Thursday, 31 March 2011

Skizofrenia


Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang pada gambaran alam sebenar(realiti) . Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masalah teruk dengan perangai manusia atau emosi.Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia sukar bagi menyatakan sama ada ia adalah masalah psikatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.

Dianosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-tanda yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih seperti doktor dalam psysologi. Tidak terdapat ujian biologi objektif bagi skizofrenia, walaupun kajian mencadangkan genetik dan biokimia adalah faktor penyumbang utama. Penyelidikan kini dalam perkembangan masaalah ini sering kali menumpukan kepada peranan neuborologi, walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal pasti masih belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis, terdapat persoalan mengenai status skizofrenia sebagai satu penyakit rasmi
Teruskan - Skizofrenia

Monday, 21 March 2011

Barisan Nasional


Barisan Nasional (BN) merupakan parti campuran utama diMalaysia. Ia dibentuk pada 1973 sebagai pengganti kepada Parti Perikatan, ia meneruskan pemerintahannya tanpa diganggu (termasuk era Perikatan) sejak kemerdekaan. Ibu pejabat parti gabungan ini terletak di ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Parti gabungan ini sering mengungguli jumlah kerusi di setiap negeri di Malaysia, tetapi ia kemudian mengalami penurunan yang drastik semasa Pilihan raya umum 2008 yang mana ia hanya memiliki majoriti bagi kedah,kelantan,penang dan Selangor,kesemuanya jatuh ke tangan parti pembangkang.Wilayah persekutuaan Kuala Lumpur juga berada di bawah kuasa pembangkang, yang diketuai oleh Parti Tindakan Demokratik.
Teruskan - Barisan Nasional

Sunday, 20 March 2011

Empangan Bakun



Empangan Bakun adalah sebuah empangan hidroletrik yang sedang dalam pembinaan merentasi sungai Balui di Sarawak, Malaysia. Ia merupakan sebuah empangan batu dilitupi konkrit (concrete faced rockfill dam) yang tertinggi di dunia akan dibina. Ia juga akan menjadi empangan terbesar di Asia, selain beberapa empangan lebih besar di negeri Cina. Empangan ini dapat menjana 2,400 MW tenaga elektrik apabila siap pada tahun 2012.

Tenaga elektrik yang akan dijanakan akan disalurkan dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Rancangan asal ialah untuk menggunakan 30% dari janaan di Sarawak dan selebihnya disalurkan ke Semenanjung Malaysia. Penghantaran ini memerlukan 660 km talian DC voltan tinggi di Sarawak dan 670 km talian DC voltan tinggi di bawah laut merentasi Laut Cina selatan.

Di masa hadapan, janaan dari Empangan Bakun dirancang untuk disambungkan ke Grid Elektrik borneo, yang akan menghubungkan grid elektrik sedia ada di Sarawak, Sabah, Brunei dan kalimantan.

Bahagian kekal empangan adalah seperti berikut:

Empangan utama

-Tinggi 205 m dari tapak ke puncak. Panjang 750 m dari hujung ke hujung. Isipadu 16.71 juta meter padu.

-Aras puncak ialah 235 m atas aras laut. Aras air maksima ialah 232 m. Aras operasi adalah 228 m maksima dan 195 m minima.

-Takungan : luas permukaan ialah 695 km persegi, dan kawasan tadahan ialah 14,750 km persegi. Isipadu takungan ialah 43,800 juta meter padu.

+ Alur limpah-luahan 15,000 meter padu sesaat.

+Terowong jana-8 terowong dengan 8.5 m bukaan rentang, dan panjang 760 m setiap satu.
Teruskan - Empangan Bakun

Friday, 18 March 2011

Bandar Sendai ,Jepun


Sendai adalah antara bandar yang terbesar di jepun.Pada tahun 2005 populasi nya mencecah 1juta orang.Bandar ini di jumpai oleh Daimyo Date Masamune pada tahun 1600.Sendai juga di kenali sebagai "City Of Tree".Pada musim panas di Sendai rakyat jepun menyambut perayaan Tanabata pokok-pokok di hiasi dengan cahaya lampu.

Faktor geografi Sendai merupakan dataran rendah dimana pusat bandar berbukit-bukit,manakala Gunung Funagata adalah puncak yang tertinggi di Sendai dengan ketinggian 1.500 m di atas permukaan laut.
Teruskan - Bandar Sendai ,Jepun

Thursday, 17 March 2011

Nuklear di Malaysia


Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) atau dulunya Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) dipertanggungjawabkan menyelidik teknologi nuklear dan teknologi yang berkaitan dengannya di Malaysia. Di antara aktiviti utama Nuklear Malaysia ialah penyelidikan dan pembangunan teknologi, khidmat teknikal, pembangunan tenaga manusia dan hubungan luar.

Tenaga pakar Nuklear Malaysia bergabung dengan tenaga pakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia bagi membangunkan teknologi radioaktif,nuklear dan bioteknologi penyelidikan tisu kultur benih-benih pokok bermutu.

Semua kemudahan, makmal dan pejabat Nuklear Malaysia terletak di dua kompleks utama: Kompleks MINT Bangi dan Kompleks MINT Jalan Dengkil. Kompleks MINT Bangi, dalam Daerah Hulu langatadalah seluas kira-kira 66 ekar manakala Kompleks MINT Jalan Dengkil, dalam Daerah Sepangadalah seluas kira-kira 206 ekar.

Nuklear Malaysia mempunyai satu-satunya reaktor nuklear di Malaysia, Reaktor TRIGA untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), latihan dan pendidikan.

Teruskan - Nuklear di Malaysia

Wednesday, 16 March 2011

Pilihan Raya


Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatanPengubal undang-undang,eksekutif,perundangan dan kerajaan tempatan. Di universiti, ia pula penting untuk memilih wakil persatuan pelajar. Matapelajaran yang berkaitan dengan pilihan raya adalah dipanggil "psefologi".

Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihanraya kecil. Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu samadaperwakilan berkadar(proportional) atau sistem majoriti (majoritarian). Sistem pilihan raya mementingkan pemenang, atau beberapa pemenang menurut pengiraan undiyang diperolehi setiap calon yang bertanding. Pemenang menjadi tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di parlimen dan terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Oleh itu cara pemilihannya amat penting dan sepatutnya selari dengan kehendak demokrasi. Selain itu pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan bebas, misalnya di Malaysia ia dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Teruskan - Pilihan Raya

Tuesday, 21 September 2010

Tidur


Tidur ialah keadaan rehat badan semula jadi yang dialami seluruh dunia fauna. Tidur diamalkan oleh semua mamalia dan burung, dan turut diperhati pada kebanyakan reptilia, amfibia dan ikan. Bagi manusia, mamalia-mamalia lain, dan kebanyakan besar haiwan-haiwan lain yang pernah dikaji — seperti ikan, burung, semut, dan bari-bari — tidur secara kerap adalah penting untuk kemandirian. Namun, tujuan tidur tidak jelas sepenuhnya, sebaliknya masih menjadi titik tengah kaji selidik yang berterusan.


Jumlah tidur optima bagi manusia


Dewasa

Jumlah tidur optima bukanlah konsep yang bermakna melainkan pengaturan masa tidur itu dikaji berhubungan dengan ritma sirkadian seseorang. Satu episod tidur utama seseorang agak kurang cekap dan tidak mencukupi jika berlaku pada masa yang kurang sesuai. Pengaturan masa itu tepat apabila dua penanda sirkadian berikut berlaku sepelas pertengahan episod tidur itu sebelum bangun:

  • konsentrasi hormon melatonin maksima, dan
  • suhu badan terasn minima.

Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika Syarikat mengesyorkan bahawa tidur selama lapan hingga sembilan jam bagi manusia dewasa adalah optima serta tidur yang mencukupi adalah bagus untuk kecergasan mental, daya ingatan dan penyelesaian masalah, serta kesihatan keseluruhan, dan juga mengurangkan risiko kemalangan. Satu kajian yang dijalankan di Sekolah Perubatan Universiti Pennsylvania pada tahun 2003 menunjukkan bahawa prestasi kognitif menyusut jika tidur kurang daripada lapan jam.

Bagaimanapun, satu kajian psikiatri terhadap sejuta orang dewasa oleh Universiti California, San Diego mendapati bahawa orang yang paling panjang umurnya melaporkan diri mereka tidur selama enam hingga tujuh jam setiap malam. Satu lagi kajian mengenai tempoh tidur dan risiko kematian terhadap wanita turut memberi hasil sedemikian. Kajian-kajian lain pula mendakwa bahawa "tidur melebihu 7 hingga 8 jam sehari sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian", namun kajian ini membayangkan puncanya mungkin faktor-faktor lain seperti kemurungan dan darjat sosio-ekonomi yang turut berkorelasi dalam statistik. Pernah difikirkan bahawa korelasi antara tidur lebih singkat dan pengurangan risiko kematian hanya berlaku dengan sesiapa yang bangun selepas kurang tidur secara semula jadi berbanding sesiapa yang memakai jam loceng.


Tempoh tidur mengikut usia

Seorang kanak-kanak sedang tidur.

Kanak-kanak memerlukan lebih masa tidur sehari berbanding dewasa agar dapat mengembang dengan betul: selebihnya 18 jam bagi bayi baru lahir, dan masa tidur beransur berkurangan sambil kanak-kanak itu membesar. Seorang bayi baru lahir menghabiskan hampir separuh masa tidur dalam keadaan REM. Apabila mencecah usia kira-kira lima tahun, cuma dua jam lebih dihabiskan dalam keadaan REM.

UsiaJumlah tidur purata seharian
Baru lahirsebanyak 18 jam
1-12 bulan14–18 jam
1-3 tahun12-15 jam
3-5 tahun11-13 jam
5-12 tahun9-11 jam
Remaja9-10 jam
Dewasa, termasuk golongan tua7-8 (+) jam
Wanita hamil8 (+) jam


Teruskan - Tidur

Friday, 17 September 2010

Barbecue


Barbeku atau BBQ merujuk kepada kaedah dan juga alat untuk memasak daging dengan mempergunakan haba dan asap daripada kayu bakar atau arang bara ataupun daripada gril gas propana. Daging barbeku boleh disediakan dengan membubuh cairan perap, rempah sapu, atau sossimbahan. Istilah "barbeku" boleh digunakan dalam beberapa cara.

Barbeku biasanya dimasak di persekitaran luar rumah dengan menggunakan asap kayu atau arang, manakala barbeku restoran dimasak dengan menggunakan ketuhar bata atau logam yang direka bentuk khusus untuk tujuan ini.

Etimologi

Asal untuk kedua-dua kegiatan memasak barbeku serta perkataan "barbeku" pada dirinya adalah agak kabur. Kebanyakan ahli etimologi mempercayai bahawa perkataan itu berasal daripada perkataanbarbacoa yang dituturkan oleh kedua-dua kaum Timucua dari Florida dan kaum Taíno dari Caribbean. Makna harafiah perkataan itu "lubang api suci". Perkataan itu memerikan gril untuk memasak daging. Gril itu terdiri daripada sebuah pelantar kayu yang terletak di atas batang-batang kayu.

Barbacoa tradisional melibatkan penggalian lubang di dalam tanah lalu memasukkan daging (biasanya seekor kambing) ke dalamnya. Sebuah periuk diletakkan di bawah daging itu untuk mengumpulkan jus daging. Daging itu kemudian dilitupi dengan daun pokok sisal dan arang lalu dibakar. Proses itu mengambil masa selama beberapa jam.

Terdapat banyak bukti bahawa kedua-dua perkataan "barbeku" dan teknik memasaknya muncul dari Caribbean dan kemudian tersebar ke dalam bahasa dan budaya yang lain, mula-mulanya daripada dialek Caribbean ke dalam bahasa Sepanyol lalu ke dalam bahasa Perancis dan bahasa Inggeris. Kamus Oxford English Dictionary menyebut bahawa penggunaan perkataan itu dalam bahasa Inggeris yang dicatat buat pertama kali adalah pada 1697 oleh lanun British, William Dampier.

Etimologi rakyat telah memberikan banyak asal untuk perkataan barbeku yang tidak tepat. Salah satu tuntutan yang sering dikemukakan adalah bahawa perkataan itu berasal daripada bahasa Perancis. Mengikut huraian itu, pelawat Perancis ke Caribbean melihat seekor babi dimasak dan memerikan kaedah itu sebagai barbe à queue yang membawa pengertian "dari janggut sehingga ke ekor". Perkataan Perancis untuk "barbeku" (barbecue) juga barbecue, dengan penjelasan "dari janggut sehingga ke ekor" itu dianggap tidak sah oleh kebanyakan ahli bahasa. Meritnya yang tunggal adalah bahawa ia bergantung kepada bunyi perkataan yang sama, satu ciri sepunya dalam penjelasan etimologi rakyat.Satu dakwaan lagi menyatakan bahawa perkataan BBQ berasal daripada zaman ketika kedai tepi jalan raya dan sarang bir memiliki meja pool lapan bola yang diiklankan sebagai "Bar, Bir dan Kiu". Menurut cerita ini, frasa tersebut kemudian disingkatkan kepada BBCue lalu menjadi BBQ.

Teruskan - Barbecue

Thursday, 16 September 2010

Air Kencing



Air kencing adalah bahan kumbahan cecair badan yang disingkir oleh buah pinggang melalui proses penapisan dari darah yang dikenali sebagai kencing dan dikeluarkan melalui urethra. Metabolit pada peringkat sel/selular menghasilkan banyak sebatian kumbahan, kebanyakannya kaya dengan nitrogen, yang perlu disingkirkan dari aliran darah. Kumbahan ini akhirnya disingkir dari badan melalui proses mikturition, kaedah utama menyingkirkan bahan kimia larut air dari badan. Bahan kimia ini boleh dikesan dan dianalisa oleh urinalysis. Bagi wanita hamil, cecair amniotik berkait rapat dengan air kencing, boleh dianalisa oleh amniosentesis.


Warna kuning terang air kencing disebabkan oleh pewarna urokrom dan juga keluaran penguraian bilirubin dan urobilin. Ia boleh berbentuk antara jernih ambar gelap, antara faktor lain bergantung kepada jumlah air dalam badan.

Air kencing mengandungi pelbagai bahan yang berbeza dengan apa yang masuk kedalam tubuh. Selain air, air kencing mengandungi pelbagai garam bukan organik dan sebatian organik, termasuk protin, hormon, dan pelbagai jenis metabolit metabolites.


Pemeriksaan

Ramai pakar perubatan dalam sejarah telah melakukan pemeriksaan dan pengujian air kencing pesakit mereka. Hermogenes menulis mengenai warna dan ciri-ciri lain air kencing sebagai petanda penyakit tertentu. Abdul Malik Ibn Habib dari Andalusia d.862CE, menyebut banyak lapuran mengenai pemeriksaan air kencing di seluruh empayar Umayyad. Diabetes mellitus mendapat namanya kerana air kencing pengidapnya adalah banyak dan manis. Urinalysis merupakan pemeriksaan air kencing dan sebahagian dari ujian biasa. Kultur air kencing dilakukan apabila jangkitan salur kencingdisyaki. Pemeriksaan air kencing melalui mikroskop mungkin berguna bagi mengenal pasti substrat organik dan bukan organik dan membantu diagnosis.


Penggunaan

Kegunaan terapi kencing sebagai rawatan perubatan atau regim kesihatan harian adalah tidak biasa. Pengamal perubatan Aztek menggunakan air kencing bagi mencuci luka luaran bagi menghalang jangkitan, dan memberikannya sebagai minuman bagi melegakan masaalah perut dan usus. Ciri-ciri perubatannya juga telah digunakan di China sebagai sebahagian perubatan holistik, dan di India, terutamanya sebagai sebahagian perubatan tradisi India, Ayurveda, di bawah nama Amaroli.


Kegunaan silam

  • Rom purba menggunakan air kencing sebagai agen peluntur bagi mencuci pakaian dan gigi.

Warna dan jumlah air kencing boleh menjadi petunjuk berguna bagi tahap rehidrasi (rehydration). Air kencing banyak dan jernih biasanya tanda hidrasi yang mencukupi, air kencing gelap merupakan tanda dehidrasi dehydration. Pengecualian adalah apabila alkohol, kafin, dan diuretik lain diambil, dalam kes di mana air kencing mungkin jernih dan banyak dan orang tersebut masih dehidrasi kekurangan air.


Peluru

Pada masa silam, air kencing dikumpul dan digunakan bagi penghasilan ubat bedil. Air kencing kusam ditapis melalui tong berisi jerami dan dibiarkan masam selama setahun atau lebih. Selepas tempoh ini, air digunakan bagi mencuci garam kimia daripada jerami tersebut. Campuran ini kemudiannya ditapis melalui abu kayu (wood ashes) dan dibiarkan kering di bawah sinaran matahari. Kristalpotasium nitrat kemudian dikumpulkan dan ditambah kepada belerang dan arang untuk menghasilkan serbuk hitam.


Tekstil

Air kencing telah digunakan sebagai mordant bagi penyedian tekstil, terutama bulu, bagi pewarna. Air kencing digunakan bagi mewarna terutama indigo di mana air kencing bertindak balas dengan dye yang tidak larut bagi membentuk sebatian larut.


Semasa Perang Dunia I, pihak Jerman menguji banyak jenis gas beracun untuk kegunaan dalam perperangan. Selepas serangan gas klorin Jerman pertama, pihak Berikat dibekalkan pad kapas yang telah direndam air kencing. ianya dipercayai bahawa amonia pada pad meneuteralkan klorin. Pad ini diletakkan pada muka sehingga askar dapat melepaskan diri dari asap beracun, sungguhpun kini diketahui bahawa gas klorin bertindak balas dengan air kencing bagi menghasilkan wasap beracun (lihat klorin dan kegunaan gas beracun semasa Perang Dunia I).

Teruskan - Air Kencing

Monday, 6 September 2010

Colombia


Colombia secara rasmi Republik Colombia ialah sebuah negara yang terletak di barat laut Amerika Selatan. Colombia bersempadan di timur dengan Venezuela dan Brazil; di selatan dengan Ecuador dan Peru di utara dengan Lautan Atlantik, melalui Laut Caribbean; di barat laut dengan Panama; dan di barat dengan Lautan Pasifik. Colombia turut berkongsi sempadan maritim dengan negara Caribbean seperti Jamaica, Haiti dan Republik Dominican dan negara Amerika Tengah seperti Honduras, Nicaragua dan Costa Rica.

Kerajaan Colombia mengambil tempat dalam rangka kerja wakil presiden republik demokratik seperti ditubuhkan pada Perlembagaan 1991. Selaras dengan prinsip perasingan kuasa, kerajaan adalah terbahagi kepada tiga cabangan: eksekutif; perundangan; dan kehakiman. Ini dijalankan di sisi kawalan institusi yang khas (pejabat bagi Ketua Inspektor Colombia dan Comptroller General Colombia) dan pilihan raya institusi.
Ekonomi Colombia dijana oleh kekayaan sumber asli, populasi yang celik huruf dan mata wang yang bernilai tinggi. Setelah berdekad mengalami pertumbuhan kukuh (purata pertumbuhan KDNKmelebihi 4% dalam tempoh 1970-1998), Colombia mengalami satu kemelesetan pada 1999 (tahun pertama penuh pertumbuhan negatif selepas 1929), dan pemulihan daripada kemelesetan itu adalah panjang dan menyakitkan. Ekonomi Colombia mengalami daripada permintaan domestik dan asing yang lemah, belanjawan kerajaan serius, dan konflik-konflik dalaman senjata yang serius.

Teruskan - Colombia
kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...