Friday, 5 August 2011

Copenhagen : Ibu negeri Denmark


Copenhagen  ialah ibu negara dan bandaraya terbesar di Denmark, dengan jumlah penduduk urban sebanyak 1,167,569 (2009) dan jumlah penduduk metropolitan seramai 1,875,179 (2009). Copenhagen terletak di pulau-pulau Zealand dan Amager.
Semenjak namanya tercatat buat julung kalinya pada abad ke-21, Copenhagen menjadi ibu negara Denmark pada awal abad ke-15, seterusnya menjadi sebuah bandaraya terpenting serantau pada abad ke-17 di bawah pemerintahan Chridtisn IV. Dengan terbinanya Jambatan Oresund antara negara pada tahun 2000, Copenhagen menjadi bandaraya pusat di Kawasan Oresund yang semakin bersepadu. Dalam kawasan ini, Copenhagen dan bandaraya Malmo di  Sweden semakin berkembang menjadi sebuah kawasan metropolitan bersama. Dengan kira-kira 2.7 juta penduduk dalam jangkauan jejari 50 km, Copenhagen ialah salah sebuah kawasan terpadat penduduknya di Eropah Utara. Copenhagen ialah bandaraya Nordik yang paling kerap dikunjungi iaitu 1.3 juta pelancong antarabangsa pada tahun 2007.
Copenhagen ialah sebuah pusat kebudayaan,perniagaan,media dan sains utama sertantau, seperti yang ditunjukkan oleh beberapa hasil pantauan dan penarafan antarabangsa  Bidang sains kehidupan,teknologo maklumat dan perkapalan dan perkapalan merupakan sektor-sektor penting, tidak lupa juga peranan penting yang dimainkan oleh usaha penyelidikan dan pembangunan dalam ekonomi bandaraya ini. Kedudukan strategik dan prasarana unggul bandar inim terutamanya lapangan terbang terbesar di semenanjung Scandinavia yang terletak 14 minit menaiki tren dari pusat bandaraya, menjadikannya sebuah hab serantau dan tempat yang amat digemari untuk mendirikan ibu pejabat serantau dan juga persidangan antarabangsa.

Daripada asal-usulnya sebagai perkampungan perikanan, disusuli kemuncaknya sebagai ibu kota Danish Empire yang gilang-gemilang, sehingga kedudukan terkini sebagai salah sebuah pusat reka bentuk terunggul di dunia, kisah-kisah dan perwatakan sejarah Copenhagen boleh ditemui dalam istana-istana yang tersergah, rumah bandar yang berbumbung tembaga dan dataran berbatu buntar yang bersuasana meriah.




Sejak Zaman Viking, terdapat sebuah kampung perikanan yang bernama "Havn" (pelabuhan) di tapaknya. Hasil carian arkeologi terkini mendapati bahawa menjelang abad ke-11, Copenhagen sudah berkembang dari sebuah pekan yang dilengkapi estet besar, gereja, pasar, sekurang-kurangnya dua buah telaga dan banyak kawasan penempatan kecilan yang agak luas tertabur. Ramai sejarawan percaya bahawa pekan ini wujud selewat-lewatnya sejak akhir zaman Viking, dan mungkin sekali diasaskan oleh Sweyn I Forbeard. Dari pertengahan abad ke-12, bandar Copenhagen semakin ternilai semenjak ditadbir oleh Biskop Absalon yang memperkubunya pada tahun 1167, iaitu tahun yang dianggap sebagai tarikh penubuhan bandar Copenhagen. Kawasan pelabuhannya yang bagus sekali menggalakkan pembangunan Copenhagen sehingga menjadi pusat perdagangan yang penting.


Asal-usul bandaraya ini sebagai pelabuhan dan kawasan perdagangan dicerminkan dalam namanya. Nama asalnya ialah Køpmannæhafn, iaitu "pelabuhan saudagar", kemudian ejaannya berubah menjadi København. Nama Inggeris/Melayu bandaraya ini terbit dari nama Jerman Rendahnya iaitu, Kopenhagen. Unsur kimia hatnium juga dinamakan sempena Copenhagen, yang namanya dalam bahasa latin ialah Hafnia.

Copenhagen sering kali diiktiraf sebagai salah sebuah bandaraya yang menikmati mutu kehidupan yang tertinggi di dunia, di samping menjadi antara kota-kota yang paling mesra alam di dunia. Perairan dalam pelabuhan dalamannya begitu bersih sehingga sesuai untuk berenang, manakala 36% warga kota berbasikal ke tempat kerja.
Semenjak detik peralihan ke alaf ke-3, Copenhagen menyaksikan perkembangan urban dan kebudayaan yang pesat sekali, berpunca daripada pelaburan besar-besaran dalam kemudahan dan prasarana kebudayaan serta gelombang baru jurureka, tukang masak dan jurubina cemerlang, antara lainnya.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...