Thursday 19 August 2010

Bunga Api



Bunga api ialah sejenis peralatan yang dibina menggunakan bahan letupan lemah yang bertujuan sebagai estetik dan hiburan. Pameran bunga api ialah pertunjukkan yang menggunakan peralatan tersebut untuk menimbulkan efek bunga api tersebut.

Bunga api digunakan dengan meluas untuk menghasilkan empat kesan utama: bunyi, api/cahaya yang berwarna, asap dan bahan terapung (seperti konfeti) melalui pembakaran bahan-bahan tertentu seperti serbuk letupan, sulfur dan pelbagai jenis bahan kimia yang lain.

Bergantung kepada rekaan pakar bunga api, ianya dihasilkan untuk mengeluarkan api dan asap berwarna yang mengandungi satu atau lebih warna, iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, ungu dan perak.

Bunga api telah dicipta oleh orang Cina purba pada kurun ke-12 untuk menghalau roh-roh jahat, dimana ianya direka melalui penambahbaikan ubat bedil Cina. Pertunjukan bunga api dianggap penting kepada kaum Cina apabila ianya digunakan sehingga sekarang iaitu melalui sambutan Tahun Baru Cina, dan sambutan perayaan Kuih Bulan. Negara Cina merupakan pembekal dan pengeksport utama bunga api di dunia.

Oleh kerana bunga api menghasilkan asap beracun yang berupaya mencemarkan alam sekitar dan mencederakan orang lain, perdebatan mengenainya dibincangkan seluruh dunia.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...