Showing posts with label presiden. Show all posts
Showing posts with label presiden. Show all posts

Wednesday, 17 August 2011

Raja Fahd : Raja Arab Ke-5

Fahd ibn Abdul Aziz Al-Saud  ialah raja dan Perdana Menteri Arab Saudi. Beliau merupakan Raja Arab Saudi kelima. Beliau merupakan salah seorang anak lelaki daripada 37 orang anak lelaki pengasas Arab Saudi iaitu Raja Abd Al Aziz Al Sa,ud . Raja Fahd menaiki takhta selepas kematian Raja Khalid pada 13 Jun 1982.
Fahd dilantik menjadi Putera Mahkota apabila Raja Khalid menaiki takhta selepas raja terdahulu iaitu Raja Faisal dibunuh pada tahun 1975.
Raja Fahd terkena strok pada tahun 1995 dan tidak dapat menjalankan kewajipannya sebagai pemerintah. Adik tirinya, Puter Mahkota Abdullah (sekarang ialah Raja Arab Saudi) diberi kepercayaan menjalankan tugas Raja Fahd. Putera Mahkota Abdullah dilantik menjadi Raja Arab Saudi selepas kematian Raja Fahd pada Ogos 2005.

Fahd ialah anak kepada pengasas Arab Saudi,Raja Abdul Aziz. Beliau merupakan anak pertama hasil perkahwinan di antara Raja Abdul Aziz dengan Hussah binti Ahmad Al Sudairi. Tarikh lahirnya dikatakan pada tahun 1923 (sesetengah pendapat pada tahun 1921). Semasa berusia sembilan tahun beliau menyaksikan bapanya menubuhkan Kerajaan Arab Saudi moden.
Pada tahun 1945, Fahd bersama-sama rombongan daripada negaranya ke New York untuk menghadiri upacara pembukaan Perhimpunan Agung PBB (UNGA). Semasa lawatan ini, Fahd berkhidmat di bawah abangnya,Putera Faisal yang ketika itu merupakan Menteri Luar Arab Saudi.

Raja Fahd amat meminati pusat peranginan di Marbella,Sepanyol. Semasa lawatannya ke tempat itu pada tahun 70-an, beliau membeli hartanah seluas 200 hektar. Semasa kematiannya, dia disytiharkan sebagai "anak angkat" oleh pihak pentadbir tempatan di sana dan tiga hari untuk bertafakur di sana.

Pada tahun 1953, semasa berusia 30 tahun, Fahd dilantik menjadi Menteri Pendidikan oleh ayahandanya. Pada tahun yang sama, Fahd mengetuai rombongan negara ke upacara penabalan Queen Elizabeth II sebagai wakil keluarga Diraja Saudi.
Kemudian, Fahd mengetuai rombongan Arab Saudi ke Liga Arab pada tahun 1959. Pada tahun 1962 pula, Fahd diberi posisi Menteri Dalam Negeri dan lima tahun kemudian dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Kedua.

Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 mengubah keadaan politik di Timur Tengah kerana pemerintahan monarki Shah Iran dijatuhkan bagi memberi laluan kepada pemerintahan berdasarkan keagamaan berdasarkan undang-undang syariah. Pada tahun yang sama, sekumpulan pengganas menyerbu dan menawan Masjidil Haram di Makkah. Selepas menaiki takhta pada 1982, Raja Fahd yang khuatir dengan gerakan fundamentalis Syiah kemudiannya menyokong Saddam Hussein di Iraq dalam peperangan dengan Iran. Beliau juga mengambil gelaran "Penjaga Dua Masjid Suci" di samping mengambil langkah-langkah untuk mewajibkan pendidikan berteraskan agama.

Selepas tentera Iraq pimpinan Presiden Saddam Hussein mencerobohi Kuwait, menempatkan tentera teramai di Timur tengah di sempadan Arab Saudi, Raja Fahd bersetuju untuk membenarkan tentera bersekutu pimpinan AS menggunakan negaranya sebagai pangkalan perang. Hal ini menyebabkan beliau dikritik hebat oleh golongan ulama dan proislam yang menentang kehadiran tentera bukan Islam di tanah Arab. Hal ini juga menyebabkan Keluarga Diraja Saudi dibenci oleh Osama Laden dan Al-Qaeda.

Raja Fahd terkena strok pada tahun 1995 dan memutuskan untuk menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Putera Mahkota Abdullah. Selepas strok itu Raja Fahd menjadi tidak aktif. Segala urusan pemerintahan jatuh kepada Putera Mahkota Abdullah.Raja Fahd dimasukkan ke dalam Hospital Pakar Raja Faisal pada 25 Mei 2005 untuk menerima rawatan. Pada 1 Ogos 2005, Raja Fahd diisytiharkan meninggal dunia.



Raja Fahd digantikan oleh Putera Mahkota Abdullah.
Teruskan - Raja Fahd : Raja Arab Ke-5

Tuesday, 9 August 2011

Mustafa Kemal Atatürk : Pemimpin Yang Dilaknat Allah




 Mustafa Kemal Atatürk atau nama penuh Gazi Mustafa Kemal Pasha adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama.
Beliau membuktikan diri beliau sebagai komander tentera yang berjaya ketika berkhidmat dalam Pertempuran Gallipoli pada Perang Dunia I. Setelah kekalahan Empayar Uthmaniyyah di tangan Tentera Bersekutu, terdapat rancangan oleh Tentera Bersekutu untuk memecahkan negara Turki. Mustafa Kemal kemudiannya memimpin gerakan nasional Turki dalam apa yang kemudiannya menjadi Perang Kemerdekaan Turki.
Setelah kejayaan dalam Perang Kemerdekaan Turki dan dipilih sebagai Presiden Turki yang pertama, beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara. Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar bersesuaian dengan tuntutan semasa yang dikenali sebagai ideologi "Kemalisme". Ideologi ini bertujuan untuk menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 sehingga tahun 1934. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan dikebumikan di Ankara


Nama "Mustafa" bermaksud manusia pilihan manakala "Kemal" bermaksud sempurna. Nama asal beliau adalah Mustafa Kemal Pasha. Nama tersebut digunakan sehinggalah beliau bersara dari Tentera Uthmaniyyah. Semasa Perang Kemerdekaan Turki, beliau dipanggil 'Gazi' atau 'Gazi Mustafa Kemal'. Setelah undang-undang keluarga diperkenalkan di Turki pada 21 November 1934, beliau diberi nama 'Ataturk', bermaksud 'Bapa Rakyat Turki'.





Ataturk dilahirkan pada tahun 1881 di Selanik. Bapa beliau, Ali Riza Efendi mula bekerja sebagai pegawai kastam dan kemudiannya membuka perniagaan kayu balak. Ataturk berusia 7 tahun ketika bapa beliau meninggal dunia. Beliau kemudian dibesarkan oleh ibunya, Zübeyde Hanım.

.

Apabila berusia 12 tahun, beliau dihantar ke sekolah tentera Selanik dan Manatir. Ataturk menyertai Akademi Tentera Uthmaniyyah di Manastir pada tahun 1895 dan ditugaskan di Damsyik. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai leftenan dan mula membabitkan dirinya di dalam gerakan reformasi sulit yang dipanggil 'Vatan ve Hürriyet' (Tanah air dan Kebebasan). Gerakan sulit ini aktif menentang Khilafah Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Abdul Hamid II.



Dosa Mustafa Kemal

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya,Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam,tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Kubur beliau yg dibina dari marmar seberat 44 tan
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Teruskan - Mustafa Kemal Atatürk : Pemimpin Yang Dilaknat Allah

Wednesday, 13 July 2011

Presiden Hamid Karzai


Hamid Karzai lahir 24 Disember 1957 ialah presiden Afghanistan terkini dan pertama yang dipilih menerusi sistem demokrasi.Hamid Karzai dilahirkan di Kandahar. Sebagai seorang daripada etnik Pashtun dan dari puak Popalzai yang berpengaruh, dia datang daripada keluarga yang merupakan penyokong kuat Raja Zahir Shah.
Dia mengambil kursus pasca-ijazah dalam sains politik di Universiti Himachal di Shimla,Himachal Pradesh,India di antara tahun 1979 hingga 1983, dan kemudian kembali bekerja sebagai pengumpul dana bagi menyokong perjuangan gerakan anti-Soviet di Pakistan semasa pencerobohan Soviet pada tahun 80-an. Selepas tumbangnya kerajaan Najibullah pada tahun 1992, dia bertugas sebagai timbalan menteri luar dalam kerajaan Burhanuddin Rabbani.
Dia berkahwin dengan Zinat Karzai pada tahun 1998 dan tidak mempunyai anak.

Apabila pihak Taliban memasuki arena politik pada tahun 90-an, Karzai adalah salah seorang penyokong mereka. Walau bagaimanapun, dia memutuskan hubungan dengan mereka selepas tidak mempercayai hubungan mereka dengan Pakistan. Selepas Taliban menghalau Rabbani keluar dari Kabul pada tahun 1996, Karzai enggan berkhimat sebagai duta PBB mereka. Pada tahun 1997, Karzai menyertai kebanyakan ahli keluarganya di Amerika Syarikat, yang mana dia berusaha untuk mengembalikan takhta Zahir Shah. Ayahnya kemudian mati dibunuh, barang kali oleh ejen Taliban dan Karzai bersumpah hendak memusnahkan mereka.Dalam beberapa bulan selepas Serangan 11 September, Karzai bersama-sama dengan pihak Mujahideen yang setia terhadap Perikatan Utara Afghan berkerjasama dengan Amerika Syarikat untuk menggulingkan kerajaan Taliban di Afghanistan. Pada bulan Disember, 2001, pemimpin-pemimpin buangan Afghan berkumpul di Bonn,Jerman untuk membincangkan kepimpinan yang baru. Di bawah Perjanjian Bonn, mereka bersetuju melantik Karzai sebagai pengerusi Majlis Pentadbiran Sementara Afghan.

Karzai adalah seorang calon dalam Pilihan Raya Presiden Afghanistan pada 9 Oktober 2004. Walaupun kekuarangan sokongan ramai dia memenangi 21 daripada 34 wilayah, menewaskan 22 calon yang lain. Hal ini menjadikan beliau sebagai pemimpin pertama yang dilantik menerusi sistem demokrasi.
Kontroversi timbul berikutan kegagalan menangani masalah penipuan undi. Satu siasatan oleh PBB dan berhubung dengan itu pada 3 November, suruhanjaya pilihanraya mengisytiharkan bahawa Karzai adalah pemenang tanpa saingan dengan 55.4% undi.
Karzai secara rasmi dilantik sebagai Presiden Afghanistan pada 7 Disember 2004 di satu upacara rasmi di Kabul.


Teruskan - Presiden Hamid Karzai
kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...