Wednesday 11 August 2010

George W. Bush


George Walker Bush ialah Presiden Amerika Syarikat ke-43 dari tahun 2001 sehingga tamat pada 20 Januari 2009.

Bush adalah anak kepada George H. W. Bush, Presiden Amerika Syarikat ke-41, serta abang kepada Jeb Bush, gabenor Florida terkini, dan cucu lelaki kepada Prescott Bush, bekas Senator Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan orang yang kedua menjadi presiden menurut jejak bapanya, selepas John Quincy Adams (presiden keenam) yang merupakan anak kepada John Adams, (presiden kedua).

Seorang ahli bagi Parti Republikan, Bush dipilih sebagai gabenor Texas ke-46 pada tahun 1994, dan kemudian dipilih semula pada tahun 1998. Beliau memenangi pencalonan Parti Republikan untuk pertandingan presiden pada tahun 2000 dan akhirnya menewaskan Al Gore, Naib Presiden Demokratik, selepas keputusan pilihan raya yang amat rapat itu dipertikaikan dan dibawa ke Mahkamah Agung: Bush lawan Gore. Pada tahun 2004, Bush dipilih sekali lagi untuk tempoh perjawatan presiden yang kedua selepas menewaskan John Kerry, Senator Demokrat yang lebih muda dari Massachusetts.

Selepas meninggalkan pejabat Presiden, Bush kembali ke Texas. Beliau kini penceramah awam dan menulis buku tentang kepresidenannya.


Pentadbiran Bush menarik balik sokongan A.S. untuk beberpa persetujuan antarabangsa, termasuk Perjanjian Misil Anti-Balistik (ABM) dengan Rusia. Pentadbiran Bush mengejar satu pertahanan misil negara yang dahulunya diharamkan oleh perjanjian ABM dan tidak pernah diratifikasi oleh Kongres.Bush juga meluahkan sokongan A.S. untuk pertahanan Taiwan berikutan penyenangan diri pada April 2001 dengan Republik Rakyat China mengenai insiden Pulau Hainan, apabila sebuah pesawat perisik EP-3E melanggar sebuah pesawat tentera udara China yang membawa kepada penahanan anggota A.S. Pada tahun 2003–2004, Bush membenarkan campur tangan tentera A.S. di Haiti dan Liberia untuk melindungi kepentingan A.S.


Dalam Ucapan Negeri Kesatuan beliau pada Januari 2003, Bush menggariskan strategi lima tahun untuk bantuanAIDS kecemasan global, iaitu President's Emergency Plan For AIDS Relief. Bush mengumumkan perbelanjaan sebanyak $15 bilion untuk usaha ini—$3 bilion setahun selama lima tahun—tetapi meminta wang yang kurang daripada itu dalam bajet tahunan.Bush menekankan pendekatan yang berwaspadaa terhadap persengketaan antara Israel dan orang Palestin. Bush mengecam ketua Pertubuhan Pembebasan Palestin Yasser Arafat yang didakwa mendukung keganasan. Namun, beliau menaja dialog antara perdana menteri kedua-dua pihak, Ariel Sharon dan Mahmoud Abbas. Bush menyokong pelan pengunduran berat sebelah Sharon, dan menyambut pilihanraya demokratik yang diadakan di Palestin berikutan kematian Arafat.

Bush mengecam serangan dan pembunuhan oleh angkatan tentera awam terhadap warga Darfur di Sudan sebagai satu genosid.Bush berkata bahawa kehadiran pengawal keamanan antarabangsa amat diperlukan di Darfur, tetapi tidak setuju jika situasi ini dikemukakan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Bush telah menyuarakan sokongan padu kepada kemerdekaan Kosovo. Pada 10 Jun 2007, beliau bertemu dengan Perdana Menteri AlbaniaSali Berisha dan menjadi Presiden A.S. pertama untuk melawat Albania.


0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...