Showing posts with label herba. Show all posts
Showing posts with label herba. Show all posts

Friday, 22 July 2011

Halia





Halia atau nama botaninya Zingiber officinale Roscoe merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India,Asia Tenggara,Afrika barat dan Caribbean.
Halia juga dikenali sebagai ginger (bahasa Inggeris), jahe, aliah, jae, lia (Indonesia), dan kinkh atau khing-daen (Thailand), ley yak (Sarawak)

Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria.Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas,pokok getah dan kelapa sawit.
Halia digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.


Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan di American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah.


Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.


Berikut merupakan pengeluar halia ter beser dunia:
  1. India                                
  2. China
  3. Indonesia
  4. Nepal
  5. Nigeria
Teruskan - Halia

Wednesday, 13 July 2011

Peria



Peria katak ( bitter gourdbitter melonbalsam pear atau balsam apple) ialah pokok menjalar subtropika daripada famili cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Pokok ini banyak ditumbuh di Asia selatan,Asia tenggara,China dan Caribbean untuk buahnya yang boleh dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Tempat asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan tropika. Nama botaninya Momordica charantia.




Peria katak ialah pokok herba menjalar yang mempunyai batang lembut dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur paut. Tingginya sehingga 5 meterr. Pokok ini mempunyai akar tunjang serta juga akar sisi berserabut yang berkembang luas di kawasan sekeliling. Daun-daunnya berselang-seli, dengan lebar sebanyak 4-12 cm. Setiap daun yang berwarna hijau mempunyai 3 hingga 7 cubing yang ketara.
Pokok ini mempunyai bunga berwarna kuning, dan menghasilkan bunga jantan dan bunga betina yang berasingan. Buahnya mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda ketika mentah. Bentuknya memanjang (17-23 cm), dengan berat antara 300-600 gram sebiji. Rasanya pahit dan seringnya dimakan ketika masih mentah. Bagaimanapun, buah ini juga boleh dimakan ketika masak dan berwarna kekuning-kuningan atau jingga merah. Biji buah mentah berwarna putih, tetapi menjadi merah ketika masak.


Peria katak juga mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional di sekeliling dunia, serta berpotensi untuk merawat jangkitan HIV. Peria Katak sering diperlihatkan sebagai sejenis "insulin tumbuhan" dan oleh itu, amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, teh peria katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin.

Rasa pahit peria katak datangnya daripada kandungan kuinin yang tinggi dan secara kebetulan, telah dianggap oleh orang-orang Asia, serta Panama dan Colombia, sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam malaria.
Teruskan - Peria
kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...