Showing posts with label drug abuse. Show all posts
Showing posts with label drug abuse. Show all posts

Friday, 2 September 2011

HIV/AIDS : Apabila Sistem Antibodi Tubuh Badan Gagal Berfungsi






Asal usul AIDS dan HIV telah menjadi tanda tanya saintis semenjak penyakit itu mula dikenalpasti pada awal tahun 1980-an. Kes pertama yang dikenalpasti sebagai AIDS berlaku di Amerika Syarikat pada awal tahun 1980-an apabila kebanyakan lelaki homoseksual di New York dan California menunjukkan jangkitan penyakit luar biasa dan kanser yang sukar dirawat. Pada masa itu, AIDS tidak mempunyai nama tetapi jelas pesakit-pesakit tersebut menunjukkan gejala sindrom yang sama.
Pada tahun 1982, pegawai-pegawai kesihatan mula mengunakan istilah "acquired immunodeficiency syndrome" atau AIDS untuk menerangkan kejadian-kejadian jangkitan luar biasa ini seperti barah Karposi Sarcoma dan pneumonia di kalangan masyarakat yang sebelum ini sihat. Laporan dan pengesanan pesakit AIDS secara rasmi bermula pada tahun itu di Amerika Syarikat. Pada tahun 1983, para saintis menemui virus yang mengakibatkan AIDS. Virus ini pada mulanya dinamakan HTLV-III/LAV (human T-cell lymphotropic virus-type III/lymphadenopathy associated virus) oleh sekumpulan saintis antarabangsa. Nama ini kemudian ditukar kepada HIV (human immunodeficiency virus).
Buat masa ini, para saintis masih tidak jelas tentang asal usul HIV dan bagaimana ia tersebar di kalangan masyarakat manusia. Kebanyakan saintis percaya bahawa HIV berasal dari primat lain. Kemudian pada tahun 1999, sekumpulan saintis telah melaporkan bahawa mereka telah menjumpai asal-usul HIV-1, jenis utama virus HIV yang terdapat di negara-negara maju. Satu subspesis cimpanzi, yang berasal dari Barat Afrika telah dikenalpasti sebagai punca virus ini. Mereka percaya bahawa HIV-1 didedahkan kepada manusia apabila pemburu-pemburu ini didedahkan kepada darah cimpanzi yang dijangkiti oleh virus ini.
Antara kajian yang dilakukan pada masa ini mendapati HIV yang paling awal diketahui dalam manusia ialah daripada contoh darah yang diambil daripada seorang lelaki pada tahun 1959 di Kinshasa,Congo. Cara bagaimana dia dijangkiti virus ini bagaimanapun tidak diketahui. Berdasarkan analisis genetik ke atas sempel darah menunjukkan kemungkinan jangkitan itu berasal daripada satu virus pada akhir tahun 1940-an atau awal tahun 1950-an.

Lazimnya, sistem pertahanan manusia bertindak sebagai perisai yang melindungi manusia daripada bakteria, virus dan sebagainya. Apabila virus HIV masuk dalam badan, ia mula merosakkan sel pertahanan tubuh badan yang dipanggil 'CD4 helper lymphocyte' (sel pembantu CD4). Sel CD4 bertindak sebagai utusan kepada sel-sel sistem pertahanan tubuh badan yang lain, memberitahu mereka untuk melawan organisma yang menceroboh. HIV melekat dan menjangkiti sel CD4 dan mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV. Dalam proses ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan lain.
Apabila perisai ini lemah atau hilang, individu terbabit dikatakan dijangkiti AIDS. Mereka yang mendapat AIDS, tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga mendapat jenis kanser yang tertentu contohnya Karposi sarcoma dan lymphoma. AIDS boleh melibatkan semua sistem dalam tubuh badan.

Seseorang yang positif HIV (HIV+) dikatakan mempunyai AIDS apabila daya pertahanan badannya telah dirosakkan oleh virus HIV dan ditimpa jangkitan HIV yang teruk. Tanda-tanda jangkitan HIV dan AIDS mungkin tidak jelas untuk beberapa tahun dan seseorang mungkin tidak mengetahui yang dia telah mendapat penyakit ini. Walaubagaimanapun individu terbabit masih boleh meyebarkan virus HIV kepada orang lain pada peringkat ini. Jangkamasa tanda-tanda ini timbul bergantung kepada individu. Jika individu yang positif HIV tidak mendapatkan rawatan, ia akan mengambil purata 8-10 tahun daripada HIV kepada AIDS.
CDC Amerika Syarikat mendefinasikan AIDS di kalangan orang dewasa and remaja yang berumur 13 tahun ke atas dengan kewujudan satu atau lebih dari 26 penyakit yang menandakan pemendaman sistem daya pertahanan immunosuppression teruk dikaitkan dengan jangkitan HIV, seperti pneumocystis carinii pneumonia (PCP), satu keadaan yang amat jarang di kalangan mereka yang sihat tanpa jangkitan HIV. Kebanyakan keadaan ditakrifkan sebagai AIDS juga merupakan "jangkitan mengambil peluang" yang jarang mendatangkan bahaya pada orang yang sihat. Diagnosis AIDS juga diberikan kepada individual dijangkiti HIV apabila kiraan sel-T CD4+ jatuh di bawah 200 sel/millimeter persegi (mm3)darah. Orang dewasa sihat biasanya mempunyai bilangan sel-T CD4+ sekitar 600-1,500/mm3 darah. Bagi kanak-kanak dijangkiti HIV di bawah umur 13 tahun, takrifan CDC bagi AIDS adalah sama dengan remaja dan dewasa, kecuali dengan tambahan jangkitan yang biasa dilihat bagi pesakit kanak-kanak dengan HIV.
Secara ringkas, apabila sistem pertahanan tubuh dilumpuhkan oleh penyakit AIDS/HIV, tanda-tandanya termasuk:
  • Terlalu lemah dan lesu
  • Penurunan berat badan yang mendadak
  • Demam panas yang kerap
  • Peluh malam
  • Kelenjar limfa membengkak
  • Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut
  • Cirit-birit yang kronik
  • Batuk kronik
  • Hilang ingatan
  • Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat


HIV/AIDS dapat disebarkan melalui cecair badan:
  • Perhubungan seks tanpa kondom
  • Penerimaan darah yang tercemar
  • Perkongsian jarum suntikan dadah
  • Dari ibu ke anak semasa mengandung atau pelahiran atau menyusu
HIV/AIDS tidak boleh disebarkan sekadar melalui:
  • Perciuman atau berpeluk
  • Pergaulan harian di tempat awam seperti di sekolah atau tempat kerja
  • Makan di restoran atau membeli-belah di pasaraya
  • Berenang di kolam renang awam

Dalam beberapa kajian yang dijalankan, terutamanya di Afrika, terdapat penemuan bahawa berkhatan mengurangkan kadar penyebaran AIDs dan barah pangkal rahim. Bagaimanapun berkhatan tidak menghapuskan risiko tersebut 100%. Hasil kajian tersebut turut diiktiraf oleh program Pertubuhan kesihatan sedunia dan UNAIDS hasil 3 kajian klinikal yang membuktikan lelaki yang berkhatan mempunyai 50% hingga 60% kurang risiko berbanding lelaki tidak berkhatan bagi dijangkiti HIV semasa hubungan seks berkelamin (tidak termasuk hubungan gay). Sebaliknya sesetengah pejuang hak wanita pula mendakwa ia mampu memburukkan kadar penularan dikalangan wanita. Sebahagian yang lain pula merasakan berkhatan tidak memberi kesan kepada penyebaran AIDs, bagaimanapun tidak tanpa bukti kajian klinikal bagi menyokong dakwaan mereka.
Teruskan - HIV/AIDS : Apabila Sistem Antibodi Tubuh Badan Gagal Berfungsi

Tuesday, 19 April 2011

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik


Jabatan ini berfungsi memerangi dadah berbahaya sebagai musuh utama negara dengan menguatkuasakan undang-undang untuk menyekat dan mengurangkan permintaan dan bekalan dadah berbahaya.

Fungsi

-Menguatkuasakan undang-undang penyalahgunaan dan pengedaran dadah
-Mengumpul, mengkaji, menaksir dan menyebar maklumat berkaitan dadah
-Menyiasat kegiatan pengedar-pengedar dan sindiket-sindiket pengedaran dadah
-Membanteras penyeludupan dadah termasuk bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah
-Melaksanakan program pencegahan berkaitan penyalahgunaan dadah
-Bertukar maklumat dengan agensi penguatkuasa dadah luar dan dalam negeri
-Menyimpan rekod dan statistik berkaitan dengan pengedaran dan perkara yang berkaitan dengan dadah
-Mengawasi kegiatan mereka yang pernah ditangkap kerana terlibat dengan kesalahan dan kegiatan sindiket pengedaran dadah
-Menyediakan latihan kepada pegawai/anggota Jabatan Narkotik samada di dalam dan luar negeri
-Menghadiri mesyuarat, seminar berkaitan dengan dadah samada di dalam dan di luar negeri

Cawangan-cawangan di bawah jabatan

Bahagian Siasatan Khas
Bahagian Penyelaras/Perhubungan Antarabangsa
Bahagian Pentadbiran
Bahagian Tahanan
Perlucutan Harta
Soalsiasat
Pakar/Bantuan Teknik
Rekod/Perangkaan
Pendaftaran
Bahagian Logistik
Petugas Lapangan Terbang

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik diketuai oleh Komisioner Polis (CP).
Teruskan - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Monday, 9 August 2010

Ganja



Ganja (Marijuana) berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa. Perkataan "Ganja" berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi maksud "Resin/getah dari pokok berserabut". Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis tersebut yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu sebelum digunakan. Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama tembakau). Kesan daripada pengambilan ganja boleh dirasai dalam 10 minit yang pertama jika dihisap. Tempoh masanya adalah lebih panjang jika dadah ini dimakan. Secara amnya, seseorang itu boleh berkhayal selama 2 setengah jam atau lebih lama jika dimakan.

Pengambilan dan memiliki ganja adalah haram di kebanyakan negara, dan telah diselubungi kontroversi mengenai penggunaannya dalam perubatan. Ganja mengandungi lebih 420 bahan kimia dan kesannya kepada manusia bergantung kepada individu dan situasi. Ini menyebabkan kesan ganja agak sukar untuk diperhati dan dikaji.


Kesan

Bahan kimia psikoaktif utama dalam marijuana ialah delta 9 tetrahydrocannibinol (THC). Ganja juga mengandungi banyak cannabinoid lain yang berkaitan dengan THC. THC bersifat lilpofilik ( lilpophilic ) dan disimpan dalam lemak badan. Ini adalah antara sebab mengapa pengguna ganja kurang mengalami simptom tarikan ( withdrawal ). THC mengambil masa berminggu minggu untuk keluar dari badan manusia. THC mengikat pada reseptor CB1 yang dijumpai di beberapa bahagian badan. CB1 banyak terdapat di ganglia basal dan sistem limbik (sekumpulan struktur otak, termasuk amigdala, hipokamus dan hipotalamus yang berkaitan dengan aktiviti seperti autonomi, emosi, dan tingkah laku), selain ditemui di serebelum, dan sistem pembiakan manusia.

Reseptor CB2 pula dijumpai dalam zon peralihan limpa dan tiada reseptor CB2 dalam sistem saraf pusat (CNS). Apa yang menarik ialah jika dadah menjadikan CB2 sebagai sasaran, sudah pastilah penggunaan ganja dalam perubatan tidak mendatangkan kesan kesan psikotropik. Tiada reseptor CB dijumpai dalam medula, bahagian otak yang mengawal pernafasan dan fungsi jantung. Kekurangan reseptor CB di medula adalah punca mengapa pengguna ganja tidak mudah mati jika terlebih dos.Reseptor CB terletak di dalam neuron presinaps. Seperti kata Kreitzer dan Regehr, apabila salah satu penghantar biasa seperti glutamat atau GABA meransang neuron postsinaps, neuron tersebut membebaskan bahan kimia cannabinoid ( contohnya anandamide atau 2-AG). Penghantar tersebut kemudiannya kembali kepada neuron presinaps bagi mengurangkan penghasilan cannabinoid buat sementara waktu.

THC boleh merencat keplastikan sinaps otak. Ini adalah disebabkan reseptor CB1 mengubah keplastikan sinaps bersandar cAMP dan seterusnya menghalang pengambilan sinaps baru dengan cara merencat penghasilan cAMP

Teruskan - Ganja

Friday, 23 July 2010

Ketamine




Ketamine merupakan dadah sintetik jenis stimulan yang kerap digunakan masa kini.Ianya selalu digunakan oleh doktor untuk membius haiwan.ia asalnya dalam bentuk cecair dan dikeringkan untuk jadi ketulan kecil.




Ketamine juga terkenal dengan nama panggilan yang lain seperti SPECIAL K,SNOW BALL,CHIKEN KAT,FAKE PCP,K,TRANQUILIZER,AJINOMOTO dan lain-lain.




Ketamine boleh menyebabkan halusinasi dan mimpi yang berkesan.ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.Ketamine dalam bentuk tepung putih disalahgunakan dengan cara 'smoked' atau 'snorted' untuk mendatangkan khayalan seperti dibius.Penagih ketamine selalunya kelihatan tidak stabil,mata layu dan mempunyai kesukaran untuk bercakap,kebiasaannya ia digunakan dengan cara sedut melalui hidung ataupun dicampur dengan minuman keras.




Kesan sampingan dari pada penggunaan ketamine termasuklah seperti :kerap kali kencing,pelupa/hilang ingatan(jangka masa pendek),lembab,persepsi keliru,hilang kodinasi dan pendarahan hidung.
Teruskan - Ketamine

Wednesday, 17 March 2010

Nospan


Nospan (atau nama lain Dextromethorphan)adalah tablet ubat batuk yang digunakan untuk melegakan hidung berair,bersin,gatal hidung,Sinusitis,allergies dan gatal tekak .Pengambilan yang berlebihan boleh mengubah deria persepsi atau keadaan sedar seseorang,Dadah ini akan mengubah kualiti subjektif persepsi ,fikiran dan emosi dengan membatalkan penghantaran Neutroksin Ensifalus.Kesan dari pengambilan ubat ini adalah seperti kepusingan,hilang selera makan,Nausea(ataupun Mulut kering), sakit dada,denyutan kuat,ruam kulit,tekanan darah tinggi dan halusinasi.
Teruskan - Nospan

Sunday, 22 November 2009

Heroin



Heroin atau diasetilmorfin (INN) ialah opiod separa-tiruan yang merupakan terbitan 3,6-diasetil (oleh itu, heroin ialah diasetilmorfin) yang disintesiskan daripada morfina melalui proses pengasetilan.

Bentuk hablur putih biasanya merupakan garam hidroklorida, iaitu diasetilmorfin hidroklorida. Heroin sangat menagihkan, dan pengingesan kronik mengakibatkan toleran yang agak tinggi berbanding bahan-bahan yang lain, walaupun penggunaan sekali sekala tanpa sebarang simptom penarikan pernah diperhatikan.

Secara antarabangsa, heroin dikawal di bawah Jadual I dan IV bagi Konvensyen Tunggal Drug Narkotik. Pengeluaran, pemilikan, atau penjualan heroin di Amerika Syarikat adalah haram, tetapi di bawah nama diamorfina, heroin ialah drug preskripsi yang sah diUnited Kingdom.



Sejarah

Heroin disintesiskan buat pertama kali pada tahun 1874 oleh C.R. Alder Wright, seorang ahli kimia British yang bertugas di Pusat Pengajian Hospital St. Mary, London dan yang banyak menguji kaji terhadap penggabungan morfina dengan berbagai-bagai asid. Setelah mendidih alkaloid morfina kontang dengan asetik anhidrida selama beberapa jam, beliau menghasilkan satu bentuk morfina berasetilat yang lebih poten dan yang kini digelarkan diasetilmorfin. Sebatian itu dihantar ke F.M. Pierce dari Kolej Owens,Manchester, untuk analisis. Pierce melaporkan yang berikut kepada Wright:

Dos-dos... disuntik secara subkutaneus pada anak-anak anjing dan arnab... dengan keputusan berikut... kelesuan, ketakutan, dan kantuk menyusul pemberian dengan laju, mata peka dan anak mata membeliak, banyak peliuran diakibatkan dalam anjing, dan sedikit kecenderungan untuk memuntah dalam beberapa kes, tetapi tiada sebarang kes emesis. Pernafasan pada mula-mulanya dipercepatkan, tetapi kemudian berkurang, dan tindakan jantung dikurangkan serta menjadi tidak nalar. Keupayaan terhadap pengkoordinatan pergerakan otot amat dikurangkan, dengan kehilangan kekuatan di bahagian pelvis dan anggota belakang, bersama-sama dengan pengurangan suhu di rektum sebanyak lebih kurang 4° (gagal rektum).


Heroin BayerTM

Felix Hoffmann dari syarikat Bayer di Elberfeld, Jerman, mencipta heroin sebagai ubat, 11 hari selepas beliau mereka aspirin. Takut akan kesan-kesan sampingan aspirin, Bayer mendaftarkan heroin sebagai cap dagangan. Nama "heroin" mungkin berasal daripadaheroisch, sepatah perkataan Jerman yang bermaksud "sungguh berani", dan telah dipilih kerana kajian-kajian luar mendapati bahawa orang-orang yang menggunakan ubat ini berasa "sungguh berani".

Dari tahun 1989 hingga 1910, heroin dipasarkan sebagai pengganti morfina tak menagihkan serta ubat batuk untuk kanak-kanak. Bayer memasarkan heroin sebagai "rawatan" untuk penagihan morfina sebelum heroin didapati menjadi morfina dalam hati. Sebenarnya, semua opiat ditukarkan oleh hati manusia menjadi molekul yang serupa, dengan darjah kepekatan yang berbeza-beza dalam aliran darah. Bayer berasa malu dengan dapatan yang baru ini yang kini menjadi satu kesilapan besar bersejarah bagi syarikatnya . Sebagaimana dengan aspirin, Bayer hilang sesetengah hak untuk cap dagangan heroin selepas Perang Dunia II.

Di Amerika Syarikat pada tahun 1914, Akta Cukai Narkotik Harrison diluluskan untuk mengawalkan penjualan dan penyedaran heroin. Undang-undang itu masih membenarkan heroin untuk dipreskripsikan dan dijual sebagai ubat. Disebabkan penagih-penagih sering masih dapat memperoleh bekalan heroin secara sah, Kongres Amerika Syarikat meluluskan undang-undang tambahan pada tahun 1924 untuk mengharamkan semua penjualan, pengimportan atau pengilangan heroin di Amerika Syarikat.

Teruskan - Heroin
kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...