya


Diod pemancar cahaya atau LED merupakan sejenis diod semikonduktor yang menghasilkan cahaya tidak koheran berspektrum sempit apabila dikenakan voltan elektrik secara ke hadapan melalui simpang p-n. Prinsip tersebut dikenali sebagai elektroluminesasi.
LED dikeluarkan dalam pelbagai jenis warna cahaya, bergantung kepada jenis semikonduktor yang digunakan.




  • LED menghasilkan lebih cahaya bagi setiap watt berbanding lampu pijar.
  • LED boleh menghasilkan warna tertentu tanpa memerlukan sebarang penapis cahaya seperti yang digunakan pada lampu tradisional, sekaligus menjimatkan kos.
  • Pembungkusan pepejal LED boleh direka bagi menumpukan cahayanya.
  • Bila dimalapkan, warna LED boleh dikekalkan, tidak seperti lampu kalimantang yang akan berubah warnanya kepada kekuningan apabila voltan dikurangkan.
  • LED sesuai digunakan bagi aplikasi dengan kitar hidup-padam yang tinggi seperti lampu brek, tidak seperti lampu pijar yang mempunyai kitar hidup-padam yang lebih pendek.
  • Sebagai komponen keadaan pepejal, LED sukar dirosakkan akibat hentakan mekanikal.
  • LED mempunyai jangka hayat yang sangat panjang, sehingga antara 100,000-1,000,000 jam penggunaan.
  • LED akan gagal dengan menjadi malap mengikut masa, tidak seperti lampu pijar yang boleh terbakar secara tiba-tiba.
  • LED menyala dengan kadar yang pantas, iaitu beberapa mikrosaat bagi LED merah.
  • LED adalah kecil dan boleh dimuatkan pada papan litar bercetak.
  • LED tidak mengandungi raksa sebagaimana lampu kalimantang.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...