Sunday, 26 June 2011

Tuak


Tuak beras yang diperam di dalam botol kaca
adat orang iban di sarawak,minum tuak

Tuak ialah sejenis minuman beralkohol tradisi yang popular dikalangan masyarakat asli atau bumiputera. Tuak pada asasnya merupakan sejenis minuman yang terhasil dari pemeraman bahan tertentu, jenis bahan tersebut bergantung kepada suku kaum yang menghasilkannya.
Bagi masyarakat Kelantan pula, perkataan tuak merujuk kepada nira iaitu minuman yang dihasilkan dari mayang kelapa yang kandungan gulanya belum bertukar kepada alkohol.
Di Malaysia terdapat dua jenis tuak yang diketahui, iaitu tuak beras, tuak kelapa dan tuak nipah.

TUAK BERAS
Tuak (beras) ialah sejenis minuman masyarakat kaum Iban pada masa dahulu. Biasanya Tuak diperbuat daripada sejenis beras dipanggil "Beras Pulut". Beras tersebut akan di rendam bersama air di dalam tempayan atau dikenali sebagai "Tajau". Proses tersebut akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum dan beras tersebut juga akan menjadi sejenis makanan dipanggil "Nasi Tapai". Namun pada masa kini proses pembuatan tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuat menggunakan beras pulut, ia juga dicampur dengan gula pasir supaya rasanya manis. Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti perayaan gawai dayak, gawai hantu,gawai burung dan sebagainya. Selain daripada masyarakat Iban, terdapat juga masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu juga membuat tuak dengan cara mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal,muntah sekiranya diminum berlebihan.

TUAK NIPAH/KELAPA

Tuak (nipah/kelapa) merupakan sejenis minuman kaum asli. Biasanya tuak ini dihasilkan dari menyadap mayang kelapa/nipah. Mayang kelapa atau nipah akan sekiranya dibiarkan akan menjadi buah, akan dipotong dan air manis yang menitik dari tandan yang dipotong itu akan dikumpulkan dalam bekas, biasanya bekas buluh. Air ini dikenali sebagai air nira yang boleh diminum tanpa kandungan alkohol. Selepas itu air ini akan diperam sehingga kandungan gula di dalamnya bertukar menjadi alkohol melalui proses penapaian selama beberapa hari. Tuak kelapa/nipah ini akan diminum selepas beberapa hari.
Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Sekiranya tuak kelapa/nipah ini dibiarkan terlalu lama, ia akan menjadi masam dan lama-kelamaan bertukar menjadi cuka secara semulajadi tanpa perlu mencampurkan bahan asing.

Teruskan - Tuak

Friday, 24 June 2011

PutraJaya


Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala lumpur pada 1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ia adalah Wilayah persekutuan ke-3 di Malaysia.
Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.
Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi standing dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.
Untuk mencapai matlamat ini, Wetland Putrajaya telah dibina untuk menyingkirkan sedimen dan membersihkan aliran permukaan yang tercemar sebelum ia memasuki tasik. Sesuai dengan lokasinya di tengah-tengah bandaraya, Wetland Putrajaya menjadi titik penting dalam membawa rakyat untuk bersama-sama mencapai matlamat dari segi rekreasi, pendidikan dan penyelidikan.
Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor raya multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.
Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Elemen utama dalam pembentukan Putrajaya adalah untuk menyediakan sistem pengangkutan yang lebih berkesan dengan menggunakan rekaan dan teknologi terkini. Objektif kepada strategi-pengangkutan ini adalah :
  • untuk menyediakan penjagaan sekeliling yang baik iaitu bebas dari pencemaran bunyi dan udara
  • untuk memaksimakan penggunaan pengangkutan “bebas-pencemaran” untuk menyediakan hirarki jaringan jalan raya yang yang baik dan sistemetik sesuai dengan keadaan pada masa hadapan.
  • untuk memberi keutamaan kepada penggunaan pengangkutan awam dan sekaligus mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.
  • untuk mempromosikan konsep “Park-and-ride” dan menggalakkan pemandu untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan-kawasan tertentu dan menggunakan pengangkutan awam yang disediakan ke kawasan yang hendak dituju.



Sistem pengangkutan Putrajaya berkembang dengan adanya bas-bas pengantaraan dan LRT serta jaringan lebuh raya. Strategi pembentukan lebuh raya Putrajaya adalah :
  • Jaringan jalan raya antara Putrajaya dengan kawasan-kawasan utama seperti Kuala Lumpur yang lebih berkesan dan lebih praktikal.
  • Direka sesuai dengan perubahan dan kemungkinan yang bakal dihadapi pada masa hadapan (Cth : pembesaran jalan)
  • Sesuai dengan polisi untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di dalam presint-presint dan secara tidak langsung menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.


Teruskan - PutraJaya

Monday, 13 June 2011

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah RasuahMalaysia atau singkatannya BPRmula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Akhirnya pada 1 Januari 2009, ia diambilalih oleh SPRM. Ketua pesuruhjaya SPRM terkini adalah Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan.  Akan tetapi beliau telah mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatan beliau yang sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010 dipendekkan kepada 31 Disember 2009. Ekoran daripada itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan jawatan beliau diambil alih oleh timbalannya, Datuk Abu Kassim Mohamed.



Sejarah SPRM

Sebelum itu, BPR hanyalah sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan khususnya ceramah. Pada masa itu juga, siasatan kes-kes rasuah dijalankan oleh Cawangan “Special Crime” yang diletakkan di bawah Jabatan Polis. Manakala pendakwaan kes- kes rasuah dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Kementerian Undang-Undang.
Pada 1 Julai 1973Akta Biro Siasatan Negara 1973 diluluskan oleh Parlimen dan dengan itu BPR ditukar namanya kepada Biro Siasatan Negara atau BSN. Penukaran nama ini bertujuan untuk memberi tugas yang lebih kuasa kepada Biro yang bukan sahaja menyiasat kes-kes yang berkaitan dengan kepentingannegara. Inilah kali pertama jabatan ini ditubuhkan melalui sebuah akta.
Nama Jabatan ini kemudiannya ditukar kembali kepada nama asal iaitu BPR pada 13 Mei 1982 apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 diluluskan olehParlimen dan dikuatkuasakan. “Objektif penting penukaran ini ialah untuk mencerminkan dengan lebih tepat lagi peranan Badan itu sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah perbuatan rasuah”.
Bermula pada 1 Januari 2009 , SPRM beroperasi sebagai sebuah badan yang mengambil alih sepenuhnya tugas BPR. Badan itu bertindak mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008 yang digubal bagi menggantikan Akta Pencegah Rasuah 1997 dan diketuai oleh seorang Ketua Pesuruhjaya.
Teruskan - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM

Monday, 6 June 2011

Valium (Diazepam)

Valium (diazepam) termasuk dalam kumpulan ubat yang disebut benzodiazepin. Diazepam mempengaruhi zat kimia dalam otak yang mungkin menjadi tidak seimbang dan menyebabkan kecemasa.Valium digunakan untuk mengubati gangguan kecemasan, gejala pengeluaran alkohol, atau kejang otot. Valium kadang-kadang digunakan dengan ubat lain untuk mengubati kejang.Valium boleh juga digunakan untuk tujuan tidak dinyatakan di dalam panduan perubatan.




Syimtoms2 yang boleh mendapat rawatan dari Valium adalah seperti berikut:

(Perhatian:SILA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR SEBELUM MENGAMBIL SEBARANG UBAT-UBATAN)
-glaukoma sudut terbuka;
-asma, emfisema, bronkitis, gangguan paru-paru obstruktif kronik(PPOK), atau masalah pernafasan lain;
-ginjal atau penyakit hati;
-epilepsi atau gangguan kejang lain;
-penyakit mental, kemurungan, atau fikiran bunuh diri atauperilaku, atau
daripada pergantungan ubat atau alkohol


Teruskan - Valium (Diazepam)

Friday, 3 June 2011

Twitter


Twitter ialah perkhidmatan rangkaian sosial dan micro blogging yang membolehkan pengguna meghantar dan membaca mesej yang dipanggil tweet, iaitu pesanan teks selebih-lebihnya 140 huruf yang dipaparkan dalam halaman profil penulisnya dan diutuskan kepada para pelanggan penulis yang dikenali sebagai "pengikut" (follower). Penghantar boleh mengehadkan utusan kepada lingkungan kawan-kawannya, ataupun membenarkan capaian terbuka kepada semua pengguna web. Pengguna boleh menghantar dan menerima tweet melalui laman web Twitter,SMS atau mana-mana aplikasi luaran. Sungguhpun perkhidmatan Twitter sendiri adalah percuma, namun penggunaaannya melalui SMS boleh dikenakan yuran telekom.

Asalnya, had kepanjangan mesej 140 aksara ditetapkan agar serasi dengan penghantaran SMS, justeru menimbulkan kehadiran bermacam-macam bentuk teringkas dan slang yang digunakan dalam SMS, di dalam Internet. Had 140 aksara ini juga melahirkan penggunaan khidmat-khidmat peringkasan URL seperti tinyurl, bit.ly dan tr.im, dan juga khidmat pengehosan kandungan seperti Twitpic dan Notepub untuk menampung kandungan multimedia dan teks yang mencecah 140 aksara.

Semenjak dilahirkan pada tahun 2006 oleh Jack Dorsey, Twitter makin hari makin laris digunakan dan tinggi pentingnya bagi para pengguna Internet. Adakalanya, Twitter disifatkan sebagai "SMS untuk Internet"kerana penggunaan antara muka pengaturcaraan aplikasi Twitter bagi menghantar dan menerima pesanan teks ringkas oleh aplikasi lain sering menyelubungi penggunaan Twitter secara terus.


"Apa yang perlu kami lakukan adalah menyampaikan maklumat paling relevan yang terbaik dan paling terkini sebaik boleh. Kami berasa bahawa Twitter bukan rangkaian sosial, sebaliknya merupakan rangkaian maklumat yang menerangkan orang ramai hal-ehwal sedunia yang kita prihatini." Jack Dorsey

Teruskan - Twitter

Wednesday, 25 May 2011

Subsidi


Suatu subsidi merupakan satu bentuk bantuan kewangan yang dibayar kepada suatu perniagaan atau sektor ekonomi. Kebanyakan subsidi dibuat oleh kerajaan kepada pengeluar atau pengedar di dalam sebuah industri untuk mencegah kemerosotan industri itu (i.i., sebagai hasil dari satu kesinambungan ketidakuntungan operasi) atau suatu kenaikan harga produk atau hanya untuk menggalakkannya bagi menggaji lebih banyak pekerja (seperti di dalam kes satu subsidi gaji). Contoh-conoth lain adalah subsidi-subsidi untuk menggalakkan jualan eksport; subsidi-subsisi ke atas beberapa makanan untuk mengekalkan kos sara hidup, terutamanya di kawasan pembandaran ; dan subsidi-subsidi untuk menggalakkan pengembangan pengeluaran ladang dan menjayakan kepergantunngan diri di dalam penghasilan makanan.

Subsidi boleh dianggap sebagai satu bentuk kefahaman perlindungan atau halangan perdagangan dengan membuat barangan domestik dan perkhidmatan secara kompetitif buatan menentang import. Subsidi mungkin mengganggu pasaran, dan boleh mengenakan kos ekonomi yang besar.Bantuan kewangan di dalam bentuk subsidi mungkin datangnya dari kerajaan, tetapi istilah subsidimungkin merujuk kepada bantuan oleh orang lain, seperti individu atau institusi bukan kerajaan.

Teruskan - Subsidi

Tuesday, 3 May 2011

Cukai


Cukai ialah biaya yang dibayar oleh individu atau syarikat kepada pemerintah.

Cara pengumpulan cukai dan bagaimana penggunaan wang cukai tersebut adalah bahan pembicaraan panas dalam politik dan ekonomi.

Bidang sains politik/ekonomi yang membahaskan cukai ialah kewangan umum.

Antara jenis cukai:

  • Cukai pendapatan
  • Cukai jualan
  • Cukai tanah
  • Cukai pintu

Pengambilan harta (dari orang Islam) inilah yang disebut sebagai dharibah (sejenis pungutan) yang dibenarkan oleh syara’ untuk dipungut oleh Daulah islamiah(negara) dan menjadi tanggungjawab negara untuk membelanjakannya dengan hak.

Perlu ditegaskan bahawa dharibah bukanlah ‘cukai’ sebagaimana yang sering disalahtafsir atau yang dijadikan hujah oleh mereka yang jahil untuk membolehkan cukai. Dharibah adalah satu bentuk ‘pungutan khas’ yang dikutip dari kaum Muslimin yang kaya/layak sahaja, itu pun hanya pada keadaan Baitulmal mengalami defisit atau tidak cukup untuk melaksanakan apa jua kewajipan oleh negara. Tidak boleh memungut dharibah jika Baitulmal negara masih mencukupi. Ia hanya dipungut di dalam keadaan negara yang amat terdesak sehingga jika tidak dipungut, maka sebuah kewajipan akan terabai. Dharibah hanya boleh dipungut dalam keadaan-keadaan berikut sahaja,

  1. Untuk memenuhi keperluan asas orang-orang fakir dan miskin
  2. Untuk pembiayaan jentera pentadbiran negara agar negara tetap berfungsi sebagai pemelihara rakyat seperti gaji kakitangan dan prasarana pentadbiran
  3. Untuk penyediaan kemudahan awam seperti jalan raya,hospital,masjid,sekolah dan seumpamanya
  4. Untuk pemulihan situasi selepas rakyat ditimpa bencana alam seperti banjir,ribut taufan,gempa bumi,tanah runtuh dan seumpamanya
  5. Untuk keperluan jihad fi sabilillah.

Dharibah bukanlah seperti cukai yang ada sekarang (dalam sistem ekonomi kapitalisme) kerana

  1. Ia bersumberkan wahyu dan diambil dari hadis rasullullah dan juga Ijmak Sahabat
  2. Ia bukan sumber tetap pendapatan negara kerana ia dikutip hanya ketika Baitul Mal mengalami defisit serta berdepan dengan situasi yang kritikal sahaja dan ia tidak dikutip secara berpanjangan
  3. Ia hanya dikutip dari kaum Muslimin yang kaya/layak mengikut kadar yang ma’aruf sehingga mencukupi kadar yang diperlukan sahaja
  4. Ia diguna untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat/negara, bukan untuk kepentingan peribadi pemerintah ataupun kroni.
Teruskan - Cukai

Wednesday, 27 April 2011

Kemiskinan

kemiskinan ialah satu keadaan di mana seseorang itu kekurangan bahan-bahan keperluan hidup. Dalam masyarakat moden, kemisikinan biasanya disamai dengan masalah kekurangan wang.

Dengan lebih terperinci lagi, kemiskinan mempunyai dimensi seperti di bawah:

  • Penggambaran situasi kekurangan bahan keperluan asasi seperti kekurangan makanan,pakaian dan kediaman.
  • Penggambaran keadaan ekonomi di mana seseorang itu tidak mempunyai modal ataupun daya pengeluaran yang dapat menjana kekayaan.
Menurut kriteria bank dunia, kemisikinan itu ditakrifkan sebagai penghidupan dengan perbelanjaan kurang daripada US$2 sehari. Manakala bagi mereka yang hidup dengan perbelanjaan kurang daripada US$1 sehari, mereka dianggap menghadapi kemisikinan yang berketerlaluan.

Cara mengatasi kemiskinan

  • Usaha Individu
    Seseorang boleh berusaha untuk menyelesaikan masalah kemiskinan yang dihadapinya oleh dirinya. Pada lazimnya seseorang itu dapat mengatasi kemisikinan dirinya menerusi pendidikan.
  • Penyedekahan
    Penyedekahan merupakan satu cara yang baik untuk membantu golongan termiskin dalam masyarakat. Tetapi ia tidak dapat mengatasi masalah kemisikinan secara keseluruhan.
  • Pembangunan Ekonomi
    Pembangunan ekonomi bermaksud penambahan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran di sesebuah negara. Pembangunan ekonomi merupakan cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah kemiskinan. Tetapi ia harus disertai dengan pengagihan pendapatan yang adil dalam masyarakat.Bank dunia dan Tabung kewangan antarabangsa cadangkan pembangunan ekonomi sebagai faktor yang paling penting dalam mengatasi kemiskinan.
  • Pembangunan Masyarakat
  • Pasaran bebas dan lain-lain mencadangkan pasaran bebas untuk bagi pembangunan ekonomi dan mengatasi kemiskinan. Jika ada pembangunan ekonomi ada pula pengurangan kemiskinan. Jika KDNK tumbuh dengan 1% kemiskinan akan dikurangi dengan lebih kurang 1%.
Teruskan - Kemiskinan

Tuesday, 19 April 2011

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik


Jabatan ini berfungsi memerangi dadah berbahaya sebagai musuh utama negara dengan menguatkuasakan undang-undang untuk menyekat dan mengurangkan permintaan dan bekalan dadah berbahaya.

Fungsi

-Menguatkuasakan undang-undang penyalahgunaan dan pengedaran dadah
-Mengumpul, mengkaji, menaksir dan menyebar maklumat berkaitan dadah
-Menyiasat kegiatan pengedar-pengedar dan sindiket-sindiket pengedaran dadah
-Membanteras penyeludupan dadah termasuk bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah
-Melaksanakan program pencegahan berkaitan penyalahgunaan dadah
-Bertukar maklumat dengan agensi penguatkuasa dadah luar dan dalam negeri
-Menyimpan rekod dan statistik berkaitan dengan pengedaran dan perkara yang berkaitan dengan dadah
-Mengawasi kegiatan mereka yang pernah ditangkap kerana terlibat dengan kesalahan dan kegiatan sindiket pengedaran dadah
-Menyediakan latihan kepada pegawai/anggota Jabatan Narkotik samada di dalam dan luar negeri
-Menghadiri mesyuarat, seminar berkaitan dengan dadah samada di dalam dan di luar negeri

Cawangan-cawangan di bawah jabatan

Bahagian Siasatan Khas
Bahagian Penyelaras/Perhubungan Antarabangsa
Bahagian Pentadbiran
Bahagian Tahanan
Perlucutan Harta
Soalsiasat
Pakar/Bantuan Teknik
Rekod/Perangkaan
Pendaftaran
Bahagian Logistik
Petugas Lapangan Terbang

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik diketuai oleh Komisioner Polis (CP).
Teruskan - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Sunday, 17 April 2011

Politik


Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.

Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa , contohnya : keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain.


Dibawah adalah fahaman politik yang ada di dunia:

Anarkisme

Anarko-kapitalisme

Anarko-komunisme

Aristokrasi

Anti-komunisme

Autoritarianisme

Centrisme Radikal

Definasi Klasik republik

Demokrasi

Fasisme

Federalisme

Hijau

Islam

Kapitalisme

Komunisme

Konservatisme

Korporatokrasi

Leftisme

Liberalisme

Liberalisme Klasik

Libertarianisme

Libertarian sosialisme

Marxisme

Meritokrasi

Minarchisme

Monarki

Nasionalisme

Nasional Sosialisme

Oligarki

Post-komunisme

Rasisme

Republikanisme

Sekularisme

Sosialisme

Sosialisme Demokratik

Stalinisme

Totalitarianisme

Teokrasi


Teruskan - Politik
kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...