Friday 1 July 2011

Glaukoma


Glaukoma merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata . Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.


Hampir 2% daripada mereka yang berusia melebihi 40 tahun mengidap penyakit glaukoma. Glaukoma merupakan salah satu sebab mereka menjadi buta selain daripada katarak. Di Malaysia dianggarkan satu daripada setiap tujuh orang buta disebabkan oleh glaukoma.
Bagai mata glaukoma, tekanan cecair di dalam bebola mata meningkat kerana saluran cecair tersekat akibat kerosakan Saraf. Bagi mata sihat (normal) pula, pengaliran keluar-masuk cecair di dalam bola mata adalah seimbang.

Glaukoma boleh menyerang sesiapa saja. Bagi Anda yang berisiko tinggi disarankan untuk memeriksakan mata Anda secara teratur sejak usia 35 tahun. Faktor risiko:

  1. Riwayat glaukoma di dalam keluarga.
  2. Tekanan bola mata tinggi
  3. Miopia (rabun jauh)
  4. Diabetes (kencing manis)
  5. Hipertensi (tekanan darah tinggi)
  6. Migrain atau penyempitan pembuluh darah otak (sirkulasi buruk)
  7. Kecelakaan/operasi pada mata sebelumnya
  8. Menggunakan steroid (cortisone) dalam jangka waktu lama
  9. Lebih dari 45 tahun

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...