Friday 5 August 2011

Measat : Satelit pertama Malaysia


MEASAT (Malaysia East Asia Satellite) merupakan nama barisan satelit komunikasi Malaysia yang dimiliki dan dikendali oleh MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd (dahulunya Binariang Satellite Systems Sdn. Bhd.). Sehingga awal 2007, jaringan satelit MEASAT terdiri daripada tiga satelit geopegun yang direka dan dibina oleh Boeing Satellite Deveploment centre . MEASAT-1 dan MEASAT-2 dilancarkan pada 1996 dan MEASAT-3 pada 2006.
Satelit MEASAT-1 dan 2 direka bagi membenarkan khidmat televisyen langsung kepada pengguna selama 12 tahun di Malaysia dan juga bagi khidmat perhubungan awam di kawasan dari Malaysia kepada Filipina dan dari Beijing hingga ke Indonesia. Dengan pelancaran MEASAT-3, perkhidmatan perhubungan ini dikembangkan lebih jauh sehingga menjangkau 70% dari penduduk dunia.

Pada Mei 1994, Binariang Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur dan Boeing Satellite Systems menandatangani kontrak bagi pembinaan sistem Malaysia East Asia Satellite (MEASAT). Sistem ini memerlukan kapal angkasa model Boeing 376, perkakasan bagi stesen kawalan satelit di Pulau LAngkawi, dan latihan bagi pengendali kapal angkasa Malaysia. Binariang menggunakan pilihan ini bagi satelit kedua pada Januari 1995.
MEASAT 1 memiliki lima transponder berkuasa tinggi dalam jalur-Ku bagi khidmat langsung-ke-pengguna, kuasa dibekalkan oleh penguat tiub gelombang-menjalar (travelling-wave) 112-watt. Khidmat wilayah dikendalikan oleh 12 transponder dalam jalur-C, menggunakan 12-watt penguat keadaan pepejal (solid state). MEASAT-2 mempunyai 11 transponder aktif dalam jalur-Ku. Lapan darinya menggunakan penguat gelombang-menjalar 95-watt, dan tiga yang lain pada 62 watt. Terdapat juga enam transponder aktif dalam jalur-C, kuasa dibekalkan oleh penguat keadaan pepejal 12-watt.
Sebagai kapal angkasa Boeing 376, satelit MEASAT dilengkapi dengan tiga kelebihan berbanding model piwaian. Ia merupakan yang pertama dalam siri Boeing 376 yang dilengkapi dengan panel solar galium arsenida, yang membawa 40 peratus lebih muatan berbanding sel solar silikon sebelumnya. Ia juga Boeing 376 yang pertama yang menggunakan antena ringan, penerimaan tinggi Sistem Satelit Boeing. Satelit ini juga menggunakan sistem dwiperejang yang lebih cekap bagi mengekalkan kedudukan dan pergerakan awalan atitud.




0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...