Tuesday, 18 October 2011

Laut Carribean : Kaya Dengan Terumbu Karang


Laut Carribean merupakan sebuah laut tropika yang terletak di hemisfera barat, sebahagian daripada lautan atlantik, terletak di tenggara teluk Mexico.
Laut Caribbean merupakan satu laut masin dengan keluasan 2754,000 km². Titik paling dalam ialah di Cayman Trough , di antara Cuba dengan Jamaica sedalam 7686 m di bawah paras laut. Di sepanjang pesisirnya terdapat teluk dan tanjung yang berpontensi dimajukan sebagai kawasan pelancongan. 

Nama Carribean berasal dari nama etnik Indian Amerika lewat abad 15. Setelah Chrishoper Columbus sampai di Laut Carribean pada 1492 dalam perjalanannya menuju ke benua kecil India.Penjelajah Sepanyol memanggilnya Antillas untuk tanah daratan. Lautnya digelar Laut Antilles. Selepas kejayaan Christopher Columbus, banyak Koloni dibina di Amerika Tengah,Utara dan Amerika Latin.Budaya Eropah dibawa masuk bersama dengan perdagangan hamba abdi untuk peladang-peladang Eropah ini. Persaingan sering berlaku dan timbul pula aktiviti lanun yang cukup menggerunkan.
Hari ini terdapat 22 buah negara pulau di Laut Carribean dan 12 negara di sempadannya. Cuaca tropika di sini menjadikan perdagangan arak cukup berharga. Aktiviti pelancongan, pelayaran antarabanga, scuba diving dan lain-lain cukup menarik di sini.

9 % terumbu karang dunia terdapat di Laut Carribean yang meliputi 50,000 km². Terumbu karang ini sangat sesuai dengan iklim tropika yang panas dan menjadi habitat pelbagai jenis hidupan marin. Suhu airnya mencecah 85 darjah Fahrenheit , sesuai untuk tumbuhan alga. Tumbuhan seni ini menjadi makanan terumbu karang dan membentuk pelbagai warna , pelbagai corak.




170 juta tan petroleum disedut keluar dari dasar Laut Carribean. Sejumlah setengah juta tan ikan ditangkap setiap tahun sebagai sumber protein. Aktiviti manusia ini menyebabkan pencemaran laut seperti tumpahan minyak,terumbu karang rosak teruk, permukaan laut berminyak dan hidupan seni tidak lagi dapat hidup.
12 juta pelancong datang ke sini setiap tahun. Dari 1991-1992 sahaja lebih 8 juta pelancong pelayaran berada di Laut Carribean.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...