Sup miso adalah masakan Jepun berupa sup dengan bahan-bahan dashi ditambah isi sup berupa sedikit makanan laut atau sayur-sayuran, dan diberi miso sebagai perasa. Sup miso dinikmati dengan mengangkat mangkuk sup dan meminum kuahnya, sedangkan isi sup dimakan menggunakan penyepit.
Biasanya sup miso dihidangkan bersama nasi putih sebagai menu sarapan pagi di kebanyakan rumah-rumah di Jepun. Sup miso biasanya dimakan di rumah, walapun ada juga sup miso yang dihidangkan di warung atau restoran tradisional Jepun (ryotei). Sup miso segera adalah sup miso dalam bungkusan untuk disediakan dengan air panas.
Sup miso merupakan masakan sangat sederhana yang sangat mudah disiapkan dalam waktu yang singkat, bahan-bahannya pula hanya berupa pati dari katsuobushi, sedikit isi sup, dan miso. Walaupun sup miso adalah masakan paling sederhana, rasa yang dihasilkan boleh berbeza-beza bergantung kepada jenis miso yang digunakan untuk sup, cara mengambil pati dari katsuobushi dan kehebatan orang yang membuatnya.
Dalam kebudayaan Jepun, menjadikan nasi dari pelbagai jenis padi-padian sebagai makanan utama, sup miso mempunyai peranan penting sebagai santapan yang paling utama. Pada umumnya, makanan utama harian orang Jepun sejak zaman dulu disebut iaitu satu set berupa nasi dengan sup seperti sup miso dan satu jenis lauk.
Dalam budaya makan Jepun yang biasanya rendah protin, sup miso berfungsi sebagai penambah nafsu makan, sumber protein, dan sumber garam. Sup miso berbeza fungsinya dengan sup dalam budaya makan Eropah. Dalam budaya Jepun, sup miso bukan sebagai kuah untuk makan nasi, berbeza dengan makanan Eropah yang menempatkan roti adalah makanan utama sedangkan sup dibuat untuk dinikmati bersama roti yang sudah agak keras.

Isi untuk sup sangat pelbagai bergantung pada daerah dan selera.
- Makanan laut, seperti: rumput laut (wakame),kerang,ketam,udang dan ikan,
- Semua jenis sayur-sayuran, seperti lobak,daun bawang,kentang tauhu,tauge dan lain-lain.
0 comments:
Post a Comment