Saturday, 10 October 2009

Sejarah lif (elevator)



Rujukan pertama mengenai lif terdapat dalam catatan arkitek Rom purba bernamaVitruvius yang mencatat bahawa Archimedes membina lif pertamanya, barangkali pada tahun 236 SM. Dalam sesetengah sumber bertulis dari zaman sejarah yang lebih lanjut, lif disifatkan sebagai gerabak pada tali hem yang dikuasakan dengan tangan atau kuasa haiwan. Adalah dianggap bahawa jenis lif ini dipasang di dalam biara Sinai di Mesir. Pada abad ke-17 prototaip lif didapati dalam bangunan istana England dan Perancis.

Pada tahun 1793, Ivan Kulibin mencipta lif dengan mekanisme pengangkatan skru untuk Winter Palace di Saint Petersburg. Pada tahun 1816 lif tersebut didirikan dalam bangunan utama desa Arkhangelskoye berhampiran Moscow.

Pada tahun 1823, ciptaan "ascending room" muncul buat julung kalinya di London. Henry Waterman dari New York mencipta lif (elevator) pada tahun 1850 bagi tujuan mengangkut tempayan berisi tepung.

Pada tahun 1853, Elisha Otis memperkenalkan lif keselamatan yang mengelakkan jatuhnya gerabak sekiranya kabel terputus. Reka bina lif keselamatan Otis agak serupa kepada sejenis lif yang masih digunakan kini. Sebuah alat pengawal imbang memasuki penggelek berabung agar menegangkan lif kepada pemandunya sekiranya lif menjunam terlalu laju.

Pada 23 Mac 1857, lif Otis yang pertama dipasang di 488 Broadway di Bandaraya New York; namun, syaf lif yang pertama sudah pun direka empat tahun sebelumnya. Pembinaan bangunan kampus Cooper Union milik Peter Cooper di New York bermula pada tahun 1853. Syaf lif itu diterapkan dalam rekaan Cooper Union kerana Cooper yakin bahawa lif penumpang yang selamat bakal dicipta. Syaf tersebut berbentuk bulat kerana Cooper berasa bahawa reka bentuk inilah yang paling cekap. Kemudian, Otis pun mereka lif khusus untuk sekolah tersebut. Kini Otis Elevator Company selaku anak syarikat United Technologies Corporation, merupakan pembuat sistem pengankutan menegak yang terbesar di dunia.

Lif elektrik pertama dibina oleh Werner von Siemens pada tahun 1880. Keselamatan dan kelajuan lif elektrik banyak dipertingkatkan oleh Frank Sprague.

Perkembangan lif diterajui oleh perlunya untuk mengangkut bahan mentah termasuk arang dan kayu balak dari hilir bukit. Teknologi yang dimajukan industri-industri ini serta pengenalan berasaskan rasuk keluli sama-sama melahirkan lif penumpang dan lif tambang masa kini.

Pada tahun 1874, J.W. Meaker mempatenkan satu kaedah yang membolehkan pintu lif untuk membuka dan menutup dengan selamat.

Pada 1929, Clarence Conrad Crispen, bersama Inclinator Company of America, mencipta lif kegunaan perumahan yang pertama. Crispen turut mencipta lif tangga condong yang pertama.

Teruskan - Sejarah lif (elevator)

Wednesday, 7 October 2009

Teknik Urutan Badan Yang Betul



Teknik urutan badan

TEKANAN sering kali dialami kebanyakan wanita sama ada pelajar, suri rumah atau wanita bekerjaya. Beban di tempat kerja yang tiada kesudahan menyebabkan mereka mudah sakit kepala, badan terasa lesu dan cepat marah.

Saban hari mereka berkerja hingga kadang kala melebihi 12 jam daripada waktu bekerja dan tentunya membuatkan tubuh badan letih serta lemah. Lebih merumitkan lagi sikap kita sendiri yang tidak mengambil berat faktor senaman.

Sebenarnya pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengurangkan tekanan. Ada yang melakukannya dengan beriadah bersama keluarga, bersenam, mengunjungi spa dan cara yang paling senang dan cepat ialah berurut.

Kuasa dan keajaiban sentuhan urutan memang tidak dinafikan mempunyai banyak manfaat serta memberi kesan yang begitu mendalam, bukan saja pada fizikal malah minda dan jiwa individu.Urutan jika dilakukan dengan teknik yang betul boleh menurunkan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah, meningkatkan aliran darah, merehatkan otot-otot dan sebagainya.

Perkara seumpama itu bukan sesuatu mustahil kerana urutan membabitkan manipulasi struktur tisu lembut badan secara manual bagi menghilangkan ketidakselesaan, pengecutan otot dan tekanan serta meredakan kesakitan.

Urutan turut merangsang pengeluaran hormon endorfin iaitu sejenis bahan kimia yang membangkitkan rasa gembira dan meningkatkan keyakinan diri.

Wanita mudah mengalami tekanan dan bahagian tubuh yang sering menerima kesan ialah leher, bahu dan kepala. Ketiga-tiga bahagian ini berkait rapat. Justeru, apabila ‘stress’ kepala akan turut sakit.

Leher dan bahu akan tegang. Jika kita memicit bahagian ini akan terasa seperti ada benjolan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar sekali gus menyebabkan timbulnya migrain dan insomnia.

Tekanan dan ketegangan badan banyak bergantung kepada pergerakan anggota itu sendiri. Jika sebelah kiri banyak bergerak, maka bahagian kiri yang banyak mengalami ketegangan.

Jika kita sentuh bahagian yang mengalami ketegangan itu, kita akan berasa keras. Jadi untuk melembutkannya urutan ringan perlu dilakukan. Sebaik-baiknya kita mengurut seminggu sekali bagi mengelakkan penyakit seperti insomnia dan keletihan.

Bagi memudahkan urutan dilakukan, minyak aromaterapi disaran digunakan kerana berupaya merehatkan minda. Jadi sambil meredakan ketegangan anggota badan, minda juga segar.


FAKTA: Faedah urutan

-Menyingkirkan lebihan toksin badan.
-Mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.
-Merehatkan otot-otot yang selama ini mungkin mengalami ketegangan.
-Melicinkan tekstur kulit yang menjadi organ tubuh manusia paling besar.
-Melancarkan sistem pencernaan.
-Membentuk badan.
-Menyeimbangkan minda, rohani dan jasmani.
-Mengurangkan kebimbangan dan tekanan mental


INFO: Tip pemakanan meredakan tekanan:


Kekacang - Kekacang seperti kacang merah, putih dan hijau mempunyai sumber protein yang tinggi apabila diambil bersama bijirin. Selain protein, kekacang juga kaya dengan thiamin (B1). Kekurangan thiamin dikatakan sering mempamerkan nilai-nilai moral yang rendah, kekeliruan fikiran dan sering meradang.

Beras coklat dan bawang putih - Kedua-dua bahan ini mempunyai vitamin B6 yang diperlukan otak untuk membina protein dan membentuk kolagen. Beras coklat pula mempunyai sumber vitamin B.

Bayam - Kaya dengan klorofil yang membuang toksin daripada tubuh dan mengurangkan radang. Sayuran hijau kaya dengan magnesium yang berupaya menentang ‘anxiety peptide’ yang juga rangkaian asid amino di otak boleh menyebabkan rasa kebimbangan dan kerisauan.

Dadih - Sumber kalsium merendahkan kadar ritma jantung dan tekanan darah tinggi dengan mengawal saraf periferal dan otot yang mudah terangsang.

Asparagus - Kaya dengan folate untuk membantu daya ingatan dan sesuai untuk otak yang sentiasa berfikir sibuk.

Produk kacang soya - Kebanyakan produk ini kaya dengan `tryptophan' iaitu sejenis bahan utama dalam pembentukan melatonin iaitu hormon yang dihasilkan oleh otak membantu mengurangkan tekanan, menenangkan saraf bagi tidur nyenyak.

Betik - Kaya dengan vitamin C, yang membantu tubuh mengimbangkan asid amino, menukarkan asid folik kepada bentuk lebih aktif dan berfungsi membaiki tisu-tisu badan.

Aprikot kering - Kaya dengan sumber potasium dan vitamin A. Tahap vitamin A yang rendah di dalam tubuh dikatakan boleh mendorong kepada kesunggulan. Bahan mineral dikenali sebagai `magnese' pada aprikot merangsang pertumbuhan hormon-hormon seks yang dikatakan dapat meningkatkan kesihatan mental.

Pisang - Mengandungi melatonin yang kaya dengan potasium berupaya meredakan tekanan.

Ubi kentang - Kaya dengan potasium dan vitamin B. Tahap kandungan vitamin B rendah ada hubung kait dengan kegelisahan, tekanan, kebimbangan, meradang dan perasaan yang berubah-ubah.

Bijirin oat - Kaya dengan vitamin B yang penting kepada saraf. Terbukti dapat membantu tekanan dan kemurungan.

Teruskan - Teknik Urutan Badan Yang Betul

Sunday, 27 September 2009

Kentut (Fart)


1. Dari mana asal kentut? Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut. 2. Apa komposisi kentut? Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diaserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen. 3. Kenapa kentut berbau busuk? Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut bukan dalam kebusukannya. 4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi? Kerana adanya vibrasi lubang `anus` saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan gas. 5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi? Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly) 6.. Berapa banyak kentut diproduksi sehari? Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut. 7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur? Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar `anus` lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar `anus`. Dalam perjalanan ke arah `anus` gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit. 8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain? Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding. 9. Apakah setiap orang kentut? Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut. 10. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan? Tidak ada kaitannya dengan gender.... Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, & apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yg dikeluarkan. 11. Saat apa biasanya orang kentut? Pagi hari di toilet. yang disebut "morning thunder". Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah. 12. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut? Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!). 13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut? Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum `soft drink`, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut). 14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang? Tidak.... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak. 15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan? Bukan..tetapi diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor..Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan. 16. Mungkinkah kentut terbakar? Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen. 17. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut? Jangan mengada-ada... konsistensinya lain. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran. 18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk? Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih kuat bunyinya, tapi relatif tidak berbau. 19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut? Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak. 20. Apakah warna kentut? Tidak berwarna. Kalau warnanya `orange` seperti gas nitrogen oksida, aka tahulah siapa yang kentut..hehehe 21. Apakah kentut itu asid atau neutral? Asid, kerana mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).
Teruskan - Kentut (Fart)

Bill Gates


William Henry Gates III (dilahirkan pada 28 Oktober 1955) atau lebih dikenali sebagai Bill Gates, ialah ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation (bersama Paul Allen). Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation , syarikat perisian terbesar di dunia.

Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer peribadi. Walaupun beliau dihormati ramai dengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya, namun begitu taktik perniagaan beliau kerap dikritik sebagai tidak bersaing secara adil yang menyebabkan beliau dihadapkan ke mahkamah beberapa kali.

Bill Gates kerap membuat sumbangan dengan mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Bill & Melinda Gates Foundation.

Majalah Forbes, menyenaraikan beliau sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut, dengan nilai sebanyak $60 bilion sehingga [1][2]. Pada tahun 2008, kesusutan nilai saham Microsoft sebanyak 15% meletakkan beliau ke tempat ke-3 selepas Warran Buffett dan Carlos Slim HeluBeliau adalah anak kedua kepada William Henry Gates Junior, seorang peguam ternama, dan Mary Maxwell, bekas guru sekolah. Mary Maxwell merupakan wanita pertama yang memegang jawatan Presiden di United Way, juga bekas ahli lembaga pengarah First Interstate Bank dan juga ahli kehormat University of Washington . Mary berhenti mengajar apabila mendirikan rumahtangga dan aktif dalam kerja-kerja amal. Beliau meninggal dunia pada 1994. Ibu bapa Bill Gates berkahwin pada tahun 1951, dan mempunyai 3 anak, yang pertama ialah Kristi, diikuti dengan Bill Gates dan anak bongsu, Libby, 9 tahun muda darinya.

Beberapa sumber luar mengatakan ibunya menyimpan unit amanah yang bernilai berjuta dollar Amerika untuk Bill Gates yang menyumbang kepada harta kekayaannya tetapi kenyataan itu dinafikan menerusi wawancara pada tahun 1994 dan juga menerusi buku yang ditulisnya “The Road Ahead”.

Bill Gates merupakan pelajar cemerlang ketika di sekolah rendah terutama dalam mata pelajaran matematik dan sains. Pada umur 13 tahun, Bill Gates dihantar belajar ke Lakeside School For Boys, sekolah yang paling unggul di Seattle, di mana yuran tahunannya ialah USD$5000 berbanding dengan Universiti Harvard sebanyak USD$1,760. Ketika di dalam gred 8,Kelab Ibu sekolah tersebut membuat kutipan jualan untuk membeli terminal teletaip ASR-33 dan juga beberapa blok masa menggunakan komputer dari Syarikat General Electric Computer(GE). Bill Gates menunjukkan minat yang amat tinggi dalam pengaturcaraan GE menggunakan BASIC dan diberi kelonggaran tidak menghadiri kelas matematik untuk minatnya itu. Selepas sumber kewangan dari Kelab Ibu mula habis disebabkan pembayaran untuk kegunaan masa komputer, Bill Gates dan beberapa pelajar lain terpaksa mencari cara lain. Mereka berjaya mendapat kebenaran dari sebuah syarikat, Computer Center Corporation (CCC) untuk menggunakan komputer mereka, DEC PDP minicomputers secara percuma dengan membantu syarikat tersebut mencari pepijat (bugs) untuk perisian mereka. Pada suatu musim panas, para pelajar termasuk Bill Gates tertangkap apabila syarikat CCC mendapati mereka menyalahgunakan keistimewaan mereka dengan mengeksploitasikan pepijat supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk lebih lama. Sebagai hukuman, para pelajar Lakeside School diharamkan memasuki makmal komputer pada cuti musim panas.

Setelah habis tempoh hukuman, Bill Gates dan 3 rakannya Paul Allen, Ric Weiland, and Kent Evans ditawarkan peluang sekali lagi oleh CCC untuk mencari pepijat di dalam aplikasi syarikat tersebut dan sebagai ganti, mereka boleh menggunakan komputer di situ secara percuma.

Bill Gates tidak menggunakan teletaip pada kali ini, tetapi mula mempelajari kod punca (source code) dari pelbagai program yang digunakan oleh sistem tersebut. Beliau bukan saja mempelajari BASIC, tetapi juga mempelajari FORTRAN, LISP dan bahasa mesin (machine language).

Mereka membantu CCC sehingga syarikat itu ditutup pada tahun 1970. Pada tahun berikutnya, Syarikat Information Sciences Inc menawarkan pelajar-pelajar dari Lakeside School untuk menulis program pembayaran (payroll) menggunakan COBOL. Mereka bukan sahaja ditawarkan dengan peluang menggunakan komputer secara percuma malah akan dibayar upah royalti.

Pada usia 14 tahun, Bill Gates memulakan syarikat usahasama bersama Paul Allen dan Paul Gilbert yang dipanggil Traf-O-Data. Mereka membina pengira trafik yang menyimpan data di dalam pita yang ditekan (Punched Tape). Ia merupakan sebuah komputer kecil yang digunakan untuk mengawal trafik lalu lintas dan mempunyai perisian untuk memproses data. Mereka mendapat keuntungan bersih USD$20,000 pada tahun yang pertama. Walau bagaimanapun apabila umur Bill Gates diketahui, syarikat mereka kehilangan hampir kebanyakan peluang perniagaan. Traf-O-Data adalah syarikat pertama Bill Gates.

Bill Gates, menurut sumber akhbar mendapat markah 1590 untuk SAT (Kelayakan unutk memasuki universiti di Amerika Syarikat) dan memohon untuk memasuki Universiti Harvard pada musim luruh 1973 dalam bidang undang-undang. Ketika belajar di universiti tersebut, beliau berkenalan dengan Steve Ballmer yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Microsoft Corporation.

Teruskan - Bill Gates

Saturday, 26 September 2009

Straight Edge:Gaya Hidup Baru Dalam Punk/Hardcore



Straight Edge adalah sebuah gaya hidup dan pergerakan anak muda yang menganut anti penggunaan dadah, penggunaan minuman beralkohol, merokok dan hubungan sex bebas, walaupun pergerakan garis keras yang lebih dalam mereka menghidari penggunaan obat secara menyeluruh dan mereka mempercayai bahwa sex adalah hanya untuk menghasilkan anak saja.
Straight edge hanyalah sebuah motivasi hidup untuk tidak merosak diri sendiri . Gaya hidup straight edge mencuba untuk memberikan alternatif baru di scene punk/ hardcore yang sangat sinonim dengan mabok dan rusuhan.
Banyak orang yang mendakwa bahwa dirinya seorang penganut faham ini karena mereka ingin mengontrol kehidupan mereka, memberontak dari budaya penggunaan dadah, menghindari diri berhubungan dengan dadah, mereka melihat kesan negatif dari penggunaan dadah dalam
keluarga atau teman-teman. Idea tentang straight edge ini sebenarnya sudah ada di dalam lagu-lagu band protopunk tahun 70-an yakni The Modern Lovers. Namun istilah Straight Edge dicetuskan oleh band Minor Threat, band ini disebut sebagai dasar gaya hidup ini, dalam sebuah lagu mereka yang berjudul Straight Edge.
Straight Edge
"Straight Edge" adalah sebuah lagu band Minor Threat dalam album EP pertama, mereka membantu menginspirasikan sebuah gerakan yang lurus (Bahasa Inggris straight edge)..
Pergerakan straight edge yang telah diikuti oleh beberapa orang sebenarnya tidak disangka oleh vokalis Minor Threat Ian MacKaye,.
Simbol X
Huruf X adalah simbol yang paling dikenal dari straight edge, yang umum dipakai sebagai tanda di kedua tangan, tetapi boleh juga ditampilkan pada bagian tubuh lainnya. Beberapa pengikutnya dari straight edge ada juga yang dimasukkan simbol ke dalam pakaian dan pin.
Sebuah variasi melibatkan trio X's (xXx) berasal dari hasil karya seni yang dibuat oleh drummer Minor Threat yaitu Jeff Nelson, yang mana Jeff menggantikan tiga bintang dalam bendera Washington DC kampung halaman mereka menjadi X. Istilah ini terkadang dipendekkan dengan mencantumkan X dengan kependekkan istilah dari straight edge menjadi "sXe". Dengan analogi,
hardcore punk terkadang dipendekkan menjadi "hXc". Simbol ini dapat digunakan sebagai sebuah jalan untuk membedakan sebuah band atau seseorang yang menganut faham straight edge, dengan menambahkan huruf didepan dan belakang nama band, contoh band 'xFilesx'.
Tiga era
William Tsitsos menuliskan bahwa straight edge telah melalui tiga era yang berbeza sejak terciptanya di tahun 1980.
Oldschool (1970 - awal 1980)
Perkembangan gaya hidup Straight Edge ini banyak di adaptasi oleh band-band lainnya seperti,
7 Seconds, SSD, Uniform Choice, Cause for Alarm. Band-band tersebut adalah band hardcore punk yang berada di era “oldschool”. Band-band era ini lebih banyak berteriak tentang movement Straight Edge dibanding bernyanyi. Lagu mereka terdengar seperti orang yang sedang orasi dengan diiringi musik agresif dan cepat ala hardcore punk. Gaya seperti itu akhirnya menjadi ciri khas band hardcore punk di era “oldschool”. Pada awalnya paham ini berkembang di Washington D.C dan New York, kemudian akhirnya berkembang juga di Kanada.
Youth Crew (pertengahan 1980)
Walaupun pada awalnya secara musikal, band-band straight edge terdengar tipikal, di pertengahan tahun 80-an musiknya mulai berkembang dan meluas sesuai dengan karakter band masing-masing. Era “Youth Crew” lahir ketika band-band hardcore punk Straight Edge mulai menjamur dan akhirnya mereka memiliki kecenderungan untuk bersatu membuat pergerakan dan media sendiri untuk menyebar luaskan gaya hidup straight edge. Namun bukan berarti mereka tidak manggung bersama band-band yang non-straight edge. Mereka justru lebih mengedepankan semangat persatuan. Suatu
komunitas yang lahir karena memiliki sudut pandang yang sama: yaitu menyukai musik punk/ hardcore sebagai bagian dari subkultur yang tercipta saat itu. Gorilla Biscuits, Judge, Bold, Youth of Today mereka adalah beberapa band yang menonjol di era “Youth Crew”.
Ternyata seiring perkembangannya, straight edge mulai berkaitan juga dengan perihal pergerakan animal rights, vegan dan vegetarian.
Youth Of Today adalah band yang paling lantang menyuarakan perihal hak-hak dan perlindungan terhadap hewan, vegan dan vegetarian pada tahun 1988. Dalam lirik lagu “No More”, Ray Cappo vokalis Youth Of Today menekankan tentang pandangannya terhadap hak-hak hewan dan vegan: “Meat-eating, flesh-eating, think about it/ so callous this crime we commit”. Sampai akhirnya banyak band yang menyuarakan hal yang sama dan hampir semua band di akhir tahun 1980-an di Amerika dan Kanada menyuarakan tentang hak-hak hewan dan kekejaman terhadap hewan. Namun bukan berarti juga bahwa seorang vegan/ vegetarian itu adalah seorang straight edge, begitu juga sebaliknya. Menjadi vegan/vegetarian bukanlah sebuah keharusan di dalam gaya hidup straight edge. Vegan dan vegetarian hanya bagian dari perkembangan straight edge itu sendiri dan semua kembali kepada pilihan masing-masing individu.
Militan (1990)
Di dalam perkembangannya, straight edge juga sempat ternoda dengan beberapa
militan dari band straight edge itu sendiri dan band yang paling menonjol dengan sikap garis keras dan militannya adalah Earth Crisis. Setelah gaya hidup straight edge sempat berkembang sampai ke perihal vegan/vegetarian pada akhir 80′an, di awal tahun 90′an bermunculan band-band yang mengadopsi paham serupa namun mereka cenderung lebih militan. Militan disini mereka cenderung picik, mudah menuduh, minim toleransi terhadap non-straight edge dan berpotensi melakukan kekerasan.Mereka berpikir bahwa dengan metode gerakan yang keras dan militan akan lebih efektif dalam mempromosikan hidup bersih, padahal hal tersebut justru menjadi bomerang bagi mereka sendiri dan tentunya straight edge saat itu sempat tercoreng dan mulai menjadi bahan cemoohan di kalangan underground.
Era 2000-an
Seiring dengan jalannya waktu dan lahirnya band-band baru, cap negatif terhadap straight edge berangsur-angsur pulih. Komunitas dan band-band straight edge tahun 2000′an mempersatukan kembali kultur punk rock kepada kondisi awalnya yang lebih toleran terhadap komunitas dan band-band lain yang non-straight edge. Kalangan straight edge mengalami pendewasaan, mereka sudah berbaur di satu panggung dengan band-band yang non-straight edge. Mengingat straight edge adalah gaya hidup yang lebih ke arah pilihan pribadi. Band-band straight edge yang menonjol di tahun 2000-an diantaranya adalah
Allegiance, Black My Heart, Casey Jones, Champion, Down to Nothing, Embrace Today, The First Step, Have Heart, Righteous Jams, Throwdown, xTyrantx, Fight Everyone dan Stick to Your Guns.
Teruskan - Straight Edge:Gaya Hidup Baru Dalam Punk/Hardcore

Wednesday, 23 September 2009

Kereta Hybrid



Model Kereta Hybrid yang ada di pasaran.Gambar atas dari kiri Toyota Prius,Chevrolet Volt,Ford Escape Hybrid Dan Honda Insight









Teknologi enjin hybrid adalah pilihan sumber bahan api bagi mengurangkan pergantungan kepada petrol dan diesel yang dimana kedua-dua bahan api fosil itu sentias terdedah kepada kenaikan harga.Teknologi enjin hybrid sudah dimajukan oleh beberapa gergasi automotif dunia dan terbukti berhasil melahirkan kenderaan mesra alam.

Teknologi hybrid ini didefinasikan sebagai penggunaan kenderaan yang menggunakan dua atau lebih penggunaan gabungan bahan api dan kuasa elektrik untuk menggerakkan motor kenderaan,sekaligus menjimatkan minyak.

Struktur enjin hybrid yang menggabungkan kuasa elektrik dan bahan api bertindak dalam pelbagai cara iaitu hybrid dalam bentuk selari yang mana bahan api disalurkan ke enjin tetapi pada masa yang sama dilengkapi bateri yang membekalkan kuasa kepada motor elektroniknya.

Gabungan kedua-dua enjin dan motor elektrik itu berfungsi menggerakkan transmisi enjin pada satu-satu masa,sekaligus bertindak balas menghasilkan kuasa kepada kenderaan itu.

Kaedah kedua ialah enjin bahan api tidak disalurkan terus untuk menggerakkan transmisi enjin tetapi penjana yang bertindak mengeluarkan caj elektrik kepada bateri atau kuasa motorelektrik menerusi sumber daripada bahan api itu.Antara komponen dalam kenderaan hybrid ialah enjin bahan api lebih kecil dan menggunakan teknologi termaju bagi mengurangkan kadar pelepasan asap,sekaligus tidak mencemarkan alam sekitar.

Komponen lain ialah motor elektrik sebagai penjana kuasa,bateri voltan bersaiz kompak yang menyimpan tenaga,manakala transmisi enjin sama dengan kereta konvesional lain.Berbanding enjin kereta konvesional.kadar pelepasan asap iaitu gas karbon monoksida kereta hybrid lebih 80% rendah.

Jika ditinjau situasi semasa,kereta kuasa elektrik terbukti tidak mencemarkan alam sekitar,sebaliknya hanya berupaya bergerak sejauh 80 hingga 161 km sebelum perlu dicaj semula selain kereta itu bergerak perlahan dan kesukaran mencari tempat untuk mencaj semula.

Kebanyakan kereta memerlukan enjin bersaiz besar untuk menghasilkan kuasa bagi menggerakkan kereta dengan pantas tetapi penggunaan enjin kecil boleh ditingkatkan dengan menggunakan komponen lebih ringan termasuk mengurangkan jumlah silinder dan memaksimumkan penggunaan enjin.

Keberkesanan enjin hybrid bukan saja meningkatkan penjimatan minyak dan berfungsi menyimpan tenaga yang disimpan didalam bateri yang enjin akan dihentikan sementara apabila kenderaan berhenti dilampu isyarat tetapi dibantu kuasa bateri biasa.Kereta hybrid tidak memerlukan kos penjagaan dan penyelenggaraan yang tinggi kerana motor dan bateri kereta itu tidak memerlukan penyelenggaraan dan boleh digunakan sepanjang hayat.

Kereta hybrid komersial pertama diatas jalan tempatan ialah Honda civic hybrid 1.3 liter yang telah diperkenalkan dimalaysia menerusia Honda Malaysia Sdn Bhd.Jika anda berminat mengetahui lebih banyak tentang jenis kenderaan hybrid dipasaran tempatan kunjungilah showroom kereta kesukaan anda

Teruskan - Kereta Hybrid

Tuesday, 22 September 2009

Arak,Alkohol dan Minuman Keras




Adakah anda tahu apa itu alkohol?
• Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras
selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk
mempertingkatkan "mood"
• Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu
diminum
• Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk
termasuk bir, wain, brandi dan wiski
Adakah anda tahu kesannya terhadap badan?
• Ia memperlahankan fungsi sistem saraf pusat
• Mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan, dan pendengaran seseorang
Apakah faktor-faktor risiko bagi seseorang untuk minum berlebihan?
• Faktor persekitaran contohnya :
o Mudah didapati
o Tidak mahal
o Pengiklanan yang menarik di media
• Faktor Sosial :
o Pengaruh rakan sebaya
o Latarbelakang keluarga
o Pengaruh idola atau orang-orang yang terkenal
o Budaya
• Faktor Biologi :
o Keturunan
o Personaliti (contohnya: impulsif, mudah gelabah/terangsang)
Mitos dan realiti tentang kegunaan alkohol
Mitos Realiti
• Penggunaan alkohol
membuat seseorang individu
berasa seperti dewasa.
• Remaja yang tidak mengambil alkohol
adalah lebih matang dan dapat berfikir
secara rasional. Mereka juga kurang
bermasalah.
Mitos Realiti
• Alkohol memudahkan
mereka mendapat ramai
kawan dan diterima sebagai
sebahagian dari kumpulan
tersebut.
• Rakan yang tidak mengambil alkohol boleh
lebih dipercayai dan merupakan kawan yang
sentiasa mengambil berat. Perhubungan
antara kawan juga lebih sihat tanpa
penggunaan alkohol.
• Alkohol membuatkan
seseorang itu nampak "cool"
dan berjaya.
• Alkohol mengakibatkan mabuk,yang mana
ini jelas tidak "cool" dan juga merbahaya.
• Alkohol menghilangkan rasa
bosan dan memberi
keseronokan.
• Kegembiraan adalah lebih nikmat apabila
seseorang itu mengambil bahagian dalam
aktiviti sihat dan tidak mabuk. Kegembiraan
di bawah pengaruh alkohol tidak bertahan
lama dan mudah dilupakan.
• Adalah lebih baik mengambil
alkohol semasa remaja
supaya anda boleh berhenti
mengambilnya semasa
dewasa ketika anda
mempunyai lebih
tanggungjawab.
• Remaja juga mempunyai tanggungjawab
yang penting. Malahan, Alkohol boleh
mengakibatkan ketagihan hingga ke
peringkat dewasa. Memulakan aktiviti sihat
pada usia yang muda menjadikan seseorang
itu lebih baik dan sihat apabila dewasa
kelak.
• Alkohol dapat membantu
melepaskan anda dari
permasalahan dalam hidup.
• Menghilangkan masalah melalui
penggunaan alkohol merupakan
penyelesaian jangka pendek sahaja.
Menggunakan alkohol sebagai cara untuk
menangani masalah adalah tidak benar.
Penggunaannya akan menimbulkan lebih
banyak masalah dalam jangka pendek dan
panjang.
Apakah kesan-kesan pengambilan alkohol ?
Kesan pengambilan alkohol merangkumi berbagai aspek kehidupan seseorang. Implikasi
sosial termasuk :
• Kurang konsentrasi yang boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi pelajaran
• Ponteng sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik
• Kelakuan Delinkuen/salah laku
• Penglibatan remaja dalam jenayah untuk membiayai tabiat ketagihan alkohol
Kesan fizikal alkohol adalah:
• Keadaan mabuk (seseorang itu berjalan terhuyung hayang, pertuturan yang tidak betul
atau jelas, bingung dan bercelaru).
• Keracunan (gejala-gejala termasuk mengantuk yang teramat, tidak sedar diri, sukar
bernafas, paras gula yang rendah, sawan dan juga boleh menyebabkan kematian).
Gangguan kesihatan termasuk:
• Kerosakan otak yang kekal
• Penyakit hepar ( radang hepar, sirosis, kanser)
• Penyakit jantung (peningkatan tekanan darah, angin ahmar/strok)
• Ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik)
• Kanser usus
• Penurunan naluri seks dan mati pucuk
• Keguguran spontan
• Bayi yang tidak normal
• Anaemia (kandungan darah rendah)
Masalah Psikososial juga mungkin timbul. Antaranya :
• Perubahan personaliti
• Kemurungan
• Bunuh diri
• Kelakuan agresif
Adakah terdapat sebarang risiko tidak langsung terhadap kesihatan?
Ya, seseorang yang ketagihan alkohol lebih cenderung untuk :
• Terlibat dalam gejala seks yang tidak selamat (berisiko tinggi mendapat HIV/AIDS).
• Menunjukkan perilaku yang ganas.
• Menderita akibat kecederaan contohnya akibat kemalangan jalanraya.
Apakah itu ketagihan alkohol?
Penyalahgunaan alkohol menyebabkan seseorang terlalu bergantung kepadanya sepanjang
masa.
Bilakah seseorang itu disyaki mengalami ketagihan alkohol?
• Keinginan yang teruk atau gian untuk minum alkohol
• Gagal untuk berhenti dari terus minum
• Gejala fizikal ( berketar, berpeluh dan loya)
• Perlu meningkatkan jumlah alkohol yang diminum
• Meneruskan tabiat minum walaupun mengalami banyak masalah yang diakibatkan
oleh alkohol
Bagaimana anda boleh menghindari dari alkohol?
Anda sepatutnya :
• Mengamalkan gaya hidup sihat
• Berkemahiran untuk menangani stress dan masalah yang dihadapi
• Jauhi dari rakan yang mengambil alkohol
• Isikan masa sepenuhnya - Ambil bahagian dalam sukan, mulakan satu program
senaman atau hobi, mengambil bahagian dalam aktiviti sosial yang berfaedah seperti
PROSTAR dan Rakan Muda
• Jangan menerima pelawaan untuk mencuba alkohol walaupun untuk sekali sahaja
• Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol seperti bar, kelab
malam, disko dan sebagainya.
• Mempunyai kemahiran/kebolehan bagi menangani masalah termasuk semua yang
tertera di atas (Lihat Penyelesaian masalah)
Apakah yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai masalah alkohol?
• Dapatkan pertolongan secepat mungkin
• Berbincang dengan orang dewasa yang boleh dipercayai (ibubapa, doktor, kaunselor
sekolah dan sebagainya) atau seseorang yang boleh memberi sokongan
___________________________________________________________________

Teruskan - Arak,Alkohol dan Minuman Keras

Saturday, 19 September 2009

Perginya Ramadan


Ramadan (b. Arab: رمضان, transliterasi: Ramaḍān, terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan Al-Mubarak") adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islamlain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:

Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...

surah Al-Baqarah, ayat 185

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.


Etimologi

Ramadan berasal dari kata akar رﻣض , yang bererti panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya padatanah. Dari kata akar tersebut kata Ramadan digunakan untuk menunjukkan adanya sensasi panas ketika seseorang itu kehausan. Pendapat lain mengatakan bahwa kata Ramadan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk serius mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan.


Teruskan - Perginya Ramadan

Friday, 18 September 2009

10 Cara untuk memantapkan Air Mani




10 CARA UNTUK MEMANTAPKAN AIR MANI




Dr Ismail Thamby, pakar sakit tuan menulis 10 Kaedah di dalam Harian Metro. {mosimage}AIR mani ialah campuran cecair dari pundi prostat, pundi seminal, pundi cowpers, pepundi dalam salur kencing, cecair dari pundi epididimis dan sperma dari kilang sperma.

Ada 10 cara yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani, antaranya:
  1. Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi, isi padu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari, air mani lebih mantap.
  2. Elak tabiat merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.
  3. Lakukan senaman secara berkala. Lakukan senaman kegel atau kemut, iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.
  4. Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak, tinggi khasiat protein, sayur-sayuran dan kekacang. Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani. Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  5. Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan. Kepanasan menjejaskan kilang sperma. Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek ‘boxer’ dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas.
  6. Kurangkan berat badan jika didapati meningkat. Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormon testosterone.
  7. Belajar mengurus tahap tekanan secara positif kerana tekanan memberi kesan negatif kepada kesihatan badan.
  8. Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isi padu air mani yang lebih.
  9. Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani dan bilangan sperma. Kekacang membantu meningkatkan sperma, zink dapat memantapkan kilang sperma.
    Herba Horny Goat Weed atau Epimedium, Tribulus dan extrak standard Tongkat Ali (NU-PREP75) semuanya dapat membantu meningkatkan tahap hormon testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma. Semua ini boleh didapati dari farmasi.
  10. Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecergasan pundi yang menghasilkan air mani.
    Jika lakukan seks sebelah malam, tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang, jadi pengeluaran air mani juga kurang.
Teruskan - 10 Cara untuk memantapkan Air Mani

Thursday, 17 September 2009

Kertas yang menghilangkan dakwat dalam masa 24 jam

Xerox telah memperkenalkan kertas yang dapat menghilangkan dakwat setelah di print dalam masa 24 jam.Ini dapat mengelakkan pembaziran kertas kerana ia boleh menhilangkan dakwat dengan sendiri dan kertas dapat di pakai semula.kertas ini mengandungi molekul khas yang ia nya apabila setelah di cetak dan terdedah kepada cahaya ultraviolet,molekul itu akan sendirinya hilang dalam masa 24 jam ia juga akan cepat menhilang jika di kenakan haba.setiap kertas dapat diguna pakai lebih kurang 100 kali.ianya adalah salah satu idea yang bijak kerana boleh mengurangkan penggunaan kertas.Kemungkinan kos sekeping kertas ini lebih tinggi dari kertas biasa yang diguna pakai sekarang.saya terfikir bagaimana kan sijil kelahiran di cetak menggunakan kertas ini??hahaha
Teruskan - Kertas yang menghilangkan dakwat dalam masa 24 jam
kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...