Hong Kong telah mula diduduki sejak Zaman Neolitik. Ia mula menjadi
perhatian dunia pada kurun ke-19. British telah menduduki Hong Kong
semasa Perang Chandu 1841, tetapi dikembalikan kepada China pada tahun
berikutnya dibawah Persetiaan Nanking. Sebahagian dari kawasan
bersebelahan Semenanjung Kowloon (Selatan Boundary Street) and Pulau
Stonecutters diserahkan kepada Britain pada tahun 1860 dibawah
Konvensyen Peking selepas tamatnya Perang Chandu Kedua. Beberapa kawasan
bersebelahan tang kini dikenali sebagai New Territories (Termasuklah
New Kowloon dan Pulau Lantau) telah dipajakkan kepada Britain untuk
tempoh 99 tahun dari 1 Julai 1898 hingga 30 Jun 1997.
Merujuk kepada perjanjian yang telah ditandatangani di antara China dgn UK pada 19 Disember1984
,
Pengisytiharan Bersama Sino-British yang mana keseluruhan Wilayah Hong
Kong yang berada dibawah Pemerintahan Kolonial British akan menjadi
Wilayah Pentadbiran Khas Republik Rakyat China pada 1 Julai 1997.
Di dalam Pengisytiharan Bersama, pihak RRC berjanji bahawa dibawah
dasar "Satu Negara, Dua Sistem" yang dicadangkan oleh Mendiang Deng
Xiaoping, sistem ekonomi sosialis di China tidak akan diamalkan di Hong
Kong dan Sistem Kapitalis yang diamalkan sebelumnya di Hongkong dan cara
hidup tidak akan berubah untuk tempoh 50 tahun (2047). Hong Kong juga
berpeluang untuk memperolehi autonomi sepenuhnya di dalam semua perkara
kecuali hal ehwal luar dan pertahanan.

Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong adalah diketuai oleh Ketua
Eksekutif yang merupakan Ketua Kerajaan. Pada masa kini Encik Donald
Tsang Yam-Kuen bertindak sebagai Pemangku Ketua Eksekutif dan
berkuatkuasa pada 12 Mac 2005 selepas peletakan jawatan oleh Encik Tung
Chee Hwa. Tsang sebelum ini adalah Ketua Setiausaha sejak dari tahun
2001 dan berkhidmat sebagai Setiausaha Kewangan semasa Pemerintahan
British. Pilihan raya bagi memilih Ketua Setiausaha baru akan dibuat
oleh 800 orang ahli perwakilan akan dijalankan pada 10 Julai 2005. Tung
memulakan perkhidmatan sebagai Ketua Ekesekutif pada 1 Julai 1997 sebaik
sahaja British menyerahkan Hong Kong kepada RRC; yang waktu itu beliau
dipilih oleh 400 orang ahli perwakilan. Sepanjang tempoh 5 tahun sebagai
Ketua Eksekutif yang bermula pada Julai 2002, Tung merupakan satu -
satunya calon yang sah dipilih melalui penamaan, suatu keunikan kerana
lazimnya Suruhanjaya Pilihanraya yang akan memilih Ketua Eksekutif.
Pilihanraya Majlis Perundangan telah dibuat pada 24 Mei 1998, 10
September 2000, 12 September 2004 dan seterusnya akan dibuat pada tahun
2008. Merujuk kepada Perundangan Asas, "Perlembagaan Mini" Hong Kong,
tempoh ketiga bagi Majlis Perundangan yang mempunyai 30 orang ahli yang
dipilih secara langsung yang dibuat dari Perlembagaan Geografikal, dan
30 ahli yang dipilih adalah bebas, terbuka dan "Widely Contested",
berbeza berbanding kebanyakan ahli politiknya merupakan ahli politik
prodemokrasi yang menduduki fungsi pilihan raya perlembagaan dan
Jawatankuasa Pilihanraya (sewaktu tahun 1998 and 2000).
Perjalanan perkhidmatan awam cukup bermutu dan bebas, yang dipantau
secara tidak langsung dari Beijing. Kebanyakan operasi kerajaan dan
pentadbiran terletak di Pulau Hong Kong Pusat yang terletak berhampiran
dengan kawasan bersejarah Bandaraya Victoria yang merupakan petempatan
awal British.
Hong Kong adalah bandar raya yang keempat besar dengan di Republik
Rakyat China dalam kriteria populasi. Dengan dikira Sebagai sebuah
"wilayah jajahan", Hong Kong ialah wilayah/negara yang mempunyai
kepadatan penduduk di dunia, dengan kepadatan penduduk yang hampir
mencapai 6,700 orang per km².

Walaupun dengan kepadatan populasi, Hong Kong masih dilaporkan
sebagai salah sebuah bandar yang "paling hijau" di Asia. Majoriti orang
Hong Kong adalah tinggal di dalam rumah pangsapuri yang tinggi. Ruangan
terbuka yang lain di sana sentiasanya diliputi dengan taman, semak dan
belukar. Terdapat kira-kira 60% tanah di Hong Kong adalah diperuntukkan
bagi Hutan Rizab dan Taman Desa. Aktiviti pengembara dan berkhemah
adalah aktiviti kegemaran di taman-taman desa. Garisan pantai yang
panjang di Hong Kong juga menyediakan pantai-pantai pasir yang sesuai
untuk periadahan penduduknya. Adapun, Kesedaran alam sekitar telah
membangkit di Hong Kong, walaupun Hong Kong telah disenaraikan ke dalam
banda-bandar yang mempunyai pencemaran undara paling buruk di dunia.

Bahasa Kantonis diguanakan dalam urusan kerajaan Hong Kong. Ia
dipertuturkan oleh kebanyakan populasi China tempatan di sana, sama ada
di rumah mahupun pejabat. Walaupun begitu, bahasa Inggeris adalah
difahami di tempat ini. Ia dipertutur, biasanya semasa bekerja, oleh 1
per 3 populasi di sini. Semua agama utama boleh diamalkan secara bebas
di Hong Kong. Tetapi pemujaan nenek moyang adalah amalan yang paling
berpengaruh di temapat ini akibat daripada tradisi Konfusianisme
.