Friday 20 August 2010

Lawas,Sarawak



Lawas adalah bandar kecil di bawah bahagian Limbang,terletak di utara negeri Sarawak.Keluasan Lawas meliputi 3 811.9 meter persegi dan populasi penduduk ialah 35 300 (pada tahun 2000).Ia terletak 1200 kilometer dari ibu negeri,Kuching dan 200 kilometer dari ibu negeri Sabah,Kota Kinabalu.

Sejarah
Pada tahun 1970an hingga 1990an Lawas dan Limbang menjadi bandar yang penuh dengan maksiat dan dosa di Sarawak.Sarang pelacuran,kelab malam murahan,rumah urutan dan hotel murah adalah benda yang biasa di kedua-dua bandar itu.

Sehinggalah kerajaan negeri melakukan perubahan pembentukan semula bandar utama dekad yang lalu.Kawasan perumahan,kedai,pusat beli-belah,projek pertanian dan jalan raya telah di bina dengan perlaburan berjuta-juta ringgit.

Hotel murahan juga telah diubah suai menjadi hotel bertaraf perlancongan .

Ekonomi
Limbang merupakan bandar transit antara Sarawak,Sabah dan Brunei.Pembalakan dan pertanian juga merupakan sumber ekonomi utama.Tanah tinggi di Ba'kelalan telah dieksperimentasi untuk menanam epal.Perancangan untuk membina industri berskala kecil dan sederhana telah dicadangkan oleh kerajaan negeri.Pada masa ini,kebanyakkan tanah di Lawas,Sundar dan Trusan telah diusahankan menjadi ladang padi dan ladang kelapa sawit.

Pengangkutan
Lawas secara geological nya terputus dari rangkaian jalan raya Sarawak.Walaubagaimanapun jalan utama Sabah ,Brunei dan daerah Temburung menghubungkan bandar Lawas.Rangkaian jalan raya nya bebas daripada kesesakan lalu lintas.

Dua jalan melimpasi sempadan terdapat di Lawas:
  • Mengkalap:Terletak di barat bandar Lawas,Mengkalap ialah 'checkpoint' sebelum meghala ke Brunei.Ia beroperasi sementara di rumah kedai di Bazaar Trusan,8 kilometer dari sempadan sebenar Malaysia-Brunei.
  • Merapok:Di timur bandar Lawas pula terletaknya 'checkpoint' sebelum menghala ke Sabah.Di sebelah Sabah pula Sindunim.
Pengangkutan air
Salah satu pilihan pengangkutan adalah melalui Sungai Lawas.Sungai Yang bersih itu adalah alternatif utama meghubungkan Lawas dengan kawasan pendalaman.

Brunei,Labuan Dan Limbang juga dihubungkan dari Lawas menggunakan bot.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam.Bot ke Brunei,Labuan dan Limbang boleh didapati di Pangkalan bot Lawas setiap pagi.Setiap satu bot boleh memuati 150 orang.

Tempat menarik
Pasar Tamu Lawas merupakan daya tarikan pelancong utama di Lawas setiap sabtu.Produk tempatan seperti sayuran,Buahan dan makanan laut di jual di situ,kebanyakan yang datang ke pasar tamu adalah penduduk tempatan dan dari negara jiran,Brunei.

Selain Pasar Tamu Lawas,tempat yang menarik yang boleh dilawati di Lawas ialah seperti Pantai Kampung Punang,pantai Sungai Bangat,Pa'lelau di Merarap,Gunung Murut,Kampung Air Terjun(Jalan Trusan) dan Sri Tanjung Resort di Kuala Lawas.

Kuala Lawas,Kampung Punang dan Awat-awat terkenal dengan kampung air nya,sama seperti KAmpung Air di Brunei cuma sedikit kecil.Perahu menjadi pengangkutan utama untuk menyeberang sungai.

Penduduk di Lawas terdiri daripada Melayu Brunei,Lunbawang,Kedayan,Murut dan Cina


1 comments:

LanM said...

Nama Lawas di ambil sempena dengan sebuah cerita benar yang terjadi, iaitu dimana seorang orang dari malaya waktu itu berkunjung(melawat pertama kali) ke kampung punang.Kebetulan pada masa itu adalah musim ikan tahai. Jadi dia pun diajak oleh orang kampung punang utnutk makan ikan tahai yan telah dimasak dengan berbagai cara seperti sambal tahai, tahai masak rebus dengan terung masam(tahai dadah-dadih), tahai tunu(bakar),tahai cacap, . Sehinggakan terlalau banyak makan kerana terlalu sedap makanan tahai itu maka dia susah untuk beriyak(berak), puasa dia cuba untuk membuang air besar di setiap jamban di rumah orang kampung punang itu. Tapi belum juga mahu keluar tahi nya..

lalu seorang pakcik mencadangkan untuk pergi kesatu tempat dimana tiada orang tinggal(tempat yang belum di diami manusia). maka berlari lah dia dengan kecepatan yang nyata. Tiba di tempat itu, dengan senang sekali dia boleh 'melakukan pelaburan' tanpa kerenah birokrasi. Rupa-rupanya selama ini dia tidak tahu bahawa dengan memakan ikan tahai, boleh mnyebebkan sembelit. maka selepas dia telah menunaikan 'hajat' itu, dia pun senang hati..Demi sempena kisah itu maka tempat itu dinamakanlah nya sebagai LAWAS. dan setiap kali dia makan ikan tahai sehingga berkilo-kilo pun dia tidak akan susah hati lagi untuk terkena sembelit(susah tahi mau keluar), kerana ada tempat untuk membuang sembelit nya itu. Dan jadi sekarang ini bandar LAWAS mendapat nama.

Adapun tempat dia berak itu sekarang ini ialah di tapak pejabat daerah yang ada sekarang ini.

(mungkin kerana terlalau jauh dia berlari dari kampung punang sampai kebandar lawas(pejabat daerah-atas bukit), maka tahi dia yang keras itu pun secara perlahan-lahan menjadi hancur, itulah sebabnya dia senang untuk membuang tahi yang hancur itu) cirit birit lah jadinya..

Sekian cerita yang di sampaikan dari generasi-ke genarasi sebelum generasi sekarang ini. Dan cerita ini tidak akan habis selagi ada orang yang bercerita!!!!

PENGLIPUR LARAT

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...