Tuesday, 9 August 2011

Sungai Ganges : Sungai Suci Penganut Hindu






Sungai Ganges ialah salah sebuah sungai utama di Asia selatan yang mengalir ke arah timur melalui Dataran Ganges di india Utara hingga ke Bangladesh. Panjang sungai ini 2,525 km mengalir dari barat banjaran Himalaya  di negeri Uttarakhand di India, lalu mengalir ke arah sungai Sudarban di Teluk Benggala. Sumber lain menyatakan panjang sungai ini ialah 2620 km.
Sungai Ganges ini merupakan sungai suci kepada penganut agama Hindu yang memujanya sebagai dewi Ganga, di samping juga kaya dengan kepentingan sejarah: banyak sekali bekas ibu kota wilayah atau diraja yang terletak sepanjang tebingnya. Pada awal Zaman Veda hingga Zaman Rigveda ,Sungai Indus adalah sungai suci yang utama, bukan Sungai Ganges. Tetapi sejak Veda ke-3, Sungai Ganges lebih diutamakan. Dataran Ganges menjadi lokasi pelbagai tamadun dari Empayar Maurya hingga ke Empayar Mughal .
Lembangan Ganges menyalirkan air sebanyak 1,000,000 km persegi untuk menampung salah sebuah kawasan yang paling besar ketumpatan kependudukan manusianya di dunia. Kedalaman purata sungai ini adalah 52 kaki (16 m), dan kedalaman maksimumnya 100 kaki (30 m).
Sungai ini ke-20 panjang di dunia. Sekitar 400 juta penduduk tinggal di kiri kanan tebing sungai dengan kepadatan penduduk 390 / km 2.
Dalam buku Discovery of India (1946):
Sungai Ganges ialah sungai yang terpenting sekali di India, yang menawan sanubari India dan menarik berjuta-juta orang ke tebingnya semenjak bermulanya sejarah. Kisah Sungai Ganges, dari puncanya hingga ke laut, dari zaman dahulu hingga kini, ialah kisah tamadun dan kebudayaan India, kisah kebangkitan dan kejatuhan empayar, kisah kota-kota agung dan megah, kisah pengembaraan manusia…


Sungai Ganges antara sungai ke-5 paling tercemar di dunia terutama di Varanasi. Hampir 2 juta penganut akan mandi setiap hari di sungai ini. Airnya dikatakan dari kaki lotus Wisnu dan mengalir ke rambut Siva. Sungai ini menjadi tempat buangan najis manusia malah tempat membuang mayat manusia. Akibatnya pelbagai penyakit merebak seperti jangkitan penyakit kolera dan lain-lain wabak penyakit.
Pelan Tindakan Ganges telah dilaksanakan untuk membersihkan sungai ini tetapi kurangan sokongan dari pihak berkuasa agama. Pada April 1985 Shree Rajiv Gandhi telah merasmikan program ini .
Pada 1951, berlaku perselisihan pembahagian air antara India dan Bangladesh (kemudian Pakistan Timur ), selepas India hendak membina Empangan Farakka . Tujuan pembinaan untuk mengembalikan lestari Pelabuhan Kolkata . Selama musim kemarau ,aliran Gangga air sungai hanya 1,600 m . Pada 1996 perjanjian 30-tahun itu ditandatangan

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...