Friday 5 February 2010

Enjin



Enjin merupakan enjin mekanik yang menghasilkan suatu bentuk output dari input yang diberi.

Enjin yang bertujuan menghasilkan output tenaga kinetik dari sumber bahan api dipanggil "penggerak utama; lain pula dengan motor yang menghasilkan tenaga kinetik dari "bahan api" yang diproses terlebih dahulu (seperti elektrik, aliran bendalir hidraulik atau udara mampat).

Kereta (atau motokar) dilengkapkan motor pemula dan motor-motor pemacu pam (bahan api, stering kuasa, dan sebagainya), tetapi loji kuasa yang menggerakkan kereta itu barulah enjin. Perkataan 'motor' mula-mulanya dipakai untuk membezakan kenderaan berkuasa enjin pembakaran dalam dari kenderaan-kenderaan awal yang berkuasa enjin wap (seperti penggelek jalan)


Sir Samuel Morland, seorang pencipta berbangsa England, dikatakan menggunakan ubat bedil untuk memacu pam air pada abad ke-17. Bagi enjin pembakaran dalam salingan yang lebih biasa digunakan, teori asas bagi enjin dua lejang diwujudkan oleh Sadi Carnot dari Perancis pada tahun 1824, sementara Samuel Morey dari Amerika Syarikat meraih paten pada 1 April 1826. Sir Dugald Clark (1854 – 1932) mereka enjin dua lejang pertama pada tahun 1878 lalu mempatenkannya di England pada tahun 1881. Penghasilan automotif telah menggunakan pelbagai sistem penukaran tenaga, termasukenjin stim, solar, turbin, putaran, dan enjin pembakaran dalam beromboh. Enjin pembakaran dalaman petrol yang berenjin empat lejang menjadi kelaziman dalam kereta, manakala enjin diesel pula digunakan untuk lori dan bas. Karl Benz ialah salah seorang peneraju pembangunan enjin-enjin baru. Pada tahun 1878, beliau mula mengerjakan rekaan-rekaan baru. Beliau menumpukan segala usahanya untuk mencipta enjin dua lejang petrol yang lebih berkuasa, berasaskan rekaan enjin empat lejang Nikolaus Otto. Apapun, Benz membuktikan kehebatannya melalui ciptaan demi ciptaan yang didaftarkan ketika mereka piawaian penghasilan enjin dua lejangnya. Benz diberi paten pada tahun 1879.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...