Tuesday 11 October 2011

Buah Manggis : Memulihkan Sistem Imunisasi Badan


Manggis (Garcinia mangostana) adalah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Pokok manggis boleh tumbuh daripada 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai "ratu segala buah".
Biji benih manggis mempunyai tempoh hayat yang pendek dan perlu ditanam dengan segera. Ia hanya tahan antara 1-5 hari dan perlu ditanam serta merta selepas dikeluarkan dari buahnya. Percambahan memakan masa antara 2-3 minggu. Anak pokok akan menghasilkan akat tunjang yang panjang yang penting bagi daya hidup pokok, oleh itu pemindahan anak pokok perlu dilakukan dengan berhati-hati agar ia tidak merosakkan akar tunjang muda tersebut. Bentuk pembiakan lain sukar hidup.
Pokok manggis akan berbuah 6-12 tahun selepas ditanam dari biji benih. Buah manggis biasanya dimakan segar kerana rasanya yang lazat. Buah manggis segar boleh ditinkan, tetapi rasanya jauh kurang menarik berbanding buah yang segar.


Pokok manggis tumbuh setinggi 5 meter (15 kaki). Pokok manggis biasanya berbuah selepas tempoh hujan lebat. Pokok yang matang mampu berbuah antara 100 hingga 3,000 biji buah.
Pokok manggis juga amat sensifif kepada jenis tanah dan kealkalian tanah. Pokok manggis tidak tahan kawasan tanah masin, atau tanah berpasir. Manggis tumbuh di kawasan lembapan tinggi dengan kadar hujan 100" setahun. Pokok manggis boleh ditanam berhampiran sungai, kolam atau kawasan berair di mana sistem akarnya kekal lembab sepanjang tahun.


Buah manggis terkenal kerana sedap dan enak dimakan mentah. Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.
Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.
Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garis pusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji.
Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.
Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ia mudah untuk membuka dan mengambil isinya.





Buah manggis kaya dengan 40 dan lebih bahan Xanthones yang merupakan sejenis super-antioksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.
Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis (gamboge). Orang orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...